Wednesday, 18 November 2015

Bangunlah Ammar. Ammar suka makan Coppucino Cheese.

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ni dah  seminggu Ammar dalam ICU.

Ibu tak tahu nak buat apa, hanya Doa pada Allah dan serah kan kepada doktor untuk rawat Ammar. ibu rindu Ammar dan kakak- kakak. rindu untuk hidup bersama dan tak terpisah jauh.

untuk tenang kan hati, ibu beli kek coppuccino cheese dan makan sambil menghayati. ibu makan bukan sebab mengidam... ibu makan sebab nk ingat moment2 comel ammar nk makan kek bersama ibu. Ammar comel. berebut ngn ibu untuk habiskan kek yg comel tu.
itu adalah makanan terakhir ammar makan dengan ibu sebelum doktor suruh ammar puasa untuk masuk scope.

satu hari tu mood Ammar dah tak menentu, minum susu tak mahu, biskut kegemaran pon tak mahu. Ammar jadi pasif dan hilang senyum rupanya dari pagi ammar sedang melawan kuman jahat yg serang darahnya....

belum sempat buat scope, ammar dah di hantar ke ICU. 12 November sampai Hari ni Ammar masih dlm ICU....

ibu tabah dan terus berdoa agar Ammar sihat dan kita boleh makan coppucino cheese sama-sama.

Friday, 13 November 2015

Ank sakit kita perlu banyak DUIT

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah saya diuji Allah.
Sekarang saya paham kenapa Allah uji saya.
Allah uji kita untuk tinggkatkan lagi keimanan.
mungkin selama ini kita bahagia, kita ada semua benda. kita rasa kita hebat, kita rasa kita boleh berdikari, buat semua benda menjadi....maka kita semakin lupa diri, kita susun aktiviti pada setiap hari.... sedar tk sedar kita kurang mengingatiNya.
supaya kita tidak jauh terleka, Allah beri ujian kepada kita untuk rehat sekejap dan kembali kepadaNya

Alhamdulillah, Alhamdulillah terima kasih Allah.
Segala ujianNya saya terima terus asa sebab saya tahu ujian ini dari Allah. Allah sayang dengan menguji saya

Mulanya saya menangis teresak dan semahunya. kemudian saya sedar anak adalah ahli syurga kiriman Allah yang di amanahkan kepada saya sebagai bonus dan jalan pintas untuk ke syurga. kita kasihan anak kita dan sedih lihat dia derita, InsyAllah Allah lebih mengetahui dari saya

Bila anak sakit kita akan terus teringat Allah. kita mohon pertolongannya, kita sentiasa berzikir dan menyebut Nama-NamaNya. Allah ajar kita bergantung hanya kepadaNya. Bukan minta pada doktor atau segala ubat untuk sembuhkannya, apa yg penting kita perlu banyak DUIT. Doa, Usaha, Ikhlas dan Istiqamah, Tawakal.

Alhamdulillah seberat mana masalah kita,kita yakin dengan Allah insyaAllah kita masih tersenyum ceria.

Friday, 6 November 2015

PPUM 5 Nov 2015

Teks: Anisah Abd Rahman.

Assalamualaikum.... rindunya nk balik rumah. nak meroti dan nak jumpa kakak sofea dan angah. rindu suara nyaring mereka bergaduh. doakan Allah makbulkan permintaan ini secepat mungkin.

perkembangan Ammar di PPUM ni insyaAllah bertambah baik. selera nk makan makin tinggi. doktor cakap makin cepat badan ammar berisi makin cepat boleh buat proses scope.
ibu pon tidak pasti apa penyakit anak ibu ini. tiba- tiba sahaja anak ibu seorang yg cergas dan ligat keliling rumah bertukar menjadi pasif. menangis tak nak berhenti. siang malam menangis macam sangat stress. selera makan hilang dan susu pon tknk minum.

keadaan ammar dari agak berisi sekarang menjadi kurus, risau ibu dan ayah serta kakak.
September dan Oktober kena tahan Wad di hospital Serdang, dan sekarang November ibu request untuk masuk hospital PPUM.

Ikutkan hati memang tak best tgl di hospital. Alhamdulillah ibu kerja sendiri dan tidak la stress bila kena tahan ward lama2. biz ibu berjalan macam biasa tetapi hanya secara online, tak dapat nak turun padang.

semalam turun ward pergi cafe beli donut yg gebu dan sedap. rindu kt breadmaker dirumah. selalu meroti jer belum pernah buat donut gebu dan comel. google resipi standby bila balik rumah nanti boleh buat. yummm yummmm tk sabarnya....