Wednesday, 20 May 2015

Home Meeting Untuk Tingkatkan Perniagaan

Teks: Anisah Abd Rahman








Kenangan Pertama Kali Belajar Meroti

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum sahabat maya,
Sambil study, terjumpa gambar kenangan ni... kenangan pertama kali belajar buat roti sendiri dirumah menggunakan breadmaker. sangat teruja.

Tak comel tapi sangat membanggakan pada masa tu, dapat makan roti panas2 dan lembut.

Semua orang bermula dengan tidak tahu dan tidak pandai, tetapi apabila berlatih selalu, kita akan menjadi pandai.

Penting untuk berjaya, mesti usaha berterusan. kan...kan...kan....









Friday, 8 May 2015

Kelas Asas Roti

Berita gembira untuk anda yang berminat untuk belajar meroti!

Sertai kami dalam Bengkel Asas Meroti.


Anda hanya perlu hubungi kami sahaja dan kami akan ke tempat/rumah anda untuk mengajar! Semua kelengkapan disediakan! 

Anda hanya cuma hubungi kami dan bersedia untuk belajar.


Harga kelas asas meroti ini adalah:

Personal Class: RM50 per Individu
Kumpulan 5-10 orang: RM200 per group


Hubungi:
Anisah Abd Rahman 
011 12391595

Roti Sarang Lebah


Aneka Bun Sebelum Dibakar


Aneka Bun Selepas Dibakar

Pengawalan Berat Badan

Teks: Anisah Abd Rahman


Assalamualaikum kawan-kawan.

Mempunyai tubuh badan yang sihat adalah impian setiap orang.  Makan diet yang seimbang dan bersenam dengan kerap akan membuat badan kita lebih cergas dan bertenaga. Kita bukan sahaja memiliki tubuh badan yang bertenaga dan berkeyakinan, tubuh kita juga akan kelihatan lebih menarik dan berfungsi dengan betul.
Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal boleh mengurangkan risiko penyakit seperti Diabetis,serangan jantung dan obersiti.

Program Pengurangan Berat Badan Yang Berjaya Bermula dengan:

1. Bersenam

  • Bersenam untuk membakar lemak yang tersimpan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu selama 30minit.
  • Kekalkan diet seimbang yang rendah kalori berbanding apa yang kita biasa ambil selama ini
  • Positif dan komitmen untuk capai matlamat untuk mendapat berat badan ideal
2. Mengira kalori
  • setiap makanan memberi jumlah tenaga yang berbeza.
  • kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga.
  • Fungsi tenaga untuk tubuh badan kita: 60% untuk fungsi penting(mengepam jantung, fungsian otak, pernafasan paru-paru) 30% untuk aktiviti fizikal, 10% untuk penghadaman makanan  dan penyerapan nutrien.
  • Berat badan kita akan kekal sama jika pengambilan kalori sama dengan kalori yang tubuh perlukan.
  • Apabila kita mengambil lebih kalori yang diperlukan, Kalori yang berlebihan menjadi punca kepada kegemukkan.
  • Pengurang berat badan akan berlaku apabila kita mengunakan lebih kalori daripada apa yang kita makan.
  • Apabila kita telah mengurangkan kalori yang diambil, pertimbangkan pengambilan suplemen multivitamin dan multimineral untuk menjamin tubuh kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Kegemukan adalah berat badan kita melebihi 20 peratus ideal .Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Kemudian kalori yang berlebihan itu menjadi punca berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Nutrien yang Disyorkan untukPengurusan Pengurusan Berat Badan

Wednesday, 6 May 2015

Belajar Matematik

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum

Sebenarnya dah nk off pc dan masuk tidur, tetiba jumpa satu blog yang sangat menarik memberi saya idea untuk ajar anak matematik

Semalam baru pening2 fikir macam mana cara terbaik untuk ajar anak pandai mengira.
thanks pada pemilik blog ni. Mudah belajar mengira

so save dulu dan akan update lagi kemudian