Saturday, 31 January 2015

Resipi Asas Roti

Teks: Anisah Abd Rahman

1. ROTI PUTIH
220ml air
1 biji telur
5gm/1 sudu kecil garam
5 sudu besar gula
3 sudu besar margerin
5gm bread improver/superbake
3 sudu besar susu tepung
500gm tepung protein tinggi/tepung roti
11gm/sepeket yis kering

Cara-cara
Masukkan bahan-bahan di atas mengikut turutan dan tekan fungsi bread no 10.
Selepas 30 minit, doh siap diuli. Keluarkan dan boleh mula membuat bentuk aneka bun kegemaran anda.

Hiasan
Kacang merah
Sayur campur
Cheedar/cheesedale
Sosej
Sos
Mayonis
Bijan hitam/putih.

2. Aneka Bun (bakar)
Bun sosej
Bun sarang lebah
Bun kacang merah
Bun kaya
Bun kelapa
Bun tuna
Mini pizza
Pizza

3. Aneka Bun (goreng)
Donut

4. Sos Roti Sarang Lebah
1 cawan gula perang
1 cawan wiping cream
1/2 cawan air suam
1 sudu besar butter

Cara-cara
Cairkan butter
Masukkan gula perang dan kacau hingga larut
Masukkan wiping cream sedikit sedikit sehingga habis
Masak menggunakan api perlahan  dan kacau sehingga pekat.
*wiping cream boleh juga digantikan dengan susu pekat @susu cair @ susu segar.

5. Mecico Bun
a. Filling
200gm mentega
1/2 sudu kecil vanilla esen
70g brown sugar
Bahan-bahan mix sederhana 3min dan simpan dalam peti sejuk

b. Topping
200g mentega
160 gula ising
3biji telur gred A dipukul sedikit
1 sudu kecil perisa kopi/cappucino/pes coklat/3in1 coffe (dibancuh dgn air panas)
200gm tepung gandum
Cara-cara
Mix sederhana 5min dan camourkan 200gm tepung gandum mix sebati.

6.Tuna bun
Tuna chunk in sunflower oil (ayam brand)
Mozarella cheese
Bawang holand
Mayonis
Dried parsly

Oregano

Monday, 19 January 2015

Aktiviti Rapatkan Sillaturahim Dengan Jiran

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdullilah rezeki bertambah apabila kita bina silaturahim.

Ini aktiviti saya dan jiran-jiran di Bandar Saujana Putra.
Kami meroti dan berkenal-kenakan.






Ada bnyk gambar lg, tp belum sempat upload dari kamera.

Thursday, 15 January 2015

Resipi Kejayaan 1. Wajib Ada Mentor Yang Tidak Kedekut Ilmu.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum

Hari ni nk share resipi kejayaan untuk bebas wang dan masa.
Perkara pertama yang kita perlu ada ialah MENTOR.

Perlu untuk kita mempunyai seseorang yang tidak kedekut ilmu dan sangat baik hati untuk berkongsi semua rahsianya dengan kita supaya kita boleh brrjaya seperti dia.

Jgn cari mentor yg kedekut ilmu, jika mentor yang kedekut ilmu, agak susah bagi kita untuk berjaya.

Mentor ni ibarat orang yg bina hiway. Bila dah ada hiway siap serta signboard, mudahkan untuk kita ikut sahaja jalan yang betul. Ini dapat menjimatkan masa wang dan tenaga kita.

Mungkin bagi kawan2 yg belum pernah memasuki dunia networking akan terpikir wujudkah manusia yg baik hati untuk menjadi mentor kita.

Sememangnya manusia sebegini wujud, saya boleh kenalkan mereka pada anda. Sehabis mungkin mereka tanpa kedekut ilmu berkongsi dengan kita, saya dah jumpa mereka dan sedang membina diri untuk menjadi mentor yang hebat untuk bantu lebih ramai orang yg hendak bebas wang dan masa.

Kawan2, jika kita berimpian untuk bebas wang dan masa, kenapa setiap hari kita hanya mengikut arahan bos tanpa memikirkan apakah impian kita? Tak salah tetapi kita juga perlu pikirkan sampai bila???

Why not join my team, we try with smart way tu capai impian kita.

Feel free to whatsapp me jadi kawan dan tukar2 idea perniagaan.

Sunday, 11 January 2015

2015 dan MLM

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum kawan-kawan.

2015 anis doakan supaya ramai yg sedang mencari peluang jana pendapatan melihat Amway satu peluang yang unik. Ya Amway memang satu perniagaan yg sangat unik, semakin kita memahami Rancangan Jualan dan Pemasaran semakin kita jatuh cinta dengannya.

Amway perniagaan yg adil berserta jaminan wang dikembalikan. Buanglah perasaan takut ditipu dgn Amway, setahu saya tidak menipu sesiapa. Amway berkongsi untung dengan kita pengedar dan pengunanya sehingga 21% setiap bulan. Untuk mencapainya, bergantung pada kerajinan kita.

Bagi saya alangkah ruginya siapa yg tidak ingin melihat peluang hebat ini, produk yg berkualiti telah tersedia, sistem yang adil, mentor terbukti dari mereka yg telah berjaya tidak pernah kedekut ilmu.

5 sikap yang perlu ada jika ingin berjaya dalam apajua bidang perniagaan.


1. Tidak  takut gagal. Gagal bukan bermakna jatuh, kita masih ditempat yg sama dan belum bertemu kejayaan.

2. Bertanggungjawab ke atas setiap tindakkan yang diambil. Tidak pernah menyalahkan orang lain, sentiasa belajar dari apa yg berlaku.

3. Lakukan perkara yg lebih penting

4. Terima kritikan, terima perkara baru dan lakukan perkara yg lama.

5. Renung kejayaan. Sentiasa optimis dan yakin kita juga boleh berjaya. Lakukan tanpa putus asa.

Sekian dulu hari ini. AMWAY menjadikan hidup kita berseri2 setiap hari.
2 pengasas Amway yg berasal dari Belanda



Thursday, 1 January 2015

Roti Bun Manis Guna Water Roux

Teks: Anisah Abd Rahman

 Assalamualaikum semua dan Selamat Tahun Baru.

Apa aktiviti kawan2 hari pertama 2015 ni. Anis mulakan dengan belajar meroti.
Breadmaker Noxxa dah ada dan dengan bantuan grup FB kelab roti, saya teringin nk cuba apa tu water roux.

Dah beberapa hari belajar tentang water roux, so hari ini adalah masa yang sesuai untuk mencuba.

Apa yang kita perlu tahu tentang water roux?

1.Pengganti kepada Bread improver dan Breadsoftener. Water roux lebih ni menjadikan roti kita lebih lembut kerana ia memerangkap lembapan.

2. Water roux yg telah siap dibuat boleh simpan dalam peti ais dan bertahan sehingga 3 hari.

3. Bila guna water roux, sukatan cecair dalam resipi roti kita perlu dikurangkan.

4.cara masak water roux, kacau atas api perlahan. Ingat nisbah 1:5 1 tepung, 5 air. 50gram tepung gandum, 250 ml air. Kacau sehingga sebati.

Ini resipi yg saya guna untuk menghasilkan bun manis.

Saya menggunakan breadmaker Noxxa, perlu masukkan bahan-bahan mengikut turutan ddiberi. Mulakan dengan bahan cecair dan yis berada paling atas sekali.


  1. 250ml air sejuk + 50gram tepung gandum untuk dijadikan water roux
  2. 1 biji telur
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 5 sudu besar gula
  5. 3 sudu besar susu tepung
  6. 80gram margerin
  7. 5gram bread improver
  8. 500gram tepung high protein ( tepung gandum pon boleh)
  9. 11gram yis kering

Selamat meroti yer kawan.

Jom jamu mata sikit ye.