Wednesday, 2 December 2015

3 Nov - 2 Dis, sebulan sudah kami di PPUM

YaAllah Ya Rahman Ya Rahim
berapa lama lagi aku nk kena stay kt hospital ni.. bosan dan tertekan, dah sebulan kt ppum. sampai aku sekali rasa nak pengsan. aku tak pernah sangka kes Ammar akan jadi sampai serius lagu ni.

plan datang ppum just nk masukkan camera dalam perut dia. tp tak sempat nk buat kuman yang kejam serang Ammar. Ammar masuk ICU. aku menangis sampai bengkak mata bila sorang2. depan orang aku cuba sorok tetapi kadang tu kantoi jugak.

Alhamdulillah, instinct aku kuat mengatakan yg satu hari Ammar akan sihat semula. Hari ini adalah harinya. Ammar dah bukak mata luas2 dan nak main dengan aku. tapi bila nk discharges belum tahu lg....

Dua org kakak di kampung sentiasa sabar menanti. maafkan la ibu oh anak2 terpaksa minta atok, ateh dan achik jagakan. sebulan berjauhan buat ibu rasa sangat bersalah... banyak yg ibu miss saat bersama kakak2.

doakan dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang sangat luas, kita akan bersama semula dan jalani hidup yg bahagia.

No comments:

Post a Comment