Friday, 6 November 2015

PPUM 5 Nov 2015

Teks: Anisah Abd Rahman.

Assalamualaikum.... rindunya nk balik rumah. nak meroti dan nak jumpa kakak sofea dan angah. rindu suara nyaring mereka bergaduh. doakan Allah makbulkan permintaan ini secepat mungkin.

perkembangan Ammar di PPUM ni insyaAllah bertambah baik. selera nk makan makin tinggi. doktor cakap makin cepat badan ammar berisi makin cepat boleh buat proses scope.
ibu pon tidak pasti apa penyakit anak ibu ini. tiba- tiba sahaja anak ibu seorang yg cergas dan ligat keliling rumah bertukar menjadi pasif. menangis tak nak berhenti. siang malam menangis macam sangat stress. selera makan hilang dan susu pon tknk minum.

keadaan ammar dari agak berisi sekarang menjadi kurus, risau ibu dan ayah serta kakak.
September dan Oktober kena tahan Wad di hospital Serdang, dan sekarang November ibu request untuk masuk hospital PPUM.

Ikutkan hati memang tak best tgl di hospital. Alhamdulillah ibu kerja sendiri dan tidak la stress bila kena tahan ward lama2. biz ibu berjalan macam biasa tetapi hanya secara online, tak dapat nak turun padang.

semalam turun ward pergi cafe beli donut yg gebu dan sedap. rindu kt breadmaker dirumah. selalu meroti jer belum pernah buat donut gebu dan comel. google resipi standby bila balik rumah nanti boleh buat. yummm yummmm tk sabarnya....


No comments:

Post a Comment