Wednesday, 18 November 2015

Bangunlah Ammar. Ammar suka makan Coppucino Cheese.

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ni dah  seminggu Ammar dalam ICU.

Ibu tak tahu nak buat apa, hanya Doa pada Allah dan serah kan kepada doktor untuk rawat Ammar. ibu rindu Ammar dan kakak- kakak. rindu untuk hidup bersama dan tak terpisah jauh.

untuk tenang kan hati, ibu beli kek coppuccino cheese dan makan sambil menghayati. ibu makan bukan sebab mengidam... ibu makan sebab nk ingat moment2 comel ammar nk makan kek bersama ibu. Ammar comel. berebut ngn ibu untuk habiskan kek yg comel tu.
itu adalah makanan terakhir ammar makan dengan ibu sebelum doktor suruh ammar puasa untuk masuk scope.

satu hari tu mood Ammar dah tak menentu, minum susu tak mahu, biskut kegemaran pon tak mahu. Ammar jadi pasif dan hilang senyum rupanya dari pagi ammar sedang melawan kuman jahat yg serang darahnya....

belum sempat buat scope, ammar dah di hantar ke ICU. 12 November sampai Hari ni Ammar masih dlm ICU....

ibu tabah dan terus berdoa agar Ammar sihat dan kita boleh makan coppucino cheese sama-sama.

3 comments:

  1. Teruskan berdoa Anisah,semoga ibu dan ayah terus tabah 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah terima kasih kak yan. ammar bertambah baik kesihatannya

      Delete
  2. Teruskan berdoa Anisah,semoga ibu dan ayah terus tabah 😢

    ReplyDelete