Friday, 13 November 2015

Ank sakit kita perlu banyak DUIT

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah saya diuji Allah.
Sekarang saya paham kenapa Allah uji saya.
Allah uji kita untuk tinggkatkan lagi keimanan.
mungkin selama ini kita bahagia, kita ada semua benda. kita rasa kita hebat, kita rasa kita boleh berdikari, buat semua benda menjadi....maka kita semakin lupa diri, kita susun aktiviti pada setiap hari.... sedar tk sedar kita kurang mengingatiNya.
supaya kita tidak jauh terleka, Allah beri ujian kepada kita untuk rehat sekejap dan kembali kepadaNya

Alhamdulillah, Alhamdulillah terima kasih Allah.
Segala ujianNya saya terima terus asa sebab saya tahu ujian ini dari Allah. Allah sayang dengan menguji saya

Mulanya saya menangis teresak dan semahunya. kemudian saya sedar anak adalah ahli syurga kiriman Allah yang di amanahkan kepada saya sebagai bonus dan jalan pintas untuk ke syurga. kita kasihan anak kita dan sedih lihat dia derita, InsyAllah Allah lebih mengetahui dari saya

Bila anak sakit kita akan terus teringat Allah. kita mohon pertolongannya, kita sentiasa berzikir dan menyebut Nama-NamaNya. Allah ajar kita bergantung hanya kepadaNya. Bukan minta pada doktor atau segala ubat untuk sembuhkannya, apa yg penting kita perlu banyak DUIT. Doa, Usaha, Ikhlas dan Istiqamah, Tawakal.

Alhamdulillah seberat mana masalah kita,kita yakin dengan Allah insyaAllah kita masih tersenyum ceria.


2 comments:

  1. Assalamualaikum Anisah, akak doakan anisah dan suami tabah dengan ujian ini. Semoga Ammar kembali pulih...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Anisah, akak doakan anisah dan suami tabah dengan ujian ini. Semoga Ammar kembali pulih...

    ReplyDelete