Thursday, 1 January 2015

Roti Bun Manis Guna Water Roux

Teks: Anisah Abd Rahman

 Assalamualaikum semua dan Selamat Tahun Baru.

Apa aktiviti kawan2 hari pertama 2015 ni. Anis mulakan dengan belajar meroti.
Breadmaker Noxxa dah ada dan dengan bantuan grup FB kelab roti, saya teringin nk cuba apa tu water roux.

Dah beberapa hari belajar tentang water roux, so hari ini adalah masa yang sesuai untuk mencuba.

Apa yang kita perlu tahu tentang water roux?

1.Pengganti kepada Bread improver dan Breadsoftener. Water roux lebih ni menjadikan roti kita lebih lembut kerana ia memerangkap lembapan.

2. Water roux yg telah siap dibuat boleh simpan dalam peti ais dan bertahan sehingga 3 hari.

3. Bila guna water roux, sukatan cecair dalam resipi roti kita perlu dikurangkan.

4.cara masak water roux, kacau atas api perlahan. Ingat nisbah 1:5 1 tepung, 5 air. 50gram tepung gandum, 250 ml air. Kacau sehingga sebati.

Ini resipi yg saya guna untuk menghasilkan bun manis.

Saya menggunakan breadmaker Noxxa, perlu masukkan bahan-bahan mengikut turutan ddiberi. Mulakan dengan bahan cecair dan yis berada paling atas sekali.


  1. 250ml air sejuk + 50gram tepung gandum untuk dijadikan water roux
  2. 1 biji telur
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 5 sudu besar gula
  5. 3 sudu besar susu tepung
  6. 80gram margerin
  7. 5gram bread improver
  8. 500gram tepung high protein ( tepung gandum pon boleh)
  9. 11gram yis kering

Selamat meroti yer kawan.

Jom jamu mata sikit ye.







2 comments:

  1. nampak menarik dan terasa ingin dicuba resepi ini..

    ReplyDelete