Wednesday, 2 December 2015

3 Nov - 2 Dis, sebulan sudah kami di PPUM

YaAllah Ya Rahman Ya Rahim
berapa lama lagi aku nk kena stay kt hospital ni.. bosan dan tertekan, dah sebulan kt ppum. sampai aku sekali rasa nak pengsan. aku tak pernah sangka kes Ammar akan jadi sampai serius lagu ni.

plan datang ppum just nk masukkan camera dalam perut dia. tp tak sempat nk buat kuman yang kejam serang Ammar. Ammar masuk ICU. aku menangis sampai bengkak mata bila sorang2. depan orang aku cuba sorok tetapi kadang tu kantoi jugak.

Alhamdulillah, instinct aku kuat mengatakan yg satu hari Ammar akan sihat semula. Hari ini adalah harinya. Ammar dah bukak mata luas2 dan nak main dengan aku. tapi bila nk discharges belum tahu lg....

Dua org kakak di kampung sentiasa sabar menanti. maafkan la ibu oh anak2 terpaksa minta atok, ateh dan achik jagakan. sebulan berjauhan buat ibu rasa sangat bersalah... banyak yg ibu miss saat bersama kakak2.

doakan dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang sangat luas, kita akan bersama semula dan jalani hidup yg bahagia.

Wednesday, 18 November 2015

Bangunlah Ammar. Ammar suka makan Coppucino Cheese.

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ni dah  seminggu Ammar dalam ICU.

Ibu tak tahu nak buat apa, hanya Doa pada Allah dan serah kan kepada doktor untuk rawat Ammar. ibu rindu Ammar dan kakak- kakak. rindu untuk hidup bersama dan tak terpisah jauh.

untuk tenang kan hati, ibu beli kek coppuccino cheese dan makan sambil menghayati. ibu makan bukan sebab mengidam... ibu makan sebab nk ingat moment2 comel ammar nk makan kek bersama ibu. Ammar comel. berebut ngn ibu untuk habiskan kek yg comel tu.
itu adalah makanan terakhir ammar makan dengan ibu sebelum doktor suruh ammar puasa untuk masuk scope.

satu hari tu mood Ammar dah tak menentu, minum susu tak mahu, biskut kegemaran pon tak mahu. Ammar jadi pasif dan hilang senyum rupanya dari pagi ammar sedang melawan kuman jahat yg serang darahnya....

belum sempat buat scope, ammar dah di hantar ke ICU. 12 November sampai Hari ni Ammar masih dlm ICU....

ibu tabah dan terus berdoa agar Ammar sihat dan kita boleh makan coppucino cheese sama-sama.

Friday, 13 November 2015

Ank sakit kita perlu banyak DUIT

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah saya diuji Allah.
Sekarang saya paham kenapa Allah uji saya.
Allah uji kita untuk tinggkatkan lagi keimanan.
mungkin selama ini kita bahagia, kita ada semua benda. kita rasa kita hebat, kita rasa kita boleh berdikari, buat semua benda menjadi....maka kita semakin lupa diri, kita susun aktiviti pada setiap hari.... sedar tk sedar kita kurang mengingatiNya.
supaya kita tidak jauh terleka, Allah beri ujian kepada kita untuk rehat sekejap dan kembali kepadaNya

Alhamdulillah, Alhamdulillah terima kasih Allah.
Segala ujianNya saya terima terus asa sebab saya tahu ujian ini dari Allah. Allah sayang dengan menguji saya

Mulanya saya menangis teresak dan semahunya. kemudian saya sedar anak adalah ahli syurga kiriman Allah yang di amanahkan kepada saya sebagai bonus dan jalan pintas untuk ke syurga. kita kasihan anak kita dan sedih lihat dia derita, InsyAllah Allah lebih mengetahui dari saya

Bila anak sakit kita akan terus teringat Allah. kita mohon pertolongannya, kita sentiasa berzikir dan menyebut Nama-NamaNya. Allah ajar kita bergantung hanya kepadaNya. Bukan minta pada doktor atau segala ubat untuk sembuhkannya, apa yg penting kita perlu banyak DUIT. Doa, Usaha, Ikhlas dan Istiqamah, Tawakal.

Alhamdulillah seberat mana masalah kita,kita yakin dengan Allah insyaAllah kita masih tersenyum ceria.

Friday, 6 November 2015

PPUM 5 Nov 2015

Teks: Anisah Abd Rahman.

Assalamualaikum.... rindunya nk balik rumah. nak meroti dan nak jumpa kakak sofea dan angah. rindu suara nyaring mereka bergaduh. doakan Allah makbulkan permintaan ini secepat mungkin.

perkembangan Ammar di PPUM ni insyaAllah bertambah baik. selera nk makan makin tinggi. doktor cakap makin cepat badan ammar berisi makin cepat boleh buat proses scope.
ibu pon tidak pasti apa penyakit anak ibu ini. tiba- tiba sahaja anak ibu seorang yg cergas dan ligat keliling rumah bertukar menjadi pasif. menangis tak nak berhenti. siang malam menangis macam sangat stress. selera makan hilang dan susu pon tknk minum.

keadaan ammar dari agak berisi sekarang menjadi kurus, risau ibu dan ayah serta kakak.
September dan Oktober kena tahan Wad di hospital Serdang, dan sekarang November ibu request untuk masuk hospital PPUM.

Ikutkan hati memang tak best tgl di hospital. Alhamdulillah ibu kerja sendiri dan tidak la stress bila kena tahan ward lama2. biz ibu berjalan macam biasa tetapi hanya secara online, tak dapat nak turun padang.

semalam turun ward pergi cafe beli donut yg gebu dan sedap. rindu kt breadmaker dirumah. selalu meroti jer belum pernah buat donut gebu dan comel. google resipi standby bila balik rumah nanti boleh buat. yummm yummmm tk sabarnya....


Thursday, 24 September 2015

BM Noxxa: Kek Oren Blend

Teks: Anisah Abd Rahman


Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha ye kawan-kawan.
sekarang ni jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.

tapi di sebabkan mood membaking tu datang, so membaking la kita pepagi buta ni.
sok raya haji. rasanya pertama kali sejak berkeluarga raya sendiri dengan anak-anak dan suami. cuti yang singkat dan tak larat nk redah jem. maka. kami hanya beraya di sini.

Gadjet yh paling best perlu dimiliki oleh setiap ibu-ibu hari ini untuk lebih jimat dan dan selamatkan ekonomi keluarga.

1. Bila ada Multifunction Oven dan Breadmaker. ada gadjet ni, insyaAllah semua benda boleh menjadi.
nak makan pizza, nk makan roti, dan nk makan kek leleh2 sehingga jilat jari semua boleh buat sendiri.


untuk kek pagi ni saya pilih resipi dari FB. ramai yg bagi testi sedap dan menjadi so kita cuba ye.
resipinya

rasanyasbelum tahu lagi bau dah ada memenuhi ruang rumah ni.....

Sunday, 30 August 2015

Mengapa Amway??

Teks: Anisah Abd Rahman

Amway syarikat kukuh dan hebat tp tak ramai ambil peduli.

apa yang Amway beri kepada kita lebih banyak dan lebih hebat dari syarikat lain beri kepada pekerjanya. ini lah salah satu sebab kenapa saya sangat teruja untuk menjalankan perniagaan ini.





Friday, 24 July 2015

Resipi Kek Gula Hangus



Assalam.
ok kita save resipi dulu yer...ada masa kita akan cuba. kita tunggu anak syurga yg masih kecik-kecik tu request nak makan.
tkpon kita harus cuba resipi ni masa di kampung. 
kek gula hangus ni kuih kegemaran ayah saya ni.

nanti dah cuba kita letak pic ya.


Resipi Sup Ayam









Terima kasih pada yg baik hati berkongsi resipi.



Set Bersalin Tropical Herbs

Teks: Anisah Abd Rahman




Tuesday, 16 June 2015

Resipi Cream Puff

Teks: Anisah Abd Rahman





Biz Mdah

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamùlaikum kawan2...
Ramadhan dah tiba, didoakan kita semua gembira.
Harini saya nak share biz yg sangat2 mùdah. Semùa orang boleh bùat tidak kira siapa anda.

Kawan-kawan,

Hendak berniaga tidak semestinya jùal prodùk yang kita hasilkan sendiri. Cari sahaja prodùk yg berkualiti dan memberi banyak manfaat kepada semùa.

Biz yang saya sedang buat sekarang sangat santai asalkan anda lepas syarat2 seperti yang saya senaraikan di bawah.

1. Umur 18 tahun dan waras
2. Buka akaun RM95.40 (dah masuk gst)
3. Tukar jenama pencùci pinggan anda.
4. Pakai dan ketahui apa keistimewaan pencuci pinggan dishdrop
5. Bila sudah puashati berkongsi kebaikan dan kehebatan dishdrop ni pada semua.
6. Nk dapat income berangka2 kita bina teamwork bg lebih kukuh biz kita.
7 . Berani berimpian besar dan mahu realisasikannya.

Jika kawan rasa 7 senarai di atas macam mudah sahaja, cepat whatsapp saya 011 12391595 mesej saya "saya nk jadi prosumer.


Wednesday, 20 May 2015

Home Meeting Untuk Tingkatkan Perniagaan

Teks: Anisah Abd Rahman








Kenangan Pertama Kali Belajar Meroti

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum sahabat maya,
Sambil study, terjumpa gambar kenangan ni... kenangan pertama kali belajar buat roti sendiri dirumah menggunakan breadmaker. sangat teruja.

Tak comel tapi sangat membanggakan pada masa tu, dapat makan roti panas2 dan lembut.

Semua orang bermula dengan tidak tahu dan tidak pandai, tetapi apabila berlatih selalu, kita akan menjadi pandai.

Penting untuk berjaya, mesti usaha berterusan. kan...kan...kan....









Friday, 8 May 2015

Kelas Asas Roti

Berita gembira untuk anda yang berminat untuk belajar meroti!

Sertai kami dalam Bengkel Asas Meroti.


Anda hanya perlu hubungi kami sahaja dan kami akan ke tempat/rumah anda untuk mengajar! Semua kelengkapan disediakan! 

Anda hanya cuma hubungi kami dan bersedia untuk belajar.


Harga kelas asas meroti ini adalah:

Personal Class: RM50 per Individu
Kumpulan 5-10 orang: RM200 per group


Hubungi:
Anisah Abd Rahman 
011 12391595

Roti Sarang Lebah


Aneka Bun Sebelum Dibakar


Aneka Bun Selepas Dibakar

Pengawalan Berat Badan

Teks: Anisah Abd Rahman


Assalamualaikum kawan-kawan.

Mempunyai tubuh badan yang sihat adalah impian setiap orang.  Makan diet yang seimbang dan bersenam dengan kerap akan membuat badan kita lebih cergas dan bertenaga. Kita bukan sahaja memiliki tubuh badan yang bertenaga dan berkeyakinan, tubuh kita juga akan kelihatan lebih menarik dan berfungsi dengan betul.
Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal boleh mengurangkan risiko penyakit seperti Diabetis,serangan jantung dan obersiti.

Program Pengurangan Berat Badan Yang Berjaya Bermula dengan:

1. Bersenam

  • Bersenam untuk membakar lemak yang tersimpan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu selama 30minit.
  • Kekalkan diet seimbang yang rendah kalori berbanding apa yang kita biasa ambil selama ini
  • Positif dan komitmen untuk capai matlamat untuk mendapat berat badan ideal
2. Mengira kalori
  • setiap makanan memberi jumlah tenaga yang berbeza.
  • kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga.
  • Fungsi tenaga untuk tubuh badan kita: 60% untuk fungsi penting(mengepam jantung, fungsian otak, pernafasan paru-paru) 30% untuk aktiviti fizikal, 10% untuk penghadaman makanan  dan penyerapan nutrien.
  • Berat badan kita akan kekal sama jika pengambilan kalori sama dengan kalori yang tubuh perlukan.
  • Apabila kita mengambil lebih kalori yang diperlukan, Kalori yang berlebihan menjadi punca kepada kegemukkan.
  • Pengurang berat badan akan berlaku apabila kita mengunakan lebih kalori daripada apa yang kita makan.
  • Apabila kita telah mengurangkan kalori yang diambil, pertimbangkan pengambilan suplemen multivitamin dan multimineral untuk menjamin tubuh kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Kegemukan adalah berat badan kita melebihi 20 peratus ideal .Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Kemudian kalori yang berlebihan itu menjadi punca berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Nutrien yang Disyorkan untukPengurusan Pengurusan Berat Badan

Wednesday, 6 May 2015

Belajar Matematik

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum

Sebenarnya dah nk off pc dan masuk tidur, tetiba jumpa satu blog yang sangat menarik memberi saya idea untuk ajar anak matematik

Semalam baru pening2 fikir macam mana cara terbaik untuk ajar anak pandai mengira.
thanks pada pemilik blog ni. Mudah belajar mengira

so save dulu dan akan update lagi kemudian

Thursday, 30 April 2015

Inti Roti Cream Cheese

Teks: Anisah Abd Rahman

Terima kasih kepada seorang kenalan yg berkongsi resipi cream cheese untuk dijadikan roti pandan.

Didoakan perniagaan dia semakin maju.

Dah ada resipi nanti kita boleh la mencubakan,

Yg ni buat untuk isi cream cheese                                                    

krim keju
100 gm butter
50gm cream cheese
50gm krimwell/shortening
50gm gula icing diayak terlebih dahulu

satukan kesemuanya dan beat dgn kelajuan sederhana sehingga putih/kembang
sedia digunakan mengikut selera

[Gambar pending yer, dah buat nanti kita post.]

Ini gambar pinjam dari KR credit to: Shanatol Zuria 

Wednesday, 22 April 2015

Roti Boy

Teks Anisah Abd Rahman

Resepi Roti Boy

Bahan inti
100gm mentega garam
1/4 s.teh esen vanila
35gm gula perang
...
Topping
100gm mentega
80gm gula aising
2 bj telur
3 sd nescafe + 2 sd besar air
secubit kayu manis
100gm tpg serbaguna

Bahan doh manis
500gm tpg roti
20gm tpg susu
75gm gula castor
1sd teh garam
1 1/2 sd yis
1 bj telur
270ml air @ susu segar
60gm mentega

Caranya..
Bahan inti dan topping diputar dn simpan dlm peti ais..
Manakala utk buat doh..masukkan dlm bekas pengguli dan set no 10- Dough..
Bila siap, keluarkan doh dan buat mini bun. Masukkn inti dan biarkn naik.
Bila nk bakar baru piping membulat topping atas bun..
Bakar selama 15-20min pd temp 170c.
Selamat mencuba...

Saturday, 18 April 2015

Biz Paling Mudah Dimulakan

Teks: Anisah Abd Rahman.

Assalamualaikum,
malam ni sambil memerhati abak anak bermain dan si ayah menonton bola, saya nk kongsikan satu peluang perniagaan yg sangat mudah untuk dijalankan Oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memerlukan kelulusan dan juga tidak memerlukan modal yg besar. Yuran pendaftaran tak sampai rm100 kita boleh mula menjual dan menggunakan lebih 600 produk kegunaan harian.

Kenapa produk kegunaan harian, potensi industri ini sangat besar kerana orang memerlukannya setiap hari, lihat Giant, hampir setiap daerah mesti ada Giant, Giant makin berkembang tahun demi tahun, ini kerana orang  seperti kita sangat bergantung kepada Giant untuk mendapatkan produk keperluan harian.

kawan kawan mahu tak mempunyai perniagaan seperti Giant dan mempunyai untuk beribu-ribu lemon.
jika kawan kawan mahu kita boleh dapat lebivh dari itu apabila kita bekerja sama.
kita tidak perlu sewa premis dan kita juga tk perlu upah pekerja. Kedai kita dibuka 24jam 7 hari seminggu.

berminat dengan tawaran untuk menjadi biz partner saya, boleh tinggalkan mesej anda dan no phone untuk dihubungi.

Sekian dulu, anak dah menangis nk ajak tido.huhuhuhh

Wednesday, 15 April 2015

Sedapnya Nasi Kerabu Tumis.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum semua, dah makan?
tetiba malam2 ni terasa sangat nk mkn nasi kerabu, paling feferet adalah nasi kerabu tumis, selalu klu beli sepinggan mesti tak cukup....
penah jugak terpikir, rasa nk cuti-cuti malaysia ke Pantai Timur mencari nasi kerabu yg super sedap.

Alhamdulillah, dengan kecanggihan internet kita juga boleh makan nasi kerabu yg sedap wlpn tk pergi ke pantai timur. hanya tanya kepada pakcik google.

So esok or lusa boleh la kita cari bahan dan mengkerabukan
nasi tu.
ni resipi yg sangaat menarik selera saya.

http://aziejaya.blogspot.com/2014/01/nasi-kerabu-kelantan-yang-terlajak-sedap.html

Nt bila saya dah buat, saya update gmbar yer.

Mimpi nasi kerabu pon sangat ok yer.

Monday, 23 March 2015

Asam Pedas Ayam

Teks: Anisah Abd Rahman

Bahan-bahan

500g daging ayam

A
2 camca besar cili kisar
15 labu bawang merah
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm kunyit hidup
1cm halia
sedikit belacan
1 camca besar minyak masak untuk menumis

B
3 batang serai diketuk
2cm lengkuas diketuk
1 cawan air asam jawa
1 1/4 cawan air
2 batang bunga kantan belah 2
6 tangkai daun kesum
1 kiub pati ayam maggi

Cara-cara
bahan A kisar halus dan stir/fry hingga naik bau
masukkan bahan B dan Ayam hp 5-10min bergantung pada saiz ayam.

Gula dan garam secukup rasa


Wednesday, 18 March 2015

Kandungan Bahan Penjagaan Badan

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum kawan-kawan.

Entry kali ini anisah nak tanya kawan-kawan semua, pernah tak mengambil berat tentang kandungan bahan yang terdapat dalam produk penjagaan badan kita setiap hari.

Dulu, anisah tidak pernah ambil tahu kandungan yang menghasilkan produk penjagaan badan setiap hari, tetapi sejak mengunakan Body Series, anisah sanagt yakin dengan bahan yang digunakan. Banyak info yang diberikan kenapa kita patut memilih jenama ini.

Rangkaian produk penjagaan badan ini adalah produk berprestasi tinggi yang dipercayai untuk memenuhi keperluan tubuh dari mandian hinggalah ke melembab. Kandungan utama produk ini ialah bahan dari terbitan jagung dan kelappa yang bertindak untuk membersih dengan lembut.. Protein oat dan minyak badam berfungsi untuk merapi kulit. Gliserin dan madu emolien kaya yang melembab dan melembutkan kulit.

Anisah percaya ramai antara kita memilih produk penjagaan badan melalui pengaruh artis di dalam television dan hanya menghidu bau wangi ketika menghidunya di pasaraya. Tiada siapa pernah memberitahu kepada kita secara terperinci apakah kandungan nya. Sekali pon kita ingin tahu, tiada siapa yang akan membantu.

Itulah istimewanya produk Body Series, Anisah bukan sahaja dapat mengetahui kandungan terperinci tetapi anisah ditunjukan demo terlebih dahulu sebelum mencubanya. Anisah juga mendapat jaminan wang dikembalikan sekiranya tidak berpuas hati dengan produk tersebut.

Berubah lah mulai hari ini, dengan sedikit perubahan boleh meningkatkan kehidupan kita.


Saturday, 28 February 2015

Resipi Pop Corn Mudah

Teks: Anisah Abd Rahman


Pop Corn
1. 2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar marjerin.
2. Panaskan periuk menggunakan stir fry sehingga marjerin cair
3. Masukkan 2 genggam jagung popcorn. Gaul kesemuanya.
4. Offkan. Tutup dan set high pressure selama 2 minit... Release pressure, buka penutup dan keluarkan pop corn tersebut.

Karamel
5. 2 sudu minyak dan marjerin, stir fry untuk cairkan minyak dan marjerin.
6. Masukkan 2 sudu besar gula perang.
7. Offkan dulu, kemudian masukkan 2 sudu madu dan kacau.
8. Masukkan pop corn tadi dan gaul mesra, angkat dan sedia untuk dihidang.