Thursday, 29 May 2014

Detox/ Cuci Usus

Teks: Anisah Abd Rahman

Mengapa detox / mencuci usus penting??

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 26 May 2014

Peluang Jana Pendapatan

Setiap saat saya memikirkan kehebatan Amway dan mencari solusi macammana nak bantu lebih ramai orang untuk nampak peluang yg ada.

Mungkin anda rasa anda tidak perlukan Amway kerana masih mampu hidup dengan pendapatan yang ada.

Tetapi fikirkan sejenak, mungkin Amway adalah peluang untuk anak-anak kita, bagaimana masa depan mereka, kita pon tidak tahu.

Alangkah baiknya kita lihat peluang amway dan bina perniagaan ini untuk mereka.
Kita berhenti merungut dan mengeluh tentang kos hidup yg tinggi. Kita perlu lebih kreatif, sebenarnya Malaysia adalah negara yang bertuah dan kaya sumber pendapatan. Jika tidak mengapa berduyun-duyun pendatang berkunjung ke Malaysia dan jana pendapatan yang lumayan asalkan rajin berusaha.

Jika kita lihat cara orang asing jana pendapatan, mereka sanggup bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Tetapi apa yang berlaku kepada orang kita sebaliknya. Orang kita sentiasa mahukan semua yang senang. Di ajak melihat peluang terus cakap tidak suka bisnes cari-cari orang. Jika tidak berusan dengan orang macam mana hendak dapat wang. Kerana binatang seperti beruang pon tidak pandai menggunakan wang.

Salah satu pendapatan yang ada di Amway ialah PENDAPATAN WARISAN kepada waris-waris kita.

Fikir-fikirkan, rancang masa depan anak-anak dari sekarang bukan biarkan masa yg menentukannya. Pilihan di tangan kita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 14 May 2014

Mula Bisnes Tanpa Modal dan Tidak Perlu Produk Keluaran Sendiri

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum

Hari ini saya hendak berkongsi dengan pembaca sekalian bagaimana untuk memulakan perniagaan tanpa tanpa modal. Ramai yang beranggapan untuk memulakan perniagaan mesti ada modal yang besar dan produk yang dihasilkan sendiri.

Tidak menjadi kesalahan untuk memulakan perniagaan dengan memasarkan produk orang lain. Jika produk orang lain itu bagus, berkualiti dan bermanfaat. Selain memberi manfaat kepada orang lain, juga memberi manfaat kepada diri kita. Tips  penting untuk menjadikan produk orang lain sebagai produk bisnes kita, pilihlah:

1. Syarikat pengeluar yang bagus dan kukuh untuk mengelakan diri kita dari ditipu.
2. Produk yang mudah dijual sebagai contoh produk kegunaan harian.
3. Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dari segi perkongsian untung dan lain-lain
4. Syarikat yang tidak kedekut ilmu memberi kita bimbingan dan latihan untuk berjaya dalam perniagaan.

Sebagai contoh, saya memilih menjadi rakan perniagaan dengan Amway kerana ia hanya memerlukan RM90 untuk mendaftar menjadi ahli dan mula belajar tentang plan perniagaan dan cara mempromosikan produknya yang hebat. Produk Amway sangat berkualiti dan digunakan untuk keperluan harian.

Dengan kecanggihan internet pada hari ini, produk Amway sangat mudah didapati melalui pesanan di atas talian di www.amway2u.com.


Monday, 12 May 2014

Surah Pilihan: Surah Al-Taghabun

Teks: Anisah Abd Rahman
Surah Al-Taghabun(hari didedahkan segala kesalahan)

Ayat: 11
Tidak ada sesuatu pun kesusahan(atau musibah) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberi hidayah kepada hatinya (lalu menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat: 13
Allah itu, tiada Tuhan melainkan Dia. Dengan demikian, kepada Allah jualah orang yang beriman wajib bertawakkal.

Ayat: 15
Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar

Kesedihan adalah ujian dari Allah

Bertapa hati ini sedih dan bertapa hati ini sangat berat dan sarat menanggung rindu yang tak terkata. Rindu anak-anak yang jauh dimata. Sungguh ibu rindu kakak Sofea dan Syuhada. Setiap hari ibu berdoa keadaan akan kembali seperti sediakala, kita akan berhimpun bersama-sama.

Didoakan adik Ammar cepat sembuh dan boleh keluar hospital. Adik Ammar dimasukkan ke wad NICU dari hari pertama keluar dari rahim ibu. Alhamdulillah adik Ammar sangat kuat dan berjuang untuk bersama kita sekeluarga.

Hari ini dah masuk hari ke-19 adik Ammar dirawat di hospital Serdang. Doktor terpaksa menahan Adik Ammar kerana semasa lahir adik Ammar mengalami jangkitan kuman di paru-paru yang serius dan nafas yang laju.

Sedih tak terkira terpaksa berpisah dengan anak-anak untuk kebaikan semua. Ibu, ayah dan anak-anak berkorban. Mulanya memang sedih teramat sangat kerana terpaksa tinggalkan Muhammad Ammar di hospital. Rasa seperti ibu ini tidak bertanggungjawab kerana terpaksa tinggalkan Ammar disana.
Ibu dibenarkan pulang ke rumah tetapi tanpa Ammar, terasa sangat janggal pulang ke rumah perut sudah kurus tetapi Ammar tiada. Mood berpantang seperti tidak berpantang, ibu kuatkan semangat dan pujuk diri ibu dengan mengatakan Ammar adalah milik Allah. Ibu melahirkan Ammar kerana ibu insan terpilih. Buat masa sekarang, Allah memberi tanggungjawab kepada doktor dan nurse untuk jaga Ammar, ada hikmah dalam ujian Allah ini. Ibu perlu banyak berdoa dan sabar, sampai masa, Ammar akan pulang bersama keluarga kita dan ibu pula diber tanggungjawab untuk menjaga Ammar amanah Allah yang sangat besar.

Setiap hari ibu berulang alik ke hospital melawat Ammar untuk memberi kata-kata semangat supaya cepat sembuh dan menghantar titisan emas anugerah terindah dari Allah.

Doa ibu kepada Allah akan ada berita gembira untuk ibu, semoga Ammar dibenarkan pulang ke rumah dan ibu, ayah dan Ammar akan bersama-sama pulang ke kampung berjumpa kakak Sofea dan Syuhada yang sentiasa menanti kepulangan kita.

Amin Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












Sunday, 11 May 2014

Bisnes Networking: Dikenali sebagai biz cari-cari orang

Teks: Anisah Abd Rahman
Assalamualaikum,
Menjadi surirumah sambil jana pendapatan adalah bonus yang sangat berharga. Ia bukanlah perkara yang mustahil jika kita mahu dan rajin berusaha.

Saya seorang suri rumah jana pendapatan apabila menggunakan produk amway. Saya pernah merasa sangat marah dan rugi kepada diri sendiri kerana lambat mengetahui pelan pemasaran Amway ini.
Apabila saya mengetahui pelan pemasaran Amway yang hebat ini, saya rasa sangat bertanggungjawab untuk berkongsi idea dengan semua cara jana pendapatan yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, hampir setiap hari saya akan berkongsi tentang kehebatan produk Amway dan manfaatnya kepada rakan FB saya.

Apabila berkongsi akan ramai yang PM dan bertanya bagaimana caranya. Alhamdulillah Allah bukakan hati mereka untuk bersama saya. Tidak kurang juga ada yg bertanya dan merasa sangsi dengan kebolehan sendiri.

Setelah saya ceritakan pelan pemasaran Amway, ada yang memberi respon, saya tak minat dengan bisnes cari-cari orang. Sungguh jujur dan ikhlas saya katakan, setelah memahami pelan pemasaran Amway, saya langsung tidak merasa sentap apabila mendapat respon sebegini. Saya tidak rasa rugi, ramai lagi prospek lain yang saya boleh berkongsi.

Bisness cari-cari orang- orang yang tidak paham erti bisnes networking memang akan memandang rendah kepada bisnes Amway ini. Cuba anda fikirkan bisnes apa yang tidak melibatkan orang. Semua transaksi/ pekerjaan melibatkan orang, kerana hanya orang yang pandai menggunakan wang. Adakah kucing atau beruang pandai mengunakan wang?

Jual nasi lemak libatkan orang, jual kek libatkan orang, jual baju juga melibatkan orang. Alasan tidak suka cari-cari orang hanya sekadar alasan. Siapa yang mempunyai alasan perlu lebihkan mencari motivasi untuk diri sendiri jika ingin berjaya. Tiada siapa dapat bantu anda, jika anda tidak bantu diri anda sendiri.
Sekian dulu perkongsian saya hari ini.

Jika anda ingin mengetahui lanjut tentang jana pendapatan bersama Amway boleh hubungi saya.

Email: anisahabdrahman@gmail.com
Wechat: Anisah Abd Rahman
Whatsapp: 011-12391595
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone







Friday, 9 May 2014

Biznes saya: Suri Bekerja Dari Rumah

Teks: Anisah Abd Rahman




Assalamualaikum, menjadi suri rumah dan menjaga anak sendiri adalah impian setiap ibu didunia ini. Bertuah bagi wanita yang berkemampuan dan selamat berusaha bagi yang belum berjaya. Terus berdoa dan jangan pernah putus asa, kerana Allah sentiasa ada untuk membantu kita.

Saya merupakan ibu yang bekerja dari rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata 2 puteri dan 1 putera. Anak-anak saya berumur 4 tahun, 2 tahun dan 1 bulan.

Sebelum saya membuat keputusan untuk menjaga anak sendiri, saya bekerja sebagai akauntan di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Kesibukan kerja menyebabkan masa saya bersama keluarga untuk melayan anak-anak sangat terbatas. Saya berfikir dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi saya altenatif lain menjana pendapatan dan mempunya banyak masa bersama keluarga.

Alhamdulillah pada Januari 2011 Allah telah makbulkan doa saya dan melihat peluang perniagaan Amway yang sangat hebat . Setelah 2 tahun menggunakan produk Amway dan belajar menjana pendapatan, akhirnya pada Januari 2013 saya membuat keputusan untuk bekerja dari rumah dan menjalankan perniagaan Amway.

Prinsip perniagaan Amway yang mengutamakan kebebasan, keluarga, harapan, dan ganjaran. Saya begitu teruja tentang semua peluang dan potensi yang ditawarkan oleh Amway dan membuat keputusan untuk mengusahakannya bersungguh-sungguh bersama keluarga tersayang. Apa yang lebih menarik hati saya ialah peluang menjana aliran pendapatan pasif yang berterusan dan rasa terjamin adalah sesuatu yang saya mahu dalam kehidupan ini.

Perniagaan Amway didaftarkan dibawah akta jualan langsung di Malaysia sejak 1976. Jualan lansung atau dikenali MLM adalah sesuatu yang ditakuti oleh ramai rakyat Malaysia. Saya sedar perkara ini dan sangat sukar untuk menyakinkan ramai orang untuk bersama kita. Saya bersedia menghadapi apa sahaja halangan dan cabaran, sifat positif dan berusaha sehabis baik serta kreatif akan membuahkan hasil.

Zaman telah berubah dan canggih dengan kemudahan internet. Hampir setiap orang memiliki telefon pintar dan menjalankan urusan perniagaan di atas talian, untuk terus bertahan dan bersaing dengan perniagan lain, kita perlu maju ke hadapan. Oleh yang demikian saya memilih blog sebagai medium perhubungan untuk berkongsian idea dengan bakal rakan perniagaan. Menjadi kawan dan bertukar idea menjana pendapatan.

Carian google dan blog sangat berkait rapat. Maka saya perlu mengubah strategi cara orang lama menjalankan jaringan pemasaran. Generasi Y  seperti saya lebih banyak menghabiskan melayari internet dan sangat takut berjumpa dan menjemput orang datang ke rumah. Pandai menghasilkan blog dan berkongsi idea adalah jalan terbaik untuk perniagaan saya.

Syukur Alhamdulillah, saya telah menyertai keluarga besar Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) untuk belajar membina blog dan pelbagai manfaat sampingan lain yang saya perolehi sebagai bonus dalam kehidupan saya. Antara manfaat yang saya perolehi ialah:

  1. Boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang saya suka.
  2. Ramai kenalan maya di dalam kumpulan ABDR
  3. Boleh berkongsi idea dan jana pendapatan di dalam biz Amway http://pnanisahabdrahman.blogspot.com/
  4. Menghasilkan blog untuk memasarkan produk dropship - buku, ebook dan permainan pendidikan kanak-kanak  http://imanonlinebookstore.blogspot.com/ 
  5. Trafik blog semakin tinggi kerana kerana hasil kerjasama sahabat di ABDR.
Sekian, dulu perkongsian saya tentang apa yang saya lakukan dirumah untuk menjana pendapatan.




Thursday, 8 May 2014

Roti Boy

Teks:Anisah Abd Rahman

Resepi Roti Boy
Bahan inti
100gm mentega garam
1/4 s.teh esen vanila
35gm gula perang
...
Topping
100gm mentega
80gm gula aising
2 bj telur
3 sd nescafe + 2 sd besar air
secubit kayu manis
100gm tpg serbaguna

Bahan doh manis
500gm tpg roti
20gm tpg susu
75gm gula castor
1sd teh garam
1 1/2 sd yis
1 bj telur
270ml air @ susu segar
60gm mentega

Caranya..
Bahan inti dan topping diputar dn simpan dlm peti ais..
Manakala utk buat doh..masukkan dlm bekas pengguli dan set no 10- Dough..
Bila siap, keluarkan doh dan buat mini bun. Masukkn inti dan biarkn naik.
Bila nk bakar baru piping membulat topping atas bun..
Bakar selama 15-20min pd temp 170c.
Selamat mencuba...



Tuesday, 6 May 2014

Noxxa Breadmaker Amway

Teks: Anisah Abd Rahman

BREADMAKER 3 IN 1
Alat bantuan di dapur menggunakan teknologi german. Bukan setakat membakar.. malah
1. menguli doh, bun, pizza, donut.. 
2. membuat roti, campak2 bhn roti, lepas 2 jam siap roti benggali. Makan panas-panas..
3. Kek. Campak bahan kek.. lepas 1.15 jam siap kek..
4. Boleh toast roti keping. Yang specialnyer boleh siap2 letak topping.. butter, gula, kaya, peanut butter dll. Bleh pilih nak garing atau gelap atau lembab!!
Canggih kannnn..

Spesifikasi
Kapasiti : 17.6 
Pembuat Roti : 650W 
Oven Elektrik : 1500W 
Motor Penguli : 100W 
Berat : 24lb 

Dimensi (LxPxT) : 24in x 15in x 16in


Fungsi Oven Elektrik
Program memanas dahulu 
Program membakar : masa 4 jam 
Program Memanggang/Menggril : masa 1 jam 
Dengan termostat yang boleh diubahsuai dengan julat suhu dari 40-260癈 untuk program Memanas Dahulu/Membakar 
Fungsi Nyahfros 
Fungsi Menghangatkan

Fungsi Pembuat Roti

Membakar roti yang beratnya sehingga 2 paun 
12 program (8 menu roti / 1 kek/ 2 doh / 1 menggaul) 
Fungsi pelewat masa sehingga 13 jam, membolehkan anda preset pembuat roti untuk mendapatkan roti yang segar pada keesokan paginya. 
Pilihan bagi mengguna dulang roti untuk membuat roti, fungsi doh bagi menguli doh untuk roti/pizza/pasta atau fungsi menggaul bagi menggaul beter kek/biskut

Fungsi Membakar Roti
Membakar 2 atau 4 keping roti dengan pilihan tekstur cerah, sederhana, gelap 
Guna untuk memerangkan hiasan atas makanan 
Pilihan untuk menggunanya bagi membuat roti telur goreng dan telur goreng separuh masak

Ini peluang untuk anda mencuba dan melihat secara dekat bagaimana Oven breadmaker 3in1 ini berfungsi. apa yang anda perlu buat, contact saya dan kita aturkan appointment untuk buat demo dirumah anda. ajak la kengkawan seramai mungkin untuk memeriahkan aktiviti kita.








Susu Ibu:Kenapa Orang Lain Susu Banyak, Tetapi aku tidak??

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, perkongsian kali ini mengenai penghasilan susu ibu. Almaklumlah tengah berpantangkan.
Selalu kita lihat di facebook dan diblog rakan kita kongsikan stok susu mereka, terlalu banyak dan membuatkan kita teruja. Dan ada yang bergembira dan ada yang sedih kenapa stok susu diri sendiri tak sama macam orang lain.


KEYAKINAN
Sebenarnya apa yang penting untuk kita berjaya sama mengumpul stok yang banyak seperti orang lain ialah KEYAKINAN. ya keyakinan dalam diri kita bahawa kita juga mampu untuk hasilkan stok SI yang banyak dan mampu untuk menyusukan permata hati kita sehingga 2 tahun dan lebih.

Yakin dengan Allah dan yakin dengan diri kita bahawa susu itu sentiasa ada. apabila keyakinan tiada, ini akan memberi aura negatif kepada penghasilan susu kita, kita akan jadi ragu-ragu. Sebagai contoh, perah susu setiap 2-3jam sekali adakah susu itu akan ada? sempatkah ia terhasil lagi???? sepatutnya kita jangan persoalkan tentang susu itu ada atau tidak, kerana susu itu rezeki dari Allah, terus mengepam ikut jadual yang kita telah sediakan.

JADUAL MENGEPAM SUSU
Saya nasihatkan ibu-ibu mempunyai jadual seperti ini dan tandakan sama ada kita berjaya atau tidak mengepam susu ibu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual seperti ini bantu kita membaiki diri dan baiki jadual mengepam untuk sesi berikutnya. Apabila kita melihat jadual kita automatik mengingatkan kita untuk mengepam susu untuk permata hati tercinta.

JENIS PAM SUSU
Kadang kala jenis pam susu yang dimiliki menjadi faktor kenapa kita malas mengepam dan menyebabkan sesi mengepam menjadi berkurang dan stok dihasilkan juga berkurangan, Sudahlah motivasi dan keyakinan diri telah kurang, proses mengepam susu juga si ibu merasakan ia satu kerja yang remeh, sakit tangan dan lambat kerana menggunakan kan pam manual (sebenarnya pam manual bukan masalah, ramai juga yang berjaya kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi) Oleh yang demikian, apa kata si ibu laburkan sedikit duit untuk membeli pam elektrik seperti medela freestyle.



Alhamdulillah kerana saya sedar saya ini bukanlah seorang yang rajin dan saya sudah jangka yang suatu hari saya akan sibuk bekerja,  saya telah mengorbankan bonus tahunan saya pada 2010 untuk membeli medela freestyle. memang mahal dan risau akan berlaku pembaziran, Tetapi Alhamdulillah Medela FS ini sangat berjasa kepada saya keran boleh digunakan sehingga anak masuk yang ketiga.

STRESS DAN JIWA KACAU
Stress dan jiwa kacau juga merupakan salah satu punca susu berkurangan. Pengalaman saya apabila diri kita terlalu stress dan berserabut walaupon susu banyak tetapi ia sangat sukar dikeluarkan. Baru-baru ini anak saya masih ditahan di hospital sedangkan saya telah dibenarkan keluar, saya merasa sedih dan teringat keadaannya dihospital tanpa saya. Susu yang telah terhasil sangat banyak sehingga bengkak tetapi sangat sukar dikeluarkan kerana perasaan saya yang tidak tenang. Oleh itu para ibu sekalian, cuba tenangkan perasaan kita terlebih terlebih dahulu dan perjalanan penyusuan kita akan berjalan lancar.

KESIHATAN: BADAN LETIH DAN LESU

Ramai yang mengadu tidak larat susukan anaknya dengan susu ibu kerana badan terasa letih dan lesu. Itu memang tidak dinafikan. Ibu yang menyusukan anaknya perlu rehat dan tidur yang cukup. Ibu-ibu hari ini sangat sibuk dan agak sukar untuk mendapat tidur dan rehat yang cukup. Selagi mata belum tutup kerja rumah dan pejabat tidak pernah habis. Siang hari sibuk dengan urusan kerja dan apabila pulang perlu bergegas untuk uruskan anak-anak dan rumah serta melayan suami.

 Memang satu cabaran yang besar untuk ibu bekerjaya hari ini. Sebagai ibu yang bijak, langkah terbaik yang boleh di ambil ialah mengambil makanan tambahan yang terbaik untuk memastikan ibu sentiasa sihat dan cergas. Ibu yang sihat dan cergas sentiasa berfikiran positf dan ceria melayan semua kerenah dalam kehidupannya. Oh para suami, hadiahkan lah makan tambahan terbaik untuk isterimu yang tercinta supaya ia dapat menceriakan hidup anda.