Sunday, 30 March 2014

Ayat Kursi: Tanda Kasih Sayang Allah Pada Hambanya.

KEDAHSYATAN AYAT KURSI

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr ra., Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=696060337126134&set=a.371663342899170.90542.325172570881581&type=1&relevant_count=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nota Teknik Mendraft Pola Baju Supaya Tidak Pening Sendiri

Teks: Anisah Abd Rahman


Nota ni saya dapat dari perkongsian teman FB, bagus diorang ni tk kedekut ilmu. Mungkin hari ini saya belum paham sepenuhnya apa yang saya baca, Ambik initiative untuk simpan sebagai rujukan dimasa hadapan.


ini la saya, memang seorang yang suka menyalin nota. Alhamdulillah ada blog semua boleh di simpan disini, jimat kertas, masa dan tenaga.


Ini nota jahitan yang saya copy:


TEKNIK BAGAIMANA UNTUK MENGINGATI KAEDAH MENDRAF POLA SUPAYA TIDAK TERPENING SORANG2

Kebiasaannya ada yang melukis pola dah siap basi. Terpulang kepada kaedah masing2. Tapi saya lebih suka tanpa basi. Jadi kalau ada masalah saya tahu ukuran sebenar pola . Tak perlu nk kira2 semula berapa basi yg telah ditambah.

1. GUNA UKURAN BADAN YANG SEBENAR...
Apabila kita membuat pola sebaiknya ambil ukuran badan yang sebenar, iaitu yang belum ditambah kelonggaran dan keselesaan. Mungkin ada yang tidak berkeyakinan tentang kelonggaran yang sepatutnya. Tapi apabila kita ada ukuran badan yang sebenar inilah dapat membanti kita mengenalpasti di mana punca jika ada kesilapan yang berlaku.

Cth: Apabila kita mengambil siap ukuran badan yang telah ditambah kelonggaran , jika hendak di alter untuk dikecikkan atau dibesarkan , agak sukar kita mengenal pasti berapa byk yang perlu di alter.

2.KENALPASTI KELONGGARAN YANG DIPERLUKAN
Setkan dulu berapa byk kelonggaran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yg selesa. Tanya pada pelanggan dan beri dia pilihan samada nak FIT.. , SEDANG2.. atau LONGGAR .. Berikut cth kelonggaran yang saya gunakan .. Kalau nak cuba ..silalah

Cth kelonggaran untuk pinggang bagi setiap saiz (dalam skala 1:4):

SAIZ S & M
Fit /melekap : 1/4 "
Sedang2: 1/2 "
Longgar sedikit :3/4 "
Polos/ loose : 1" - 1 1/4" ( kelonggaran yang tidak perlu zip belakang )

SAIZ L - 2XL
Fit / melekap : 1/2"
Sedang2 : 3/4"
Longgar sedikit : 1"
Polos / Loose : 1 1/2" ( kelonggaran yang tidak perlu zip belakang )

Gunakan ukuran badan yang sebenar dan hanya ditambahkan kelonggaran pada pola supaya tidak keliru .Kelonggaran ini berbeza kerana lagi besar saiz, lagi lebih la isi badan seseorang. Masa berdiri mmg selesa, tapi akan terasa tidak selesa apabila dlam keadaan duduk.

3. FORMULA POLA
Biasa kalau kita ikut buku .. cth : keliling pinggang bahagi 4 tambah 1 1/2inci .
Tapi ramai yang tak tahu .. ape sebenar yang kita tambah. Cuba asing dan kenal pasti yang mana kelonggaran dan yang mana utk lisu. ( Boleh tengok dalam nota yang saya upload) . 1 1/2" ni ape??? 1" adalah lisu dan 1/2" lagi adalah kelonggaran. Buat kaedah satu persatu. Supaya kita tahu berapa byk yang kita perlukan untuk tambah kelonggaran dan berapa untuk lisu.

Perlu diingatkan jangan sesekali anda menjadikan ia "WAJIB " " MESTI" buat mcm tu .. sebenarnya terpulang kepada kita untuk menentukan berapa byk kelonggaran yang diperlukan mengikut keselesaan. Maklumla baru2 belajar mmg skema.. Cuba jangan jadikan diri anda terlalu skema.. Itu yang akan buat anda terpening sorang2. Berfikir secara logik

4. PARAS BADAN
Buatkan kedudukan paras bahagian badan seperti dlm gambar pola pesak gantung. Kaedah ini dapat membantu anda memahami paras2 badan dan ukuran yang diperlukan. Nak tanda pola bagi setiap bahagian pun senang kan

Semoga dapat membantu kawan2 yang memerlukan.. Selamat mencuba
See More

Saturday, 29 March 2014

Apa Salahnya MLM?

Teks: Anisah Abd Rahman

Jika anda rajin membaca dan menerima serta memandang sesuatu dari sudut positif insyaAllah anda lebih mudah Berjaya jika dibandingkan dengan orang lain.

Hari ini saya hendak berkongsi tentang MLM dari sudut positif.

Apa itu MLM? semua orang boleh dapat jawapan melalui carian google. Dan biarla saya listkan disini.
MLM ialah:

1. Singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan.
Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.

2.MLM (Multi Level Marketing) atau  network marketing atau juga dikenali sebagai pemasaran berperingkat atau pemasaran berangkaian telah bermula lebih dari 50 tahun dahulu, di Amerika ianya telah pun digunakan secara sah untuk para pembekal, pengeluar atau syarikat mengunakan pengedar untuk mengedar atau menjual produk mereka, dan sebagai ganjarannya pengedar akan mendapat ganjaran atau dibayar komisyen diatas usaha mereka dalam menjual produk atau perhikmatan yang disediakan oleh sesebuah syarikat tersebut.
Oleh kerana system MLM ini merupakan satu system yang cantik dan hebat, ia telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kewangan secara mudah, terjadilah Skim Cepat kaya dan lain-lain lagi.
Hakikatnya tidak semua MLM itu menipu, terpulang pada setiap individu bagaimana untuk menilainya.
Kawan-kawan kita semakin dewasa, memang perlu kita mempunyai sikap berhati-hati dan berjaga-jaga, tetapi apa salahnya sesekali kita contohi sikap anak-anak kecil. Anak-anak kecil tidak pernah kenal erti putus asa, jika mereka sentiasa putus asa seperti kita orang dewasa, kemungkinan mereka semua tidak mahu belajar berjalan kerana takut sakit apabila jatuh.
Tidak bermakna sekali kita tertipu dalam MLM kita akan ditipu selama-lamanya. ada MLM yang boleh bantu kita berjaya.

Satinique - Kerana berasa cantik adalah satu perasaan yang indah

Teks: Anisah Abd Rahman

Suka saya nak berkongsi dengan pembaca semua tentang shampoo rambut yang akan terus menjadi pilihan saya. Ianya adalah SATINIQUE

Terbaik sangat, jangan tak percaya, dulu masa saya belum kenal shampoo rambut ni...macam macam yang saya cuba, hampir semua yang keluar iklan kat tv rasanya. tetapi semua yang iklan dekat tv tu, belum tentu boleh percaya. nampak semuanya indah belaka. Tapi bila kita cuba tak sesuai dengan kita.

Oneday, saya buat keputusan mesti cuba produk keluaran amway ni. walaupon dia sedikit mahal tapi berbaloi-baloi rasanya sebab seingat saya dari 2011 sehingga sekarang March 2014 saya sangat setia dengan jenama ni dan memang sangat sesuai dengan rambut saya. hahaahahah nak tahu sesuai tak sesuai pembaca semua boleh  cuba sendiri . Lepas tu kalau yang dah berkahwin tu boleh tanya en abang wangi ke tak wangi. Suami saya memang puji dan kakak saya masa nak potong rambut pon cakap wangi. padahal saya ni kekadang walaupon rambut tengah basah terus je pakai tudung.
Lagi satu, jangan risau walaupon harga dia mahal sedikit, sebabnya kalau tetiba rasa tak sesuai boleh minta wang dikembalikan.

Apa keistimewaan Shampoo Satinique ni.

1. Teknologi
Satinique - satu-satunya sistem penjagaan rambut berkualiti salun dengan teknologi pembaharuan alam semulajadi yang eksklusif, Sistem penyemaian Seramida untuk memberikan rambut tampak sihat lagi cantik hanya dengan sekali guna.

2.Mengapa pilih Satinique?
Kerana sistem penyemaian seramida membaiki kerosakan dengan menggantikan semula lipid yang hilang dengan lipid yang sama seperti yang wujud secara semulajadi dalam rambut.

3.Proses semula jadi
Lipid temasuk seramida adalah penting untuk rambut yang kelihatan cantik dan kunci kepada teknologi SATINIQUE yang eksklusif
ia membolehkan SATINIQUE membaiki rambut anda dan mereplikakan proses semula jadi yang menguatkan dan melindungi. Struktur rosak sebenarnya dilekatkan kembali dalam semula jadi.

4. Sistem Penyemaian Seramida
Mengganti CMC yang hilang, ia menembusi jauh ke dalam kutikel untuk membaik pulih lipid yang hilang

Menguatkan
Memperbaiki keanjalan dan kekuatan serat rambut 
Mengurangkan rambut putus 
Menjadikan rambut lebih kuat  dan memberi perlindungan daripada kerosakan yang seterusnya

Melindungi
Membentuk penghalang berpelindung untuk rambut
Mencegah kehilangan lembapan dan melindungi rambut daripada kerosakan fizikal.

Ais Krim Sedap Buatan Sendiri dari Resipi Ummi

Teks: Anisah Abd Rahman

Terbaik memang terbaik, jumpa resipi buat aiskrim sendiri di rumah, lebih sedap dan lebih terjamin kualitinya dan bahan yang digunakan.

Resipi ni jumpa tadi masa jalan-jalan di newsfeed facebook. Apalagi, terus copy dan simpan resipi ini untuk dijadikan rujukan bila nak mencuba nanti.

Resipi ni dikongsikan dari facebook page Resipi Ummi

ada masa dan cukup bahan kita sama-sama cuba ye.

Bahan-Bahan:
1 biji telur
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar ovalette

Bahan Perasa:
1. Coklat emulco
2. Strawberi emulco
3. Rasa vanila

Cara Membuat:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul selama 15-20 minit, adunan akan mengembang jadi macam tekstur aiskrim.
3. Asingkan ke dalam beberapa mangkuk dan letakkan perasa.
4. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa-apa bekas.
5. Simpan beku selama at least 1 malam.


Masa perbincangan tu, klu taknak letak telur pon tak jadi masalah. so boleh cuba dan rasa sendiri la kan perbezaannya nanti.



Friday, 28 March 2014

Langkah Yang Perlu Diambil Bila Anak Demam

Perkongsian dari pengalaman Ummi's Cheezy House berkenaan anak demam.

1. Jangan mandikan anak yang demam dgn air sejuk. Mandikan dengan air suam.

2. Biasanya doc akan bekalkan anak dgn pcm yg dimasukkan melalui bontot (lupa scientific name ubat ni) ubat ni akan cpt mbantu menurunkan suhu bdn dgn cpt. Masa ni, kalau kita check guna thermometer, suhu mmg turun..tp suhu dalam bdn tak semestinya dah cantik. Masa ni, kena continue jaga suhuutk terus turun. Teruskan lap badan dgn tuala basah (kerapkan di bahagian perut) dan basahkan kepala dengan kerap supaya suhu semakin cepat turun.

3. Jangan letak tuala basah di dahi anak. Ini salah. Suhu panas akan terperangkap dan tidak keluar. Penggunaan cool fever juga sbnrnya salah. Haba pns akan terperangkap

4. Tak perlu pakaikan baju anak. Cukup dengan selimut ringan dan nipis

5. Jangan tidurkan anak dalam bilik ber "aircond"

6. Jika anak tidur, sentiasa alih alihkan badan anak 10-15minit sekali untuk mengeluarkan haba.

7. Bagi anak minum banyak air kosong.

8. Untuk bayi berumur bawah 1 tahun, sentiasa pastikan doktor yang anda temui menimbang berat badan anak sebelum bagi anak anda ubat. Kerana dos sebenar perlu dikira berdasarkan berat bdn anak.

9. Biasanya demam anak lebih kuat di waktu malam atas faktor suhu, dan otak anak yg bekerja lebih pd waktu mlm. Pastikan anda simpan 1 thermometer di rumah. Lebihkan pengawasan pada waktu lewat mlm (jam 12 keatas)

10. Sentiasa basahkan kepala anak dengan air(guna air asam jawa + beras = sejuk) Lap perut anak dengan tuala basah (sangat efektif pada waktu mlm)

11. Jika badan anak anda menggigil, cepat bawa jumpa doktor sebab itu menandakan suhu badan tidak stabil dan bacaan suhu sedang tinggi, bahaya kalau di biarkan.

Semoga perkongsian ini membantu org lain. Kalau ada tambahan, sila share dengan saya ya. Sebagai ilmu pada saya untuk menghilangkan panik bila anak2 demam.

Thursday, 27 March 2014

Produk Nutrilite Mula Berakar Umbi

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah syukur kerana kita diberi kesihatan sehingga hari ini.
Setiap orang mesti ada tips dan amalan yang boleh dikongsi supaya badan sentiasa sihat dengan izin Allah.
Jika tanya saya, saya mengamalkan pengambilan Nutrilite setiap hari.

Kenapa saya sangat jatuh cinta dengan Nutrilite?
Bagi saya, saya yakin dan percaya yang Nutrilite ni jenama no.1 vitamin di Dunia. Jika tak percaya boleh baca di sini

Semasa saya berkunjung di ibu pejabat Amway Petaling Jaya, saya dapat satu artikel yang sangat berguna dan saya boleh berkongsi dengan semua.

Saya memang niat nak semadikan nota tu di sini supaya senang saya membuat rujukan pada bila-bila masa. Jemputla anda manfaatkannya bersama.

(sumber: Artikel dari Amway)
1915 -1933
Produk Nutrilite Mula Berakar Umbi 

Carl Rehnborg meneruskan kajian tentang hubung kait antara makanan dan kesihatan; merumuskan vitamin dan mineral berasaskan tumbuhan yang seimbang.

1915 - 1927

Ketika berada di China , Carl melihat kesihatan rakyatnya yang teruk dan membuat perkaitan antara pemakanan, kesihatan dan gaya hidup. Carl bereksperimen dengan ekstrak pemakanan dari bahan tumbuhan dan memikirkan idea suplemen makanan untuk kegunaan manusia

1919

Di fasiliti penyelidikan Carnation, Carl memerhatikan bahawa lembu membiak dengan baik apabila diberi makan dengan alfafa secara eksklusif. Beliau percaya alfafa adalah sumber makanan ideal dan mencari satu cara untuk menjadikan alfafa mudah dicerna oleh sistem manusia

1926 -1927

Terkepung dalam bandar Shanghai ketika Revolusi, Carl menambah dietnya yang tidak seberapa dengan memasak "stew" yang terdiri daripada daun-daun tumbuhan dan sayur-sayur, tulang haiwan yang dihancurkan dan paku berkarat

1928

Carl melakukan kerja-kerja sambilan dan membina makmal sementara di Calfornia Selatan untuk memburu impiannya membangunkan produk multivitamin/ multimineral

1933

Carl mengenal pasti komponen tumbuhan yang penting bagi kesihatan dan menamakannya " Faktor Makanan Berkait".
Hari ini ia dikenali sebagai Fitonutrien.

Bijak berbelanja menguntungkan diri kita.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan tahniah kerana saudara/i masih setia membaca perkongsian saya ini.


Semalam hari suami dapat gaji, jadi kami pergi ke Giant membeli keperluan rumah. Rasanya kami beli tak banyak pon barang, namun jumlah bayaran agak tinggi walaupon barang tk penuh troli.

Apa jer yg kami beli, pampers pakai buang 2 pek kebetulan promosi. 2 pek ni boleh la tahan sampai 1-2 bln 2 orang anak kerana hanya standby bila keluar jalan-jalan. Semasa dirumah pakai pampers basuh semula.

Sedikit barang dapur seperti minyak masak, kicap, belacan, pati ikan bilis, mayonis, tisu dapur. Stok makanan anak-anak, susu formula dan segar bekalan untuk ibu dan anak dan sedikit barang keperluan lain yg tidak boleh nyatakan disini.

Selesai mengambil barang, beratur di kaunter bayaran sambil mengAgak berapakah jumlah semua ini. Selesai barang di scan satu per satu akhirnya jumlah keseluruhan RM200++.

Bagi saya agak mahal jugak la perbelanjaan ini. Mana taknya ini dah habis berjimat dan kawal nafsu dari membeli yang tak berfaedah.

Semak kembali yer, perbelanjaan saya di Giant ini tidak termasuk segala macam keperluan rumah dan diri seperti pencuci pinggan, pencuci baju, pencuci lantai, sabun mandi, losyen, syampoo, ubat gigi, berus gigi serta pelbagai produk yg anda di kedai sendiri ( amway).
Jika semuanya dibeli disini saya percaya sekali berbelenja setiap bulan RM500 pon kemungkinan belum cukup lagi.

Saya rasa bersyukur kerana mengenali produk Amway, bukan saja berkualiti, malah saya dapat jana pendapatan sambil berbelanja keperluan rumah dan diri. Selain itu apabila idea ini dikongsi, ia mampu membantu org lain jana pendapatan juga.

Saya mengajak kawan-kawan bersama-sama saya mempelbagaikan tempat kita berbelanja, sekurang-kurangnya ada juga aliran tunai keluar dan masuk ke akaun kita apabila kita berbelanja di tempat yg betul. Tidaklah setiap bulan perbelanjaan keperluan rumah hanya libatkan aliran keluar sahaja.

Sekian dulu untuk kali ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 22 March 2014

Guna Barang Amway insyaAllah tak rugi. Malah bahagia Menanti.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum.

Sebelum tido memang banyak idea akan datang dan perlu dikongsikan terus dengan pembaca semua sebelum ia hilang.

Sampai hari ini saya rasa agak terkilan bila tidak dapat bantu rakan-rakan memahami dan menjana pendapatan dengan cara yang mudah dan senang seperti Amway ini.

Masih ramai lagi yg berkira dengan diri sendiri untuk guna produk yg berkualiti.


Ramai bagi alasan Amway mahal sedangkan semakin kita berkongsi ilmu networking ni, semakin memberi faedah kepada semua. Dapat jimat dan jana pendapatan bersama.

Biz amway tak perlu labur duit ribu-ribu dan duduk diam tunggu untung saja.

Caranya: ada duit pakai barang rasa jimat dan dalam masa yang sama kumpul point untk jana pendapatan tambahan kita.

Dan lebih baik ajak ramai-ramai kongsi idea dan untung bersama.

Makin bnyk point tinggi la percentage bonus kita. 3%- 21% setiap bulan ada ker org free2 nk bg klu kita tak cuba usahakan untuk ubah nasib diri.

Pikirla sendiri kerana masing2 diri kita mempunyai impian yg tersendiri. Nak capai atau tidak hanya diri sendiri yg tentukan.

Sekian untuk bebelan malam ini
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 16 March 2014

Bebel saja suka-suka, tentang perjalanan dalam nak kaya dan berjaya.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assamualaikum.

Malam ni sebelum tido rasa nak kongsi idea dulu dengar pembaca yang bertuah seperti anda.

Siapa yg tknak hidup senang kan? Ada banyak masa dan ada banyak wang. Pendek kata hidup selesa dan suka hati kita nak buat apa.

Bila saya cakap hidup selasa dan suka hati kita nak buat apa tu bukan bermakna saya galakan kita hidup enjoy tak ingat Allah.

Percaya lah, bila kita ada banyak masa dan banyak wang. Kita lagi senang untuk hampiri diri dengan Allah.

Ada banyak wang boleh sedekah dan waqaf ke jalan yang di sukai Allah. Ada banyak masa boleh selalu beribadah, tolong orang dan praktik kan diri dengan segala perintah Allah.

Jangan terlalu ikut kata orang yang berfikiran negatif, diorang punya pendapat bila ada banyak masa dan wang lagi lupa Allah.

Tu semua alasan semata-mata, pendek kan cerita orang negatif tu pemalas dan mula la reka macam-macam alasan. (Hahahaahah sedap jer mulut aku melaserkan, naseb la)

Apa sebenarnya yang saya nak share ialah kadang-kadang idea kita tk sama dengan orang, so daripada bergaduh dan bertekak dengan orang, lebih baik kita luahkan di blog ni kan. Hanya yang sudi jer membaca, tk sudi dah lama tutup dan habis cerita.

Kalau kita terus nak menangkan idea kita dengan orang, mungkin nanti dia terasa dan sakit hati dengan kita. So macam mana nak capai target zero dosa.

Ingat yer, kita jangan buat orang sakit hati dan mengumpat orang. No...no..no..yer.

Ada ke yg baca bebelan saya ni.. Komen la just nk kenal siapa hahahaahah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nota Jahitan

Jom belajar menjahit

1.Seluar Pinggang Getah Kanak-Kanak

Nota Jahit Tudung

Shawl Half Moon 2 layer
Jahit Halfmoon sendiri Lebih jimat
Cara nak lukis pola Half moon

Barut bayi: Jahit sendiri barut bayi

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, kali ni nk  cerita bertapa excited saya nk menyambut kelahiran baby ke3 sampai sanggup jahit barut sendiri,maklum la sekarang ni kan dah jadi suri rumah so ada masa untuk buat semua tu sendiri dan boleh jimatkan belanjaa kan.
 lailyhomemade

Cloth Diapers: Stripwash untuk cloth diapers

Teks: Anisah Abd Rahman

Selamat petang kawan-kawan, blogwalking petang ni mencari cara-nak basuh cloth diapers yg dah kurang daya serapan.

Saya jumpa notanya di sini.
http://www.littlepreciousgarden.com/2010/12/step-by-step-how-to-strip-cloth-diapers.html

Friday, 14 March 2014

Cloth Diapers @ Lampin Moden: Usaha berjimat bagi seorang suri rumah dan ibu bekerjaya

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulilah hari ini saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang cloth diapers. Pernah dengar tak?
Mustahil tak pernah dengarkan? tetapi andai kata memang tak pernah tahu apa itu cloth diapers, tiada masalah boleh terus google je di internat yang serba canggih ini.



Pengalaman saya memakaikan anak dengan cloth diapers daripada anak yang pertama, memang seronok dan menjimatkan. Anak saya yang sulong dari lahir sampai besar saya pakaikan cloth diapers ni. Memang la rasa penjimatannya. Saya dan suami tidak perlu memperuntukan belanja pampers pakai buang setiap bulan. Kami suami isteri hanya perlu korbankan sedikit masa dan tenaga untuk mencuci cloth diapers tersebut.

Saya selalu cerita keseronokan saya ber"cloth diapers" dengan rakan sekerja, biasalah macam-macam reaksi yang saya terima. Itu semua bukan masalah. ada yang terima secara positif dan ada yang negatif. Yang positif memang menyokong dan nasihat supaya kita sentiasa berjimat. Bagi yang negatif pula anggap kita ini seorang yang kedekut dan membuat muka katanya kotor dan busyuk nak cuci kesan najis yang melekat di cloth diapers tersebut. apapun saya gembira dengan pilihan saya.

Bagi ibu yang bekerja, jangan risau untuk pakaikan anak kita dengan cloth diapers walaupon kita menghantar anak-anak  ke Taska. Kadang kala kita sahaja yang berfikir negatif yang taska tidak mahu menerima dan anggap ia leceh. tak semua taska begitu. Semasa saya bagitahu yang anak saya tidak memakai pampers pakai buang dan saya pakaikan anak saya dengan cloth diapers, mereka menerimanya dengan baik. Apa yang penting saya hanya perlu beri penerangan yang jelas kepada mereka.

Apa yang perlu di sediakan kepada taska untuk baby yang pakai Cloth Diapers

Mudah sangat, 1. Plastik barang yang kita dapat semasa beli barang di kedai.
saya sedia dalam 10, lebih dari penggunaan cloth diapers semasa di taska, setiap kali anak saya kencing atau berak, taska akan masukkan dalam plastik tersebut secara berasingan. so mudah kan kerja kita semasa proses memcuci balik rumah nanti.

Bagi cloth diapers yang terkena kesan tahi anak kita, pesan kepada guru di taska tak perlu tolong bilas, hanya lipat kemas dan masukkan terus ke dalam plastik, jangan risau akan kesan kotoran yang melekat. Ia mudah tanggal apabila kita sembur dengan air paip yang kuat. Selepas dibilas kesan kotor tersebut hanya di masukkan dalam mesin basuh menggunakan sabun khas untuk cloth diapers. maka selelsai lah kerja mencuci.

Ke-2, sediakan cloth diapers yang cukup untuk tempoh anak kita berada di taska.

Kelebihan anak memakai cloth diapers.

Ramai juga yang bertanya kenapa saya bersusah payah untuk pakaikan anak saya dengan cloth diapers, walaupon pada masa saya bekerja saya dikira mampu untuk sedikan anak saya dengan pampers pakai buang dan mudah kerja saya tak perlu susah payah.

Tidak dinafikan, pakaikan anak dengan pampers pakai buang memang mudah dan senang kerja. Tetapi bagi saya, selain dapat jimatkan duit, saya perlu ingat anak saya perempuan dan saya berfikir jauh bahawa alat sulit adalah sensitif dan mudah kena jangkitan. Kita tidak tahu apa bahan sebenar yang digunakan untuk hasilkan pampers pakai buang tersebut. jika kita lihat perkongsian Dr Hamid Arsad, terlalu banyak dan serius penyakit orang perempuan pada masa ini. Pakar sendiri tidak mengesahkan apa punca sebenar penyakit kronik yang bnayak pada hari ini. Oleh itu langkah berjaga-jaga perlu di ambil.

Dengan memakaikan anak saya dengan cloth diapers, saya boleh tahu berapa kali guru di taska bantu saya tukarkan pampers anak saya. macam-macam kes di taska yang kita pernah dengar, pampers tidak ditukar lama dan selalu tertukar dengan anak orang lain. maka dengan pemakaian cloth diapers dapat selesaikan masalah ini. Alang-alang kita dah bayar mahal kepada mereka, maka biarlah nampak sedikit cerewet tapi membawa kebaikan.

Setakat ini dulu perkongsian saya pada hari ini, InsyaAllah next entry saya akan kongsikan pula keseronokan saya memakaikan anak cloth diapers setelah menjadi suri rumah.