Friday, 5 September 2014

Ibu dan Ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah. Bersyukur mempunyai kelapangan waktu bersama anak-anak.

Ibu dan ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

Seronok menghabiskan masa seharian bersama anak-anak.

Selain perasaan seronok, di dalam tempoh waktu ini la proses pembelajaran anak-anak berlaku.

Pentingnya ibu dan ayah menjaga sikap dan tingkah laku di hadapan mahupon di belakang anak-anak.

Apa sahaja yang di lakukan oleh ibu dan ayah akan di duplicate oleh anak anak sepenuhnya.

Ini saya dapat perhatikan sendiri dalam diri anak-anak saya yang berusia 3 tahun setengah dan 1 tahun setengah.

Pada umur begini mereka akan mengikut semua yang berlaku disekeliling mereka. Apa yang mereka paham ialah duplicate apa sahaja.

Duplicate apa sahaja bermaksud, pada peringkat waktu ini mereka masih tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Minda mereka hanya duplicate sahaja.

Ini kerana, di kelapangan masa yang saya ada, saya memerhatikan gerak geri dan tutur kata mereka.

Saya dapat mendengar setiap butir perkataan mereka. Dan saya dapati kakak akan menggunakan setiap perkataan yang saya gunakan selama ini.

Tidak kira perkataan saya yang positif atau negatif, dia akan mengunakan dan menyebutnya berulang kali.

Pada saat itu, saya tersedar bertapa pentingnya saya menjaga setiap tutur kata dan tingkah laku saya.

Saya berazam akan menjadi contoh yang baik kepada mereka.

Anak-anak ibarat cermin kepada diri kita.

Jika kita ingin mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, mula la mendidik mereka dari mereka kecil lagi.

Usah sesekali terlewat, benarlah pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnyam iaitu ketika anak-anak masih kerja.

Apabila anak sudah dewasa, skill mereka untuk mengduplicate kita sepenuh akan menjadi sukar.

Setakat ini perkongsian saya, jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Saya adalah ibu yang masih belajar dan masih perlu menuntut ilmu.

Amin ya Allah.

No comments:

Post a Comment