Wednesday, 9 July 2014

Tun Mahathir, seorang motivator yang hebat

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum. Alhamdulillah sudah sepuluh hari kita menjalani ibadah berpuasa. Terlalu pantas masa bergerak, sedar-sedar dah sepuluh hari saya berjaya puasa penuh dan sentiasa bertenaga walaupon saya menyusukan anak yang yang berusia 77 hari.

Apa rahsianya, tkla rahsia pon kan, setiap hari bangun sahur minum air yang bersusu +oat + kurma dan makanan lain jika rasa berselera nk makan. Selain itu saya turut menambah supplement dalam diet harian saya.

Setiap hari saya ambil:
1.Vitamin C
2.Multivitamin/mineral
3.Kalsium.

Alhamdulillah semua vitamin ni sangat membantu saya kekal cergas sepanjang hari. Ini la yg dikatakan rezeki dalam bentuk lain selain wang. Syukur ya Allah dengan pemberianMu.

Banyak yang nak kongsi dengan kawan-kawan sehingga lari tajuk yang dipilih. Sebenarnya apa yg saya nak ceritakan ialah tentang seminar saya hadiri semasa masih kerja di Felda. Berpeluang dapat hadiri Majlis bersama Tun Mahathir sebelum menamatkan perkhidmatan.

(Dah setahun tulis barus sempat nak post sekarang kan.)
Baca je la kan...

Alhamdulillah Isnin yg hebat. Kami semua warga Felda diberi peluang untuk menghadirkan diri ke majlis yg telah dirancang dgn sempurna sekali bersama Negarawan Ulung Negara Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di PWTC.

Kenapa tertubuhnya Felda? Memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

Segalanya bermula secara kecil-kecilan, sekiranya kita terus menjaga dan membaja ia akan menjadi besar.

Kekayaan tak datang dari langit, kekayaan mesti dari usaha kita dan dibantu oleh kerajaan.

Kebahagian hari ini adalah disebabkan pengorbanan org terdahulu.

Kita di Malaysia, dapat banyak nikmat kerana pemimpin sgt perihatin dgn nasib rakyat. Sebagai contoh wujudnya skim seperti Felda. Rakyat patut berterima kasih. Banyak perubahan telah berlaku

Tun hidup dalam 3 era. Era semasa dijajah, pada zaman ini melayu sangat menderita. Kita dihina.

Apabila jadi manusia kita harus pandai bersyukur. Bukan menggigit jari org yg membantu kita atau yg memberi kita makan. Manusia dikurniakan akal fikiran untuk membezakan yg baik dan yg buruk.

Tun nasihat kami semua supaya pandai mengurus wang dan kekayaan dengan sempurna supaya kekayaan semakin bertambah dan boleh diwarisi kepada keturunan kita.

Inilah sedikit sebanyak kata2 Tun yg aku ingin kongsikan.
For me Tun memang negarawan terulung, kata2nya penuh bermakna dn penuh dengan nasihat.

Tun seorang yg berwawasan dan berfikiran jauh.

In Shaa Allah transformasi aku untuk menjadi seorang WAHM berjalan dengan lancar. Kebahagian bukan hanya diukur dari segi wang semata, tetapi kualiti masa dan ketengan akal dan fikiran.


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Amway/pembelian produk Amway/menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
email:anisahabdrahman@gmail.com
whatsapp: 011 12391595

No comments:

Post a Comment