Tuesday, 6 May 2014

Susu Ibu:Kenapa Orang Lain Susu Banyak, Tetapi aku tidak??

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, perkongsian kali ini mengenai penghasilan susu ibu. Almaklumlah tengah berpantangkan.
Selalu kita lihat di facebook dan diblog rakan kita kongsikan stok susu mereka, terlalu banyak dan membuatkan kita teruja. Dan ada yang bergembira dan ada yang sedih kenapa stok susu diri sendiri tak sama macam orang lain.


KEYAKINAN
Sebenarnya apa yang penting untuk kita berjaya sama mengumpul stok yang banyak seperti orang lain ialah KEYAKINAN. ya keyakinan dalam diri kita bahawa kita juga mampu untuk hasilkan stok SI yang banyak dan mampu untuk menyusukan permata hati kita sehingga 2 tahun dan lebih.

Yakin dengan Allah dan yakin dengan diri kita bahawa susu itu sentiasa ada. apabila keyakinan tiada, ini akan memberi aura negatif kepada penghasilan susu kita, kita akan jadi ragu-ragu. Sebagai contoh, perah susu setiap 2-3jam sekali adakah susu itu akan ada? sempatkah ia terhasil lagi???? sepatutnya kita jangan persoalkan tentang susu itu ada atau tidak, kerana susu itu rezeki dari Allah, terus mengepam ikut jadual yang kita telah sediakan.

JADUAL MENGEPAM SUSU
Saya nasihatkan ibu-ibu mempunyai jadual seperti ini dan tandakan sama ada kita berjaya atau tidak mengepam susu ibu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual seperti ini bantu kita membaiki diri dan baiki jadual mengepam untuk sesi berikutnya. Apabila kita melihat jadual kita automatik mengingatkan kita untuk mengepam susu untuk permata hati tercinta.

JENIS PAM SUSU
Kadang kala jenis pam susu yang dimiliki menjadi faktor kenapa kita malas mengepam dan menyebabkan sesi mengepam menjadi berkurang dan stok dihasilkan juga berkurangan, Sudahlah motivasi dan keyakinan diri telah kurang, proses mengepam susu juga si ibu merasakan ia satu kerja yang remeh, sakit tangan dan lambat kerana menggunakan kan pam manual (sebenarnya pam manual bukan masalah, ramai juga yang berjaya kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi) Oleh yang demikian, apa kata si ibu laburkan sedikit duit untuk membeli pam elektrik seperti medela freestyle.



Alhamdulillah kerana saya sedar saya ini bukanlah seorang yang rajin dan saya sudah jangka yang suatu hari saya akan sibuk bekerja,  saya telah mengorbankan bonus tahunan saya pada 2010 untuk membeli medela freestyle. memang mahal dan risau akan berlaku pembaziran, Tetapi Alhamdulillah Medela FS ini sangat berjasa kepada saya keran boleh digunakan sehingga anak masuk yang ketiga.

STRESS DAN JIWA KACAU
Stress dan jiwa kacau juga merupakan salah satu punca susu berkurangan. Pengalaman saya apabila diri kita terlalu stress dan berserabut walaupon susu banyak tetapi ia sangat sukar dikeluarkan. Baru-baru ini anak saya masih ditahan di hospital sedangkan saya telah dibenarkan keluar, saya merasa sedih dan teringat keadaannya dihospital tanpa saya. Susu yang telah terhasil sangat banyak sehingga bengkak tetapi sangat sukar dikeluarkan kerana perasaan saya yang tidak tenang. Oleh itu para ibu sekalian, cuba tenangkan perasaan kita terlebih terlebih dahulu dan perjalanan penyusuan kita akan berjalan lancar.

KESIHATAN: BADAN LETIH DAN LESU

Ramai yang mengadu tidak larat susukan anaknya dengan susu ibu kerana badan terasa letih dan lesu. Itu memang tidak dinafikan. Ibu yang menyusukan anaknya perlu rehat dan tidur yang cukup. Ibu-ibu hari ini sangat sibuk dan agak sukar untuk mendapat tidur dan rehat yang cukup. Selagi mata belum tutup kerja rumah dan pejabat tidak pernah habis. Siang hari sibuk dengan urusan kerja dan apabila pulang perlu bergegas untuk uruskan anak-anak dan rumah serta melayan suami.

 Memang satu cabaran yang besar untuk ibu bekerjaya hari ini. Sebagai ibu yang bijak, langkah terbaik yang boleh di ambil ialah mengambil makanan tambahan yang terbaik untuk memastikan ibu sentiasa sihat dan cergas. Ibu yang sihat dan cergas sentiasa berfikiran positf dan ceria melayan semua kerenah dalam kehidupannya. Oh para suami, hadiahkan lah makan tambahan terbaik untuk isterimu yang tercinta supaya ia dapat menceriakan hidup anda.

No comments:

Post a Comment