Monday, 12 May 2014

Surah Pilihan: Surah Al-Taghabun

Teks: Anisah Abd Rahman
Surah Al-Taghabun(hari didedahkan segala kesalahan)

Ayat: 11
Tidak ada sesuatu pun kesusahan(atau musibah) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberi hidayah kepada hatinya (lalu menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat: 13
Allah itu, tiada Tuhan melainkan Dia. Dengan demikian, kepada Allah jualah orang yang beriman wajib bertawakkal.

Ayat: 15
Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar

Kesedihan adalah ujian dari Allah

Bertapa hati ini sedih dan bertapa hati ini sangat berat dan sarat menanggung rindu yang tak terkata. Rindu anak-anak yang jauh dimata. Sungguh ibu rindu kakak Sofea dan Syuhada. Setiap hari ibu berdoa keadaan akan kembali seperti sediakala, kita akan berhimpun bersama-sama.

Didoakan adik Ammar cepat sembuh dan boleh keluar hospital. Adik Ammar dimasukkan ke wad NICU dari hari pertama keluar dari rahim ibu. Alhamdulillah adik Ammar sangat kuat dan berjuang untuk bersama kita sekeluarga.

Hari ini dah masuk hari ke-19 adik Ammar dirawat di hospital Serdang. Doktor terpaksa menahan Adik Ammar kerana semasa lahir adik Ammar mengalami jangkitan kuman di paru-paru yang serius dan nafas yang laju.

Sedih tak terkira terpaksa berpisah dengan anak-anak untuk kebaikan semua. Ibu, ayah dan anak-anak berkorban. Mulanya memang sedih teramat sangat kerana terpaksa tinggalkan Muhammad Ammar di hospital. Rasa seperti ibu ini tidak bertanggungjawab kerana terpaksa tinggalkan Ammar disana.
Ibu dibenarkan pulang ke rumah tetapi tanpa Ammar, terasa sangat janggal pulang ke rumah perut sudah kurus tetapi Ammar tiada. Mood berpantang seperti tidak berpantang, ibu kuatkan semangat dan pujuk diri ibu dengan mengatakan Ammar adalah milik Allah. Ibu melahirkan Ammar kerana ibu insan terpilih. Buat masa sekarang, Allah memberi tanggungjawab kepada doktor dan nurse untuk jaga Ammar, ada hikmah dalam ujian Allah ini. Ibu perlu banyak berdoa dan sabar, sampai masa, Ammar akan pulang bersama keluarga kita dan ibu pula diber tanggungjawab untuk menjaga Ammar amanah Allah yang sangat besar.

Setiap hari ibu berulang alik ke hospital melawat Ammar untuk memberi kata-kata semangat supaya cepat sembuh dan menghantar titisan emas anugerah terindah dari Allah.

Doa ibu kepada Allah akan ada berita gembira untuk ibu, semoga Ammar dibenarkan pulang ke rumah dan ibu, ayah dan Ammar akan bersama-sama pulang ke kampung berjumpa kakak Sofea dan Syuhada yang sentiasa menanti kepulangan kita.

Amin Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












No comments:

Post a Comment