Friday, 9 May 2014

Biznes saya: Suri Bekerja Dari Rumah

Teks: Anisah Abd Rahman




Assalamualaikum, menjadi suri rumah dan menjaga anak sendiri adalah impian setiap ibu didunia ini. Bertuah bagi wanita yang berkemampuan dan selamat berusaha bagi yang belum berjaya. Terus berdoa dan jangan pernah putus asa, kerana Allah sentiasa ada untuk membantu kita.

Saya merupakan ibu yang bekerja dari rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata 2 puteri dan 1 putera. Anak-anak saya berumur 4 tahun, 2 tahun dan 1 bulan.

Sebelum saya membuat keputusan untuk menjaga anak sendiri, saya bekerja sebagai akauntan di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Kesibukan kerja menyebabkan masa saya bersama keluarga untuk melayan anak-anak sangat terbatas. Saya berfikir dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi saya altenatif lain menjana pendapatan dan mempunya banyak masa bersama keluarga.

Alhamdulillah pada Januari 2011 Allah telah makbulkan doa saya dan melihat peluang perniagaan Amway yang sangat hebat . Setelah 2 tahun menggunakan produk Amway dan belajar menjana pendapatan, akhirnya pada Januari 2013 saya membuat keputusan untuk bekerja dari rumah dan menjalankan perniagaan Amway.

Prinsip perniagaan Amway yang mengutamakan kebebasan, keluarga, harapan, dan ganjaran. Saya begitu teruja tentang semua peluang dan potensi yang ditawarkan oleh Amway dan membuat keputusan untuk mengusahakannya bersungguh-sungguh bersama keluarga tersayang. Apa yang lebih menarik hati saya ialah peluang menjana aliran pendapatan pasif yang berterusan dan rasa terjamin adalah sesuatu yang saya mahu dalam kehidupan ini.

Perniagaan Amway didaftarkan dibawah akta jualan langsung di Malaysia sejak 1976. Jualan lansung atau dikenali MLM adalah sesuatu yang ditakuti oleh ramai rakyat Malaysia. Saya sedar perkara ini dan sangat sukar untuk menyakinkan ramai orang untuk bersama kita. Saya bersedia menghadapi apa sahaja halangan dan cabaran, sifat positif dan berusaha sehabis baik serta kreatif akan membuahkan hasil.

Zaman telah berubah dan canggih dengan kemudahan internet. Hampir setiap orang memiliki telefon pintar dan menjalankan urusan perniagaan di atas talian, untuk terus bertahan dan bersaing dengan perniagan lain, kita perlu maju ke hadapan. Oleh yang demikian saya memilih blog sebagai medium perhubungan untuk berkongsian idea dengan bakal rakan perniagaan. Menjadi kawan dan bertukar idea menjana pendapatan.

Carian google dan blog sangat berkait rapat. Maka saya perlu mengubah strategi cara orang lama menjalankan jaringan pemasaran. Generasi Y  seperti saya lebih banyak menghabiskan melayari internet dan sangat takut berjumpa dan menjemput orang datang ke rumah. Pandai menghasilkan blog dan berkongsi idea adalah jalan terbaik untuk perniagaan saya.

Syukur Alhamdulillah, saya telah menyertai keluarga besar Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) untuk belajar membina blog dan pelbagai manfaat sampingan lain yang saya perolehi sebagai bonus dalam kehidupan saya. Antara manfaat yang saya perolehi ialah:

  1. Boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang saya suka.
  2. Ramai kenalan maya di dalam kumpulan ABDR
  3. Boleh berkongsi idea dan jana pendapatan di dalam biz Amway http://pnanisahabdrahman.blogspot.com/
  4. Menghasilkan blog untuk memasarkan produk dropship - buku, ebook dan permainan pendidikan kanak-kanak  http://imanonlinebookstore.blogspot.com/ 
  5. Trafik blog semakin tinggi kerana kerana hasil kerjasama sahabat di ABDR.
Sekian, dulu perkongsian saya tentang apa yang saya lakukan dirumah untuk menjana pendapatan.




No comments:

Post a Comment