Friday, 8 May 2015

Pengawalan Berat Badan

Teks: Anisah Abd Rahman


Assalamualaikum kawan-kawan.

Mempunyai tubuh badan yang sihat adalah impian setiap orang.  Makan diet yang seimbang dan bersenam dengan kerap akan membuat badan kita lebih cergas dan bertenaga. Kita bukan sahaja memiliki tubuh badan yang bertenaga dan berkeyakinan, tubuh kita juga akan kelihatan lebih menarik dan berfungsi dengan betul.
Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal boleh mengurangkan risiko penyakit seperti Diabetis,serangan jantung dan obersiti.

Program Pengurangan Berat Badan Yang Berjaya Bermula dengan:

1. Bersenam

  • Bersenam untuk membakar lemak yang tersimpan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu selama 30minit.
  • Kekalkan diet seimbang yang rendah kalori berbanding apa yang kita biasa ambil selama ini
  • Positif dan komitmen untuk capai matlamat untuk mendapat berat badan ideal
2. Mengira kalori
  • setiap makanan memberi jumlah tenaga yang berbeza.
  • kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga.
  • Fungsi tenaga untuk tubuh badan kita: 60% untuk fungsi penting(mengepam jantung, fungsian otak, pernafasan paru-paru) 30% untuk aktiviti fizikal, 10% untuk penghadaman makanan  dan penyerapan nutrien.
  • Berat badan kita akan kekal sama jika pengambilan kalori sama dengan kalori yang tubuh perlukan.
  • Apabila kita mengambil lebih kalori yang diperlukan, Kalori yang berlebihan menjadi punca kepada kegemukkan.
  • Pengurang berat badan akan berlaku apabila kita mengunakan lebih kalori daripada apa yang kita makan.
  • Apabila kita telah mengurangkan kalori yang diambil, pertimbangkan pengambilan suplemen multivitamin dan multimineral untuk menjamin tubuh kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Kegemukan adalah berat badan kita melebihi 20 peratus ideal .Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Kemudian kalori yang berlebihan itu menjadi punca berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Nutrien yang Disyorkan untukPengurusan Pengurusan Berat Badan

No comments:

Post a Comment