Saturday, 19 April 2014

Memerhatikan Kesihatan Penghadaman Anda

Sumber: Dato' Dr Muhammad Radzi Abu Hassan


Hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang saya baca tentang system penghadaman. Artikel ni menarik dan perlu dikongsikan kepada semua. ditulis oleh Dato' Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk risalah yang dikeluarkan oleh vitagen.


Pada 26 Februari yang lalu saya dan encik suami mengikuti rombongan tadika anak sulong kami ke kilang Vitagen dan melawat Farm In The City.


Hasil dari pembacaan tu kita perlu tahu yang system penghadaman yang sihat sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita secara menyeluruh. Ia memproses makanan dan mengangkut nutrien, vitamin dan mineral penting keseluruh badan. Sistem penghadaman juga menentukan nutrien yang akan diserap dan toksin dan allergen yang akan dihindari


Fungsi ini membolehkan kita menjalankan aktiviti harian seperti berfikir, bergerak, bekerja, belajar, bersosial dan juga tidur tanpa sebarang masalah. Kesihatan penghadaman yang kurang baik akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti alahan, artritis, jerawat, penyakit autoimun, gangguan mood, kelesuan kronik dan barah.


MasyaAllah, pentingkan untuk kita menjaga kesihatan penghadaman, selama ini kita jarang ambil tahu. Kita selalu makan ikut selera kita tanpa memikirkan kesihatan dimasa hadapan. Insaf dah saya selepas ini.


Perut dan Minda Kita.


Ini pon antara perkara yang saya baru tahu setelah membaca artikel ini. Sistem penghadaman kita juga dikenali  sebagai otak kedua, mempunyai rangkaian lebih 100 juta neuron yang melapisi perut dan saluran gastrousus kita. Neuron ini adalah jenis neurotransmiter atau pengutus saraf utama sama yang didapati dalam otak sebenar kita. Gangguan terhadapsalah satu otak akan menjejaskan otak yang satu lagi, sebab itu lah kita dapati jika system penghadaman yang kurang sihat boleh mempengaruhi mood dan menyebabkan gangguan neurologi dan psikologi.


Sistem penghadaman ini boleh menentukan nutrien dan vitamin yang akan diserap dan menangkis serangan toksin dan aalergen. Oleh yang demikiania berkaitan langsung dengan kesihatan keseluruhan badan. Sekirannya ia gagl melaksanakan tugasnya, badan akan dipenuhi dengan toksin yang akan menjejaskan kesihatan kita. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang kelihatan tidak berkaitan. Lazimnya, langkah merawat masalah penghadaman dapat memulihkan masalah penyakit yang lain.

No comments:

Post a Comment