Thursday, 27 March 2014

Produk Nutrilite Mula Berakar Umbi

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah syukur kerana kita diberi kesihatan sehingga hari ini.
Setiap orang mesti ada tips dan amalan yang boleh dikongsi supaya badan sentiasa sihat dengan izin Allah.
Jika tanya saya, saya mengamalkan pengambilan Nutrilite setiap hari.

Kenapa saya sangat jatuh cinta dengan Nutrilite?
Bagi saya, saya yakin dan percaya yang Nutrilite ni jenama no.1 vitamin di Dunia. Jika tak percaya boleh baca di sini

Semasa saya berkunjung di ibu pejabat Amway Petaling Jaya, saya dapat satu artikel yang sangat berguna dan saya boleh berkongsi dengan semua.

Saya memang niat nak semadikan nota tu di sini supaya senang saya membuat rujukan pada bila-bila masa. Jemputla anda manfaatkannya bersama.

(sumber: Artikel dari Amway)
1915 -1933
Produk Nutrilite Mula Berakar Umbi 

Carl Rehnborg meneruskan kajian tentang hubung kait antara makanan dan kesihatan; merumuskan vitamin dan mineral berasaskan tumbuhan yang seimbang.

1915 - 1927

Ketika berada di China , Carl melihat kesihatan rakyatnya yang teruk dan membuat perkaitan antara pemakanan, kesihatan dan gaya hidup. Carl bereksperimen dengan ekstrak pemakanan dari bahan tumbuhan dan memikirkan idea suplemen makanan untuk kegunaan manusia

1919

Di fasiliti penyelidikan Carnation, Carl memerhatikan bahawa lembu membiak dengan baik apabila diberi makan dengan alfafa secara eksklusif. Beliau percaya alfafa adalah sumber makanan ideal dan mencari satu cara untuk menjadikan alfafa mudah dicerna oleh sistem manusia

1926 -1927

Terkepung dalam bandar Shanghai ketika Revolusi, Carl menambah dietnya yang tidak seberapa dengan memasak "stew" yang terdiri daripada daun-daun tumbuhan dan sayur-sayur, tulang haiwan yang dihancurkan dan paku berkarat

1928

Carl melakukan kerja-kerja sambilan dan membina makmal sementara di Calfornia Selatan untuk memburu impiannya membangunkan produk multivitamin/ multimineral

1933

Carl mengenal pasti komponen tumbuhan yang penting bagi kesihatan dan menamakannya " Faktor Makanan Berkait".
Hari ini ia dikenali sebagai Fitonutrien.

No comments:

Post a Comment