Sunday, 30 March 2014

Nota Teknik Mendraft Pola Baju Supaya Tidak Pening Sendiri

Teks: Anisah Abd Rahman


Nota ni saya dapat dari perkongsian teman FB, bagus diorang ni tk kedekut ilmu. Mungkin hari ini saya belum paham sepenuhnya apa yang saya baca, Ambik initiative untuk simpan sebagai rujukan dimasa hadapan.


ini la saya, memang seorang yang suka menyalin nota. Alhamdulillah ada blog semua boleh di simpan disini, jimat kertas, masa dan tenaga.


Ini nota jahitan yang saya copy:


TEKNIK BAGAIMANA UNTUK MENGINGATI KAEDAH MENDRAF POLA SUPAYA TIDAK TERPENING SORANG2

Kebiasaannya ada yang melukis pola dah siap basi. Terpulang kepada kaedah masing2. Tapi saya lebih suka tanpa basi. Jadi kalau ada masalah saya tahu ukuran sebenar pola . Tak perlu nk kira2 semula berapa basi yg telah ditambah.

1. GUNA UKURAN BADAN YANG SEBENAR...
Apabila kita membuat pola sebaiknya ambil ukuran badan yang sebenar, iaitu yang belum ditambah kelonggaran dan keselesaan. Mungkin ada yang tidak berkeyakinan tentang kelonggaran yang sepatutnya. Tapi apabila kita ada ukuran badan yang sebenar inilah dapat membanti kita mengenalpasti di mana punca jika ada kesilapan yang berlaku.

Cth: Apabila kita mengambil siap ukuran badan yang telah ditambah kelonggaran , jika hendak di alter untuk dikecikkan atau dibesarkan , agak sukar kita mengenal pasti berapa byk yang perlu di alter.

2.KENALPASTI KELONGGARAN YANG DIPERLUKAN
Setkan dulu berapa byk kelonggaran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yg selesa. Tanya pada pelanggan dan beri dia pilihan samada nak FIT.. , SEDANG2.. atau LONGGAR .. Berikut cth kelonggaran yang saya gunakan .. Kalau nak cuba ..silalah

Cth kelonggaran untuk pinggang bagi setiap saiz (dalam skala 1:4):

SAIZ S & M
Fit /melekap : 1/4 "
Sedang2: 1/2 "
Longgar sedikit :3/4 "
Polos/ loose : 1" - 1 1/4" ( kelonggaran yang tidak perlu zip belakang )

SAIZ L - 2XL
Fit / melekap : 1/2"
Sedang2 : 3/4"
Longgar sedikit : 1"
Polos / Loose : 1 1/2" ( kelonggaran yang tidak perlu zip belakang )

Gunakan ukuran badan yang sebenar dan hanya ditambahkan kelonggaran pada pola supaya tidak keliru .Kelonggaran ini berbeza kerana lagi besar saiz, lagi lebih la isi badan seseorang. Masa berdiri mmg selesa, tapi akan terasa tidak selesa apabila dlam keadaan duduk.

3. FORMULA POLA
Biasa kalau kita ikut buku .. cth : keliling pinggang bahagi 4 tambah 1 1/2inci .
Tapi ramai yang tak tahu .. ape sebenar yang kita tambah. Cuba asing dan kenal pasti yang mana kelonggaran dan yang mana utk lisu. ( Boleh tengok dalam nota yang saya upload) . 1 1/2" ni ape??? 1" adalah lisu dan 1/2" lagi adalah kelonggaran. Buat kaedah satu persatu. Supaya kita tahu berapa byk yang kita perlukan untuk tambah kelonggaran dan berapa untuk lisu.

Perlu diingatkan jangan sesekali anda menjadikan ia "WAJIB " " MESTI" buat mcm tu .. sebenarnya terpulang kepada kita untuk menentukan berapa byk kelonggaran yang diperlukan mengikut keselesaan. Maklumla baru2 belajar mmg skema.. Cuba jangan jadikan diri anda terlalu skema.. Itu yang akan buat anda terpening sorang2. Berfikir secara logik

4. PARAS BADAN
Buatkan kedudukan paras bahagian badan seperti dlm gambar pola pesak gantung. Kaedah ini dapat membantu anda memahami paras2 badan dan ukuran yang diperlukan. Nak tanda pola bagi setiap bahagian pun senang kan

Semoga dapat membantu kawan2 yang memerlukan.. Selamat mencuba
See More

No comments:

Post a Comment