Friday, 28 March 2014

Langkah Yang Perlu Diambil Bila Anak Demam

Perkongsian dari pengalaman Ummi's Cheezy House berkenaan anak demam.

1. Jangan mandikan anak yang demam dgn air sejuk. Mandikan dengan air suam.

2. Biasanya doc akan bekalkan anak dgn pcm yg dimasukkan melalui bontot (lupa scientific name ubat ni) ubat ni akan cpt mbantu menurunkan suhu bdn dgn cpt. Masa ni, kalau kita check guna thermometer, suhu mmg turun..tp suhu dalam bdn tak semestinya dah cantik. Masa ni, kena continue jaga suhuutk terus turun. Teruskan lap badan dgn tuala basah (kerapkan di bahagian perut) dan basahkan kepala dengan kerap supaya suhu semakin cepat turun.

3. Jangan letak tuala basah di dahi anak. Ini salah. Suhu panas akan terperangkap dan tidak keluar. Penggunaan cool fever juga sbnrnya salah. Haba pns akan terperangkap

4. Tak perlu pakaikan baju anak. Cukup dengan selimut ringan dan nipis

5. Jangan tidurkan anak dalam bilik ber "aircond"

6. Jika anak tidur, sentiasa alih alihkan badan anak 10-15minit sekali untuk mengeluarkan haba.

7. Bagi anak minum banyak air kosong.

8. Untuk bayi berumur bawah 1 tahun, sentiasa pastikan doktor yang anda temui menimbang berat badan anak sebelum bagi anak anda ubat. Kerana dos sebenar perlu dikira berdasarkan berat bdn anak.

9. Biasanya demam anak lebih kuat di waktu malam atas faktor suhu, dan otak anak yg bekerja lebih pd waktu mlm. Pastikan anda simpan 1 thermometer di rumah. Lebihkan pengawasan pada waktu lewat mlm (jam 12 keatas)

10. Sentiasa basahkan kepala anak dengan air(guna air asam jawa + beras = sejuk) Lap perut anak dengan tuala basah (sangat efektif pada waktu mlm)

11. Jika badan anak anda menggigil, cepat bawa jumpa doktor sebab itu menandakan suhu badan tidak stabil dan bacaan suhu sedang tinggi, bahaya kalau di biarkan.

Semoga perkongsian ini membantu org lain. Kalau ada tambahan, sila share dengan saya ya. Sebagai ilmu pada saya untuk menghilangkan panik bila anak2 demam.

No comments:

Post a Comment