Friday, 14 March 2014

Cloth Diapers @ Lampin Moden: Usaha berjimat bagi seorang suri rumah dan ibu bekerjaya

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulilah hari ini saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang cloth diapers. Pernah dengar tak?
Mustahil tak pernah dengarkan? tetapi andai kata memang tak pernah tahu apa itu cloth diapers, tiada masalah boleh terus google je di internat yang serba canggih ini.



Pengalaman saya memakaikan anak dengan cloth diapers daripada anak yang pertama, memang seronok dan menjimatkan. Anak saya yang sulong dari lahir sampai besar saya pakaikan cloth diapers ni. Memang la rasa penjimatannya. Saya dan suami tidak perlu memperuntukan belanja pampers pakai buang setiap bulan. Kami suami isteri hanya perlu korbankan sedikit masa dan tenaga untuk mencuci cloth diapers tersebut.

Saya selalu cerita keseronokan saya ber"cloth diapers" dengan rakan sekerja, biasalah macam-macam reaksi yang saya terima. Itu semua bukan masalah. ada yang terima secara positif dan ada yang negatif. Yang positif memang menyokong dan nasihat supaya kita sentiasa berjimat. Bagi yang negatif pula anggap kita ini seorang yang kedekut dan membuat muka katanya kotor dan busyuk nak cuci kesan najis yang melekat di cloth diapers tersebut. apapun saya gembira dengan pilihan saya.

Bagi ibu yang bekerja, jangan risau untuk pakaikan anak kita dengan cloth diapers walaupon kita menghantar anak-anak  ke Taska. Kadang kala kita sahaja yang berfikir negatif yang taska tidak mahu menerima dan anggap ia leceh. tak semua taska begitu. Semasa saya bagitahu yang anak saya tidak memakai pampers pakai buang dan saya pakaikan anak saya dengan cloth diapers, mereka menerimanya dengan baik. Apa yang penting saya hanya perlu beri penerangan yang jelas kepada mereka.

Apa yang perlu di sediakan kepada taska untuk baby yang pakai Cloth Diapers

Mudah sangat, 1. Plastik barang yang kita dapat semasa beli barang di kedai.
saya sedia dalam 10, lebih dari penggunaan cloth diapers semasa di taska, setiap kali anak saya kencing atau berak, taska akan masukkan dalam plastik tersebut secara berasingan. so mudah kan kerja kita semasa proses memcuci balik rumah nanti.

Bagi cloth diapers yang terkena kesan tahi anak kita, pesan kepada guru di taska tak perlu tolong bilas, hanya lipat kemas dan masukkan terus ke dalam plastik, jangan risau akan kesan kotoran yang melekat. Ia mudah tanggal apabila kita sembur dengan air paip yang kuat. Selepas dibilas kesan kotor tersebut hanya di masukkan dalam mesin basuh menggunakan sabun khas untuk cloth diapers. maka selelsai lah kerja mencuci.

Ke-2, sediakan cloth diapers yang cukup untuk tempoh anak kita berada di taska.

Kelebihan anak memakai cloth diapers.

Ramai juga yang bertanya kenapa saya bersusah payah untuk pakaikan anak saya dengan cloth diapers, walaupon pada masa saya bekerja saya dikira mampu untuk sedikan anak saya dengan pampers pakai buang dan mudah kerja saya tak perlu susah payah.

Tidak dinafikan, pakaikan anak dengan pampers pakai buang memang mudah dan senang kerja. Tetapi bagi saya, selain dapat jimatkan duit, saya perlu ingat anak saya perempuan dan saya berfikir jauh bahawa alat sulit adalah sensitif dan mudah kena jangkitan. Kita tidak tahu apa bahan sebenar yang digunakan untuk hasilkan pampers pakai buang tersebut. jika kita lihat perkongsian Dr Hamid Arsad, terlalu banyak dan serius penyakit orang perempuan pada masa ini. Pakar sendiri tidak mengesahkan apa punca sebenar penyakit kronik yang bnayak pada hari ini. Oleh itu langkah berjaga-jaga perlu di ambil.

Dengan memakaikan anak saya dengan cloth diapers, saya boleh tahu berapa kali guru di taska bantu saya tukarkan pampers anak saya. macam-macam kes di taska yang kita pernah dengar, pampers tidak ditukar lama dan selalu tertukar dengan anak orang lain. maka dengan pemakaian cloth diapers dapat selesaikan masalah ini. Alang-alang kita dah bayar mahal kepada mereka, maka biarlah nampak sedikit cerewet tapi membawa kebaikan.

Setakat ini dulu perkongsian saya pada hari ini, InsyaAllah next entry saya akan kongsikan pula keseronokan saya memakaikan anak cloth diapers setelah menjadi suri rumah.


No comments:

Post a Comment