Saturday, 29 March 2014

Apa Salahnya MLM?

Teks: Anisah Abd Rahman

Jika anda rajin membaca dan menerima serta memandang sesuatu dari sudut positif insyaAllah anda lebih mudah Berjaya jika dibandingkan dengan orang lain.

Hari ini saya hendak berkongsi tentang MLM dari sudut positif.

Apa itu MLM? semua orang boleh dapat jawapan melalui carian google. Dan biarla saya listkan disini.
MLM ialah:

1. Singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan.
Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.

2.MLM (Multi Level Marketing) atau  network marketing atau juga dikenali sebagai pemasaran berperingkat atau pemasaran berangkaian telah bermula lebih dari 50 tahun dahulu, di Amerika ianya telah pun digunakan secara sah untuk para pembekal, pengeluar atau syarikat mengunakan pengedar untuk mengedar atau menjual produk mereka, dan sebagai ganjarannya pengedar akan mendapat ganjaran atau dibayar komisyen diatas usaha mereka dalam menjual produk atau perhikmatan yang disediakan oleh sesebuah syarikat tersebut.
Oleh kerana system MLM ini merupakan satu system yang cantik dan hebat, ia telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kewangan secara mudah, terjadilah Skim Cepat kaya dan lain-lain lagi.
Hakikatnya tidak semua MLM itu menipu, terpulang pada setiap individu bagaimana untuk menilainya.
Kawan-kawan kita semakin dewasa, memang perlu kita mempunyai sikap berhati-hati dan berjaga-jaga, tetapi apa salahnya sesekali kita contohi sikap anak-anak kecil. Anak-anak kecil tidak pernah kenal erti putus asa, jika mereka sentiasa putus asa seperti kita orang dewasa, kemungkinan mereka semua tidak mahu belajar berjalan kerana takut sakit apabila jatuh.
Tidak bermakna sekali kita tertipu dalam MLM kita akan ditipu selama-lamanya. ada MLM yang boleh bantu kita berjaya.

No comments:

Post a Comment