Saturday, 29 March 2014

Ais Krim Sedap Buatan Sendiri dari Resipi Ummi

Teks: Anisah Abd Rahman

Terbaik memang terbaik, jumpa resipi buat aiskrim sendiri di rumah, lebih sedap dan lebih terjamin kualitinya dan bahan yang digunakan.

Resipi ni jumpa tadi masa jalan-jalan di newsfeed facebook. Apalagi, terus copy dan simpan resipi ini untuk dijadikan rujukan bila nak mencuba nanti.

Resipi ni dikongsikan dari facebook page Resipi Ummi

ada masa dan cukup bahan kita sama-sama cuba ye.

Bahan-Bahan:
1 biji telur
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar ovalette

Bahan Perasa:
1. Coklat emulco
2. Strawberi emulco
3. Rasa vanila

Cara Membuat:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul selama 15-20 minit, adunan akan mengembang jadi macam tekstur aiskrim.
3. Asingkan ke dalam beberapa mangkuk dan letakkan perasa.
4. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa-apa bekas.
5. Simpan beku selama at least 1 malam.


Masa perbincangan tu, klu taknak letak telur pon tak jadi masalah. so boleh cuba dan rasa sendiri la kan perbezaannya nanti.



No comments:

Post a Comment