Saturday, 15 February 2014

ikan cari peluang.jpg

Teks: Anisah Abd Rahman

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Seronokkan santai dirumah bersama anak-anak dan rehatkan tapat kaki dari menekan minyak sebab dah 5 hari meredah jem.

Macam mana perasaan anda 5 hari yang lepas ulang -alik ke tempat kerja. Adakah anda suka dengan pekerjaan anda atau ada perasaan terpaksa.

Jika perasaan suka yg ada, Alhamdulillah..hidup kita akan gembira. Jika ada perasaan tidak suka, ia agak sedih kerana mungkin kita terpaksa tempuhi perasaan yg sama lagi 50 tahun ke hadapan.

Kenapa 50 tahun? Ini contoh yg saya beri, kekadang kita rasa kita sudah tua dan dah terlewat untuk mulakan sesuatu untuk kebahagian diri kita sedangkan umor kita baru 30thn. Tetapi kita lupa, hidup kita baru nk bermula. Andai kita diberi umur panjang sehingga 80thn, maka kita ada lg 50 tahun untuk ditempuhi samaada gembira or derita di atas pilihan yg dibuat.

Nasihat saya jika ada peluang dan ruang supaya kehidupan lebih baik, tidak salah ambil tahu dan cubalah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment: