Wednesday, 1 January 2014

Sos Popia Goreng

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru buat kawan-kawan online semua.

Bila tahun baru, tidak tahu nak gambarkan apakah perasaan saya yang sebenarnya. Umur semakin meningkat dan komitmen juga semakin bertambah. Apapun hidup takkan pernah putus asa.

Salah satu azam 2014 saya ialah saya hendak lebih rajin memasak untuk keluarga saya yang tersayang. sekarang ni pon tengah menggugel resipi yang terbaik untuk buat popia goreng.

Seronok ada internet ni, apa sahaja yang kita nak buat boleh bertanya kepada Mr Google. saya kalau nak cuba sesuatu saya akan mencari dan campurkan mengikut cita rasa saya. Maksudnya tidak lah saya copy terus jer bulat-bulat apa yang orang kongsikan ni.

contoh nak buat popia goreng kita perlukan sos yang sedap, baru la ada urm. jadi, saya pilih yang ini untuk dijadikan sos

Bahan Sos Cili:-
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula (MJ letak hampir 2 sudu besar)
  • 3 sudu besar minyak
  • garam
  • bijan untuk tabur (jika suka)
Cara Membuat:-
Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Jgn lama sgt nnt kulit popia akan lembik dan tidak rangup. Angkat dan hidangkan.

Untuk inti popia tu pulak saya tak suka apa yang penulis tu cadangkan. maka cari la idea yang lain pulak la kan.




No comments:

Post a Comment