Saturday, 25 January 2014

Menjahit hanya hobi dan bukan sumber pendapatan utama saya

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kawan-kawan.
Hobi minat menjahit dan pernah bercita-cita untuk pandai menjahit semua baju kegemaran saya dan anak-anak. pernah juga terfikir untuk jahit baju melayu untuk suami.

Saya dah ada mesin jahit tapi belum berkesempatan untuk menggunakan sepenuhnya. Mesin jahit saya masih menjadi perhiasan dalam bilik SOHO saya ini. tetapi niat untuk menjahit tidak pernah dilupakan.

Dihujung minggu ni sempat la saya berblogwalking dan timba sedikit ilmu tentang menjahit kain sekolah kanak-kanak. walaupun anak saya masih belum bersekolah saya simpan dulu nota tu disini untuk rujukan satu hari nanti.

Menjahit hanya boleh dijadikan hobi untuk isi masa lapang dan kepuasan diri saya. saya tidak sehebat orang lain yang menjadikan menjahit itu sebagai pendapatan. Menjahit nampak macam mudah kerana ia boleh dilakukan dirumah sahaja, akan tetapi ia bukan lah semudah yang disangka. Banyak cabaran dan dugaan untuk tukang jahit jahit ini.



http://zakiahags.blogspot.com/2009/12/tutorial-mudah-menjahit-kain-sarong.html

No comments:

Post a Comment