Monday, 27 January 2014

Diari Memasak: Kukur Kelapa dan Buah Melaka

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, salam Isnin kawan pembaca semua, didoakan ia permulaan yang baik bagi kita semua. Kita kena suka hari Isnin. Bagi yang bekerja, seandainya selama ini anda membenci hari Isnin, mulai hari ini kita buat perubahan. Sekiranya setiap Isnin kita selalu rasa tertekan, ia akan menghilangkan mood kerja kita selama seminggu.

Untuk permulaan hari ini, saya hanya ingin berkongsi dengan rakan pembaca semua tentang KUKUR KELAPA. Siapa di rumah teman pembaca sekelian mempunyai alat ini?
Kukur kelapa ni saya minta dari emak saya dikampung. Pada mulanya memang la emak saya gelakkan saya. Katanya "Hang nak buat apa dengan kukur ni? Bukan hang selalu beli santan kotak dekat pasaraya tu ka?"
 jawab saya " memang la mak, dulu memang selalu dok beli, tapi selalunya pakai santan kotak tu lebih membazir, pakai sikit tak habis dan kena buang sebab rosak. Kalau pakai kukur ni jimat la sikit kot kan. Si suami hanya tersenyum melehat gelagat si isteri. Selain dapat berjimat, makanan yang disediakan InsyaAllah lebih segar dan bersih.

Saya suka suasana kampung, contohnya dikampung saya setiap kali nak masak yang hendak menggunakan santan, mak langsung tidak perlu membeli santan di kedai. Apa yang perlu, mak pergi ke belakang ataupon pusing keliling rumah untuk kait buah kelapa, setelah dikopek, pastu kelapa dikukur menggunakan alat seperti di atas. Bukan saja jimat malah menyihatkan badan kerana sempat melakukan senaman tangan selam 10 minit sekurang-kurangnya.

Dengan kemudahan kukur kelapa yang saya ada, semalam saya memasak buah melaka untuk hidangan keluarga. Walaupon ia mudah, tetapi ini la pertama kali saya membuatnya sendiri. Syukur Alhamdulillah ia menjadi dan sangat mudah sebenarnya. Selain dapat jimat duit kelapa, jimat pula kerana buat kuih sendiri dirumah tak perlu membeli.

Jika kawan-kawan nak cuba buat buah melaka ni boleh tengok dalam video di bawah ini. Senang sangat sebab semua kemudahan dah ada kan? Selamat mencuba ye kawan-kawan.
http://youtu.be/2NGQVh8cMy4


No comments:

Post a Comment