Tuesday, 7 January 2014

Cotton Cheese Cake

Teks:Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, selamat petang rakan online semua.
Petang petang macam ni kalau dapat makan sepotong atau 2 potong Cotton Cheese Cake ni mesti sangat sedapkan.

Saya baru save je resipi kek ni, mencubanya belum lagi. Lidah dah rasa sedap nya kek ni.dulu selalu beli, tapi sekarang dah jarang-jarang. Lama dah rasanya tak beli. so niat dalam hati mesti nak cuba sendiri.

Apa yang penting, salin resipi dulu la kan.
Haa ni resipinya,

RESEPI.
Bahan2 yang di perlukan.
A
250gm cream cheese
50gm butter
100gm susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60gm tepung kek/t. superfine
20gm tepung jagung

B
140gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

cara2nya
untuk Bahan A
cairkan cream cheese,susu segar dan butter dengan teknik double boiler..sampai cair.sejukkan.
bila sujuk campurkan t.kek dan t.jagung , 6 biji kuning telur ,garam dan jus lemon gaul sebati.
untuk adunan B
dalam bekas bersih putarkan putih telur bersama jus lemon,sampai berbuih2 masukkan gula pukul lagi hingga bertanduk(soft peak)
campur bahan A ke dalam bahan B gaul sebati.sediakan tin pembakar saiz 8inci.tepi loyang salut dengan kertas baking. tuangkan adunan kek kedalam tin kek.
bakar kek dengan cara waterbath pada suhu 160 C sehingga masak.
Ayu Damansara Ayu Yusuf's photo.

Nanti kita beli bahan dan sama-sama mencuba ye.

No comments:

Post a Comment