Friday, 24 January 2014

Bekerja di luar rumah atau di dalam rumah.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum. Hari ini saya sangat gembira. Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang kos yang dapat dijimatkan apabila ibu memilih bekerja dari rumah.

Ini adalah berdasarkan pengalaman kerja saya sebeleum ini berulang alik ke tempat kerja 80KM pergi dan balik serta meredah jem mengambil masa 2 jam. Saya tinggal di Puchong dan bekerja di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Kos yang dapat saya jimatkan apabila menjadi ibu yang bekerja di rumah ialah:

1. Kos taska anak-anak.
Bayaran taska yang perlu saya bayar setiap bulan lebih kurang RM700 sebulan termasuk masa tambahan apabila saya atau suami terpaksa pulang lewat.

2. Kos minyak kereta.
Anggaran RM300 sebulan kerana saya hanya memilih untuk memandu kereta kelisa sahaja, lebih jimat dan pantas.

3. Kos tol perjalanan.
Untuk sampai ke tempat kerja dari Bandar Saujana Putra ke Jalan Gurney saya melalui tol elite RM2.20, tol Mex 2 kali sentuh RM2.50 dan RM1.50. Jumlahnya RM6.2, dan perlu di darab dengan 2 kerana ulang alik. (ini adalah harga tahun 2013) so total satu hari ialah RM12.40. Sebulan RM248.00

4. Kos makan semasa di tempat kerja
Kos perbelanjaan makan di tempat kerja sehari lebih kurang RM10. untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Ada masa lebih dan ada masa kurang. jadinya jumlah sebulah lebih kurang RM200. kadang kala, hari jumaat keluar shopping kerana waktu rehat yang panjang, maka peruntukan tambahan ialah RM100. Jumlah keseluruhan ialah RM300.

5. Kos service kereta
Bila perjalanan jauh, kereta perlu di service setiap bulan untuk tukar minyak hitam. Sekali tukar aggaran kita letak RM100 la senangkan. so service kereta sebulan sekali je, jumlah RM100 la.

Ok kita tambahkan semua berapa yang diperlukan sebulan untuk saya keluar bekerja di luar rumah.RM700 + RM300 + RM248 + RM300 + 100 =  RM1,648.

Wow banyaknya kan, mencecah separuh gaji yang saya terima, ini baru secara kasar kos yang perlu saya tanggung. kita belum lihat lagi dari segi masa, perasaan dan tenaga yang perlu dikorbankan. Kita boleh lihat yang quantitative dan yang qualitative sukar dibuat perkiraan (wah keluar ilmu statistic yang belajar masa di Universiti dulu)

Agaknya berapa la bersih yang tinggal untuk saya simpan setiap bulan kan. sebab yang perkiraan di atas tu baru kos untuk pergi bekerja, belum tolak segala hutang kereta ke rumah ke dan pinjaman pelajaran untuk nak dapatkan Ijazah dulu, duit barang mainan atau susu anak-anak, duit untuk memenuhi kehendak dan hobi kita dan kewajipan kita sebagai anak untuk ibu dan ayah.

bila dah sampai penghujung ni aku rasa macam malu plak kenapa aku nak cerita hal ini semua kepada orang. Ini masalah saya kan bukan orang. Saya yakin rakan pembaca juga perlu membayar kos yang sama apabila keluar bekerja. Beza nya sama ada lebih atau kurang jer.

Hasil perkiraan saya dan setelah berfikir panjang, point penting saya nak share ialah, untuk kita dapat sesuatu kita kena korbankan sesuatu. contoh saya nak dapat gaiji yang dioffer saya perlu korbankan hampir RM2000 kosnya. tak bolehla kita nak cakap orang yang gaji besar tu kaya kan sebab kita tak tahu berapa kos yang dia perlu keluarkan.

Untuk tahu kedudukan sebenar seseorang itu, kita perlu
nilai baki bersih yang tinggal untuk dibuat simpanan. sebagai contoh gaji besar tetapi simpanan hanya tingagal RM100, lebih baik gaji kecil yang boleh simpan RM500 sebulan.

Mana satu yang rakan pembaca lebih suka?

Sebagai bonus rakan pembaca yang rajin baca sampai habis, sesiapa yang ingin tahu bagaimana cara jana income dengan  RM100 sebulan untuk hasilkan pendapatan RM5,000 hingga RM7,000 sebulan boleh PM/ Whatsapp saya 011 12391595. saya share kan ilmu itu kepada anda secara percuma.


No comments:

Post a Comment