Saturday, 30 November 2013

Kehebatan Protein Kacang Soya

Teks: Anisah Abd Rahman

Seronok makan protein dari soya.
Kesannya nyer sangat berbaloi-baloi.

*Kulit akan kelihatan tegang dan cantik
*Masalah rambut gugur dapat dikurangkan
*Kekal bertenaga sepanjang hari
*Memekatkan susu badan lepas bersalin
*Turunkan berat badan
*Rendahkan colestrol

Bestkan khasiat protein ni, amalkan secara konsisten, anda boleh dapat hasil yang sangat memuaskan.

Protein merupakan bahan asas untuk badan kita, jadi bila protein dah cukup, semua boleh berfungsi dengan baik..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Noxxa Pressure Cooker: Nasi Putih

Teks: Anisah Abd Rahman

1001 kegunaan periuk ni.
Masa memula beli periuk ni memang la risau takut membazir. Ye la sebab mahalkan. Bile dah beli macam-macam boleh masak dalam ni.

Untuk mengelak pembaziran berlaku. Saya memang betul-betul manfaatkan periuk ni.

Apa sahaja yang saya masak menjadi mudah menggunakan periuk Noxxa ni.

Segala yang keras dan memerlukan tempoh masa yang lama telah menjadi pendek. Maka banyak la masa dapat di jimatkan.

Mungkin ramai yang tidak percaya. Saya guna periuk ni setiap hari untuk masak nasi putih.

Oleh sebab tu, saya tidak pernah rasa rugi memiliki periuk Noxxa Pressure Cooker.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 29 November 2013

Istilah-istilah

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah sekarang la masanya untuk update semula ilmu tentang Susu ibu.

Hendak berjaya dalam menyusukan anak sepenuhnya yang penting adalah ilmu, bukan hanya sekadar sebut dimulut "aku nak menyusukan anak selama 2 tahun"

Tanpa ilmu yang cukup kita mungkin akan terkandas di tengah jalan apabila diuji dengan pelbagai cabaran.

Kita mulakan sesi ulangkaji dengan mengenali istilah-istilah penting tentang susu ibu.

1. EBM = Expressed Breast Milk
2.Fresh EBM = Susu ibu yang baru diperah
3.Chilled EBM = Susu ibu yang di simpan dalam peti ais bahagian sejuk bukan bahagian beku
4.Frozen EBM = Susu ibu yang di simpan di tempat beku
5.BP = Breast Pump
6.Marmet = Memerah susu ibu menggunakan tangan
7.PP = Power Pumping
8.TP = Tandem Pumping (sebelah susukan anak dan sebelah lagi sambil mengepam)
9.TM = Tandem marmet (sebelah susu anak, sebelah memerah menggunakan tangan.
10.TN = Tandem Nursing ( menyusukan 2 orang secara serentak)
11. Direct Feeding = menyusukan anak terus dari payudara
12. BF = Breast Feeding ( menyusukan anak menggunakan susu ibu)

Setakat ini dahulu sesi ulangkaji.
Takut jika terlalu banyak, ibu-ibu baru akan rasa ia satu yang membebankan.

Jangan lupakan tanamkan niat untuk menyusukan anak kerana Allah, insyaAllah perjalanan kita akan dipermudahkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 28 November 2013

Minum Petang: Apam Balik

Resepi Apam Balik
==========================
Bahan-bahannya:
310 ml air
150 tpung gandum
50g tepung high protein
2sb butter
25g tpung jgung
50g gula
1st soda bikarbonat
2sb susu krim
1st baking powder
1 biji telor

Caranya:
Kacau semua bhn d ats dlm 1 beks ya
Stir fry n bole la msukkn dlm periuk n ltkkn la kcg n jgung krim or choc rice..x pyh terbalikkn..dh garing angkat.

♥|♥ ::.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 23 November 2013

Ibu dan Ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah. Bersyukur mempunyai kelapangan waktu bersama anak-anak.

Ibu dan ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

Seronok menghabiskan masa seharian bersama anak-anak.

Selain perasaan seronok, di dalam tempoh waktu ini la proses pembelajaran anak-anak berlaku.

Pentingnya ibu dan ayah menjaga sikap dan tingkah laku di hadapan mahupon di belakang anak-anak.

Apa sahaja yang di lakukan oleh ibu dan ayah akan di duplicate oleh anak anak sepenuhnya.

Ini saya dapat perhatikan sendiri dalam diri anak-anak saya yang berusia 3 tahun setengah dan 1 tahun setengah.

Pada umur begini mereka akan mengikut semua yang berlaku disekeliling mereka. Apa yang mereka paham ialah duplicate apa sahaja.

Duplicate apa sahaja bermaksud, pada peringkat waktu ini mereka masih tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Minda mereka hanya duplicate sahaja.

Ini kerana, di kelapangan masa yang saya ada, saya memerhatikan gerak geri dan tutur kata mereka.

Saya dapat mendengar setiap butir perkataan mereka. Dan saya dapati kakak akan menggunakan setiap perkataan yang saya gunakan selama ini.

Tidak kira perkataan saya yang positif atau negatif, dia akan mengunakan dan menyebutnya berulang kali.

Pada saat itu, saya tersedar bertapa pentingnya saya menjaga setiap tutur kata dan tingkah laku saya.

Saya berazam akan menjadi contoh yang baik kepada mereka.

Anak-anak ibarat cermin kepada diri kita.

Jika kita ingin mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, mula la mendidik mereka dari mereka kecil lagi.

Usah sesekali terlewat, benarlah pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnyam iaitu ketika anak-anak masih kerja.

Apabila anak sudah dewasa, skill mereka untuk mengduplicate kita sepenuh akan menjadi sukar.

Setakat ini perkongsian saya, jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Saya adalah ibu yang masih belajar dan masih perlu menuntut ilmu.

Amin ya Allah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 22 November 2013

MLM @ Networking Biz tak menipu. Yang menipu ialah sesetengah networker yang tidak bertanggungjawab.

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah syukur dengan kehidupan sekarang.

Setiap hari dapat bersama anak-anak 24 jam 7 hari seminggu.

Tidak dinafikan ini adalah keputusan besar yang saya ambil dalam kehidupan saya.

Saya buat keputusan untuk dunia makan gaji dan buat biz network marketing bersama anak-anak.

Apa yang penting saya yakin. Setelah melihat dan memahami marketing plan Amway. Saya yakin ini yang saya cari selama ini.

Pada awalnya saya juga seperti orang lain, tidak nampak apakah manfaat biznes network marketing ini.

Banyak tanggappan buruk yang telah tersemat dalam minda dari dulu sehingga sekarang.

Tanggapan negatif ini la yang menghalang ramai orang untuk melihat keistimewaan networking biz.

Sebenarnya networking biznes ini menjadi kebencian orang ramai disebabkan oleh manusia sendiri.

Mereka yang menceburi perniagaan ini menjadi tamak dan ingin cepat kaya.

Mereka telah abaikan etika sebenar dalam menjalankan perniagaan ini.

Kerana tamak, mereka sanggup tipu kawan, beradik dan saudara mara.

Sikap pentingkan diri dan selalu menghina pekerjaan orang lain menyebabkan orang yang masih belum mengenali dunia networking biz menjadi fobia.

Hari ini saya ada berborak dengan junior tempat saya belajar. Katanya dia benci networking biz kerana dia mempunyai seorang kawan yang mulut laser menghina orang lain apabila tidak bersetuju untuk turut serta dalam biz networking nya.

Untuk mengajak orang lain turut serta dalam perniagaan kita. Kita tidak perlu menggunakan cara paksa. Ini kerana paksaan tidak akan menggerak kan anak buah kita untuk terus maju.

Apa yang penting, kita bertanggunjawab untuk menerangkan apa manfaat network marketing kepada rakan kita.

Tiada satu pon perkerjaan yg hina dan buang masa. Kesemua pekerjaan adalah ibadat.

Networking biz adalah pendapatan extra. Mereka yang ingin meyertai kita tidak perlu dipaksa. Jika mereka ingin menjana pendapatan tambahan. Dengan rela hati akan meyertai kita.

Dalam banyak-banyak networking marketing. Saya memang sangat jatuh cinta dengan amway. Kerana plan marketingnya dan produk nya.

Produk Amway adalah keperluan harian untuk kegunaan kita setiap hari. kita tetap kena beli dan keluar duit untuk memenuhi keperluan diri.

Oleh itu, saya fikir dari keluar duit tanpa membina sebarang pendapatan, lebih baik saya pilih amway. Duit dapat bonus pon dapat.

Apa yang penting paham dan mahu buat perubahan diri. InsyaAllah sampai masa kita terpaksa kaya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 21 November 2013

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Teks: Anisah Abd Rahman

Perkongsian ini khas untuk ibu hamil dan mencari makanan tambahan untuk diri dan anak dalam rahim.

Antara vitamin yang sangat baik untuk ibu hamil adalah seperti berikut:

❥ Daily - Multivitamin/mineral terbaik dan ianya lengkap dengan iron formula. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan. Mencegah anemia atau HB rendah.

❥ B Complex - Lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Nutrilite mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

❥ Kalsium Magnesium - sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Mencegah kejang otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan.

❥ Salmon Omega 3 - Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh ibu. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

❥ Protein - Sangat penting untuk membentuk otot, organ, kuku, rambut dan kulit bayi. Protein juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3.

======================================
✔ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp 011-12391595 SEKARANG JUGA!!!
============================================

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahmad Ammar berbahagia lah di sana.

Teks: Anisah Abd Rahman

MasyaAllah selama ini saya tk pernah kenal pon siapa Ahmad Ammar ni.

Walaupon tidak pernah kenal, air mata bercucuran dan merambu bila melihat youtube tentang Ahmad Ammar.

Sungguh mulia hati mu.

Terdetik dalam hati saya, umur Ahmad Ammar baru 20 tahun. Namun pengalaman dan perjalanan hidup nya sungguh panjang dan jauh dalam memperjuangkan Islam.

MasyaAllah Alhamdulillah. Ibu bapa Ammar berjaya mendidik Ammar dengan baik sekali.

Semoga saya diberi peluang untuk menjadi seperti ibu dan ayah Ahmad Ammar.

Ya Allah, kini aku sedang mengandung...jika anak ini lelaki didoakan anak aku menjadi golongan beriman dan mencintai Islam sepenuh hati.

Perkenankan lah ya Allah doa ku ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Noxxa Pressure Cooker: Bubur Asyura

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum,

harap maaf kerana lambat share resipi nak buat bubur Asyura ni.

Bubur ni saya dengan mak cuba memasak menggunakan periuk noxxa yang di beli dari Amway. Memang puas hati masak guna periuk ni, sebabnya tak melekat dan tiada pembaziran yang berlaku.

Best bile memasak dan tak melekat ni, so kerja membasuh periuk atau kuali pon menjadi mudah.

Resipinya

100g kacang Tanah (goring dan blend tp jangan halus sangat)
50g kacang hijau (rebus dulu bagi lembut)
1 tin kacang merah
1 tin jagung
1 kilo santan ( saya rasa ini bukan santan pekat, saya beli di pasar borong santan siap harga RM3.50)
500g tepung beras (bancuh dengan air kemudian tapis)
500g gula putih (boleh kurangkan klu tidak suka manis)
100g gula merah (masak dulu dan tapis)
1 biji keledek (rebus dulu bagi lembut)
garam
air bergantung kepada keperluan dan kecairan (tk sempat nak ukur aritu)

ok dah sediakan bahan-bahan diatas,
sekarang jom standby periuk noxxa or apa-apa jenis periuk untuk proses memasak.

1. masukkan tepung, santan dan gula merah dan putih. dinasihatkan semua adunan ni ditapis dahulu sebelum masuk periuk
2. masukkan semua bahan-bahan diatas sekaligus jer.
3. mula lah mengacau sehingga masak.

p/s saya masak ni guna periuk noxxa, tempoh memasak hanya 25-30 minit.
kalau menggunakan periuk biasa saya tidak pasti berapa lama masa yang diperlukan.

sekian dulu perkongsian saya. boleh terus Tanya kalau ada sebarang masalah.

Bonus: jika anda tinggal berhampiran dengan rumah saya, dan hendak lihat demo memasak menggunakan periuk ini di alu-alukan.

ini lah hasilnya.
dah habis memasak kena la basuh periuk kan.

Friday, 15 November 2013

Kesihatan lebih bermakna dari kekayaan, Hidup lebih bermakna jika kita memiliki kedua-duanya

Teks: Anisah Abd Rahman

Selagi kita tidak cuba minum selagi itu la kita tidak akan tahu khasiat All Plant Protein ni.

Sebelum ini saya pernah makan satu jenama yang lain, tetapi saya tidak berapa gemar bau soya yang agak kuat dan tekstur nya yang sedikit kasar.

Saya still mencari produk yang terbaik untuk diri saya. Atas kesedaran saya seorang ibu menyusu, saya sentiasa buat research product yang mampu memberi saya tenaga dan protein yang cukup.

Saya akui pengambilan protein saya setiap hari memang tak cukup kerana saya ni jenis memilih makanan yang saya suka sahaja untuk dimakan. saya tidak mengikut jadual keperluan makanan yang disaran.

Bagaimana saya boleh menyalurkan makanan yang berkhasiat untuk anak saya jika saya sendiri memilih makan yang tidak seimbang.

Kita tahu keperluan protein seorang wanita dan ditambah ibu menyusu adalah tinggi, Apabila saya fikirkan, keperluan perotein saya memang tidak cukup. Saya perlu menambahnya untuk diri saya dan untuk kesihatan si comel yang tersayang.

Saya juga pernah mendengar satu ceramah kesihatan yang bertajuk keperluan protein dalam badan kita. Salah satu kepentingan protein adalah untuk menggantikan dan membentuk sel yang sihat. sekiranya protein yang diperlukan tidak mencukupi, sel akan terbentuk dari lemak dan akhirnya sel itu akan menjadi tidak sempurna.

Sel yang tidak sempurna akan menjadi punca pelbagai penyakit.

Takut kan?
Biarla hari ini kita berbelanja lebih sikit demi kesihatan yang berpanjangan.

Semua orang tahu,apabila kita mendapati penyakit yang kronik, kehidupan kita 100 peratus akan berubah.

Badan yang sihat mampu mnejana pendapatan yang lebih besar. Tetapi badan yang sudah mempunyai penyakit yang kronik, wang yang berjuta pon tiada makna..dan akhirnya akan habis begitu sahaja.

Mana satu pilihan anda? fikir-fikirkan lah ye sahabat.

Anak-anak syurga

Teks: Anisah Abd Rahman

Anak adalah amanah, apabila anak-anak sebagai amanah, semakin besar tanggungjawab kita.

Semakin banyak soalan Allah kepada kita nanti.

Adakah kita telah memberikan mereka didikan yang sempurna.

Cukupkah kasih sayang kita kepada mereka?

Bagaimana kita melayan mereka? Tidak kira apa pun kerenah mereka, kita perlu bersabar. Bersabar kerana mereka adalah anak syurga yang di beri pinjaman kepada kita.

Alangkah bertuahnya kita sekiranya mereka menjadi golongan anak-anak yang soleh dan solehah.

Berbahagialah kita di sana nanti.

Ibu yakin dengan rezeki Allah. Ibu tidak akan sia-siakan saat dan waktu ibu bersama anak-anak ibu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 12 November 2013

Ketabahan dan keberanian kanak-kanak Syiria

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebelum tidur mata masih terbayangkan kisah paparan TV3 berkenaan kanak-kanak di Syiria.

Saya tak dapat bayangkan apakah perasaan saya jika saya berada di sana. Saya tidak setabah wartawan-wartawan yang membuat liputan disana.

Sedangkan saya yang melihat di kaca TV saja sudah bergenang air mata, ini kan pula jika saya berada disana. Semesti nya saya akan menangis semahunya melihat keadaan mereka di sana.

Ada satu part tu saya melihat anak yang kecil, tiada pampers aatau lampin. Ibunya mebalut anak memakai plastik dan mengikat dengan tali.

Ya Allah. Berikan la aku kekayaan supaya aku dapat membantu orang yang memerlukan.

Bagi saya rakyat Malaysia yang tersangat bertuah, kita rakyat Malaysia mempunyai peluang yang banyak untuk menjadi kaya.

Apabila kita kaya kelak, usah la kita menjadi sombong. Jadilah kita seorang yang kaya dan semakin hampir dengan Allah.

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapat pendapatan lebih untuk bantu mereka di sana dan semua umat Islam di seluruh dunia kerana mereka adalah saudara kita.

Sekian, untuk malam ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 9 November 2013

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini menu lunch saya dan anak-anak nasi kukus ayam berempah.

Kerana perut terasa tersangat lapar, terus je buat keputusan untuk beli bungkus.

Hari ini jumaat, maka suasana di simpang jalan BSP sangat meriah. Macam-macam gerai ada untuk dijadikan pilihan.

Dalam banyak-banyak kedai, gerai nasi kukus menjadi pilihan saya. Ada 2 kedai yang menjual nasi kukus.

Gerai ini berhampiran dan hanya diselangi kedai keropok lekor.

Gerai yg menjadi pilihan saya dikunjungi ramai orang dan ayam yg di goreng habis sehingga terpaksa menunggu yang di dalam kuali.

Selepas pesanan saya diterima, kami berlalu pulang. Sambil berjalan pulang, saya perhatikan gerai berhampiran yg juga menjual nasi kukus.

Saya melihat masih banyak ayam yang digoreng tidak terjual. Saya tidak tahu apa kelemahan dan kelebihan ini. Dan saya hanya mampu berdoa perniaganmya akan bertambah baik.

Perkara sebegini la yang menjadi kerisauan kenapa tidak ramai orang suka berniaga.

Ramai orang tidak sanggup kerugian, ye la. Untuk berniaga tidak la semudah seperti apa yang kita lihat.

Sekiranya ingin memasukki bisnes jualan makanan, pastikan makanan kita sedap dan mendapat sambutan.

Risiko lain yang perlu ditanggung ialah perlu mempunyai pelanggan yang ramai untuk menyukai masakan kita baru la perniagaan maju. Pendek kata, produk yang dihasilkan mestilah mantap.

Sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan. Asalkan kita pandai memilih perniagaan yang bersesuaian dengan kita.

Tidak semua perniagaan memerlukan modal yang besar.

Sebagai contoh, saya memilih satu perniagaan yang modalnya kecil tetapi potensi nya besar.

Amway menjadi pilihan saya. Dengan bermodalkan RM90 saya berpeluang memulakan perniagaan yg besar dan terkenal serata dunia, mempunyai sistem yang kukuh, telah terbukti kerana sudah ramai yang berjaya.

Jadikan mereka yang berjaya sebagai mentor kita dan kita juga boleh berjaya seperti mereka.
M…M
Sehingga berjumpa lg.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 5 November 2013

Saya suka Calcium Magnesium Nutrilite

Teks: Anisah Abd Rahman

Sekarang jam dah hampir pukul satu, mak buyong baru nk melandingkan diri.

Nikmat rasanya dapat baring-baring sambil update blog with my BB. ( Sebab tu syg sangat nk tukar myBB ni)

Sebelum tido seperti biasa jangan lupa makan vitamin kalsium dulu yer.

Bukan apa kalau ualls rajin jari tu menggoogle, uall semua akan tahu bertapa penting nya kalsium ni untuk kesihatan diri kita.

Saya memang akan makan kalsium ni setiap hari, tambah-tambah bile dah kembali jadi mak buyong ni. Jangan main-main tentang kepentingan kalsium untuk ibu hamil yer.

Tk susah pon nk makan vitamin kalsium ni jika nak dibandingkan dengan bancuh segelas susu.

Tak perlu susah-susah masak air panas, bancuh tunggu sejuk n minum.

Dah lepas minum nk kena ke dapur hantar cawan n basuh...remeh kan? Tambah remeh jika masa tu kita dah tersangat mengantuk.

Innalillah la kalsium ku jawab nya.

Sebab tu la saya pilih Nutrilte ni.
Mudah, senang dan pantas.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 1 November 2013

Bagaimana cara saya update blog

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini saya hanya ingin berkongsi bagaimana cara saya update blog. Apabila kita explore kita akan jumpa cara mudah untuk update blog untuk orang yang kononnya selalu sebuk seperti saya.

Sebenarnya saya tidak la sesibuk mana, tetapi apabila kita bersedia mengadap laptop, masa tu la terdapat cabaran yang datang. Kalau contoh macam saya, anak datang minta susu, anak-anak bergaduh dan menjerit dan pelbagai lagi kerenah mereka untuk minta perhatian kita. Akhirnya idea yang membuak-buak di kepala
berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah saya mempunyai blackberry yang sangat membantu. Asalkan saya rajin, mudah saja kerja mengupdate blog bagi saya.

Saya gunakan kemudahan email yang ada untuk direct post ke blog saya. Maka sambil melayan kerenah anak-anak pon sebenarnya masih mampu untuk menulis dan terus menulis.

Lagi yang membuatkan saya sangat selesa dengan blackberry kerana dia mempunyai papan kekunci yang selesa.

Nampak seperti saya agak ketinggalan dari rakan-rakan yang lain kerana masih menggunakan blackberry, tetapi ini la keselesaan saya.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone