Wednesday, 30 October 2013

Kenapa saya suka tulis blog

Teks: Anisah Abd Rahman

Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa kita suka berblog. Blog sangat mudah dibuat dan ia ada yang percuma. Apa yang penting kita perlu rajin explore kemudahan yang ada.

Salah satu sebab kenapa saya nak ada blog ialah saya suka membaca, dan apabila saya suka sesuatu perkara saya akan simpan untuk rujukan masa akan datang. Tempat yang paling mudah di simpan dan dicari ialah blog.

Selain dari itu, boleh boleh dijadikan sebagai medium untuk kita berkongsi ilmu yang kita tahu dengan orang ramai. Semua orang tahu, ilmu yang bermanfaat ialah apabila ilmu itu dapat dikongsi dan digunakan oleh orang lain.

Secara khusus tujuan saya mempunyai blog ialah saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian cara jana pendapatan pasif apabila kita bertukar daripada seorang consumer kepada PROSUMER.

Dalam entry seterusnya nanti saya akan kongsikan dengan pembaca semua apakah manfaat menjadi Prosumer dan bagaimana kita boleh menjadi PROSumer yg mampu jana pendapatan yg lumayan.

Sekian,
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 29 October 2013

Daftar sebagai Ahli Amway

Teks: Anisah Abd Rahman

UTK PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI AMWAY

sila berikan butiran berikut ke =>> anisahabdrahman@gmail.com

NAMA PENUH :
NO. K/P :
NO. H/P :
ALAMAT LENGKAP :
EMAIL:

thank you and best regards.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 25 October 2013

Saya bina income dari rumah sekarang kerana saya merancang 5 tahun kehadapan.

Teks: Anisah Abd Rahman
Mungkin anda semua pening dan hairan dengan tajuk penulisaan saya yang ini.

Tidak dinafikan, pada hari ini ramai yang masih belum yakin bahawa seorang wanita yang sudah bekeluarga mampu menjaga anak-anak sendiri di rumah sambil menjana pendapatan.Ramai yang belum yakin kerana kurang pendedahan. Mereka jarang membaca dan berjumpa orang yang sedemikian kerana mereka tidak ada impian untuk bekerja dirumah sambil jana pendapatan.

 Bagi yang mempunyai impian, mereka akan berusaha mencari ilmu dan menambah bahan bacaan untuk realisasikan impian.

Pada hari ini, sebenarnya telah ramai ibu-ibu yang mempunyai pekerjaan di luar sanggup berkorban. Saya pernah terbaca dalam satu penulisan, pada masa akan datang, jika seorang ibu masih bekerja di luar itu adalah ganjil.

Kenapa saya setuju dengan pendapat penulis itu, hari ini kemudahan IT sangat canggih. Ia berkembang sangat pesat sekali. Dan ramai ibu-ibu telah menyedari perubahan ini dan mengambil peluang keemasan ini.

Jika ini adalah peluang, kenapa kita melepaskannya begitu sahaja. Ditakuti hanya saya sahaja yang masih belum sedar lagi.

 Bayangkan untuk 5 tahun akan datang. Saya ambil 5 tahun akan datang kerana anak saya akan bersekolah pada tahun itu nanti. Jika semua ibu telah bekerja dari rumah, mereka mempunyai peluang menghantar dan mengambil anak ke sekolah setiap hari.

Bagaimana dengan anak saya??

 Bolehkah mereka menguruskan diri sendiri. Saya masih ingat lagi saat hari pertama saya ke sekolah. Ayah hantar dan ambil saya dari sekolah.

 Apabila saya mebayangkan anak saya perlu urus diri sendiri. Rasanya dah tak sanggup nak dibayangkan lagi. Bukan saya tidak mahu anak saya berdikari, tetapi lihatlah jenayah dan masalah sosial pada hari ini.

Jana pendapatan dari rumah bukan la perkara asing lagi pada hari ini. Kita perlu belajar dari sekarang bukan apabila sudah nak berhenti kerja nanti.

saya tidak nafikan, apabila saya bersembang perkara ini dengan kawan-kawan, saya mendapat percanggahan idea yang hebat.

 Saya paham setiap orang mempunyai komitmen yang tersendiri. Sebenarnya saya tidak suruh anda berhenti hari ini, saya memberI idea bagaimana persediaan hari ini memudahkan anda semua di kemudian hari.

Saya percaya, dengan mencuba produk Amway. Saya percaya pendapatan anda akan berubah nanti. Saya boleh kongsikan bagaimana Amway boleh bantu anda walaupon anda super sibuk setiap hari.

Kerana, bersama Amway anda tidak perlu ke pejabat pos hari-hari. Tidak perlu ke sana dan kemari. Apa yang penting pahami pelan marketing Amway dan bagaimana ia beroperasi.

Sekian untuk entry ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











Seboleh mungkin kita berusaha menjadi hamba Allah yang baik

Teks: Anisah Abd Rahman
Alhamdulillah sambil menidurkan anak-anak syurga, saya membaca whatsapp yang diterima. Bagus sekali perkongsian yang diterima.Setiap perkara yang baik saya suka simpan dan jadikan panduan. Inilah ia.Jaga 7 Sunnah HebatDalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.InsyaAllah kita sama-sama amalkan untuk menjadi baik dipandangan Allah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












Thursday, 24 October 2013

Tentang saya, Anisah Abd Rahman

Teks: Anisah Abd Rahman

Salam perkenalan untuk pembaca semua. Saya berasal dari Semanggol, Perak. Anak ke-empat dari 11 orang adik beradik, mendapat pendidikan awal di SKSK Sungai Kepar dan mendapat pendidikan menengah di SMKA Slim River. Selepas mendapat keputusan SPM yang agak baik saya Berjaya melanjutkan pelajaran di IIUM. Alhamdullilah, mendapat ijazah dalam bidang Perakaunan.

Selepas memegang segulung ijazah, saya di terima bekerja di Firma Perakaunan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Demi menambahbaik kehidupan saya, saya juga menceburi bidang Perlindungan Takaful sebagai Agen Etika, dengan pengalaman yang ada meningkatkan lagi keyakinan diri, saya kemudian diterima bekerja sebagai Akauntan di organisasi yang hebat dan terkenal di seluruh Malaysia. Alhamdulillah rezeki saya.

Ketika saya diterima bekerja sebagai akauntan, saya merasakan tersangat bertuah dan impian saya selama ini sudah tercapai. sememangnya sejak dari kecil saya menyimpan impian untuk menjadi seorang akauntan. Bersusah payah saya selama ini menuntut ilmu untuk menjadi seorang akauntan akhirnya tercapai. Bukan mudah kawan-kawan untuk belajar dalam bidang perakaunan.

Setelah beberapa bulan menjadi akauntan saya telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman anak dara saya pada Ogos 2009. Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan suami saya yang sangat baik, rajin dan bertanggungjawab. Genap setahun perkahwinan kami, Ogos 2010 saya dan suami dikurniakan cahaya mata yang pertama. Cahaya mata kedua pada Januari 2012.

Selepas mendapat 2 orang cahaya mata, saya mula memikirkan alangkah gembiranya jika saya dapat membesarkan sendiri anak-anak dan sentiasa melihat mereka dihadapan mata. saya tidak mahu melepaskan saat indah bersama mereka disaat mereka sangat memerlukan saya.

Saya memikirkan jawatan saya sebagai akauntan sangat sibuk dan terpaksa memberi  suami lebih tanggungjawab untuk menguruskan anak-anak. Bayangkan sedihnya saya kerana tidak banyak masa bersama anak-anak saya yang comel, setiap hari suami saya yang menghantar dan mengambil anak saya dari taska. saya rasa tanggujawab saya sebagai ibu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini belum lagi jika saya di arahkan bertugas ke luar kawasan dan terpaksa bermalam. saya perlu membuat keputusan yang betul.

Setelah difikirkan kembali, bukan jawatan yang saya cari dan syurga saya ada dengan suami. Akhirnya saya buat keputusan untuk focus kepada bisness sendiri dan saya jumpa Amway sebuah syarikat yang diyakini mampu memberi apa yang saya cari.

Inilah saya pada hari ini, Independent Business Owner di Kawasan Bandar Saujana Putra, Puchong, Shah Alam dan Putrajaya. Sekiranya anda ingin menyertai saya, saya sangat mengalu-alukannya. Segalanya bermula di sini.

Monday, 21 October 2013

Amway untuk orang baru yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum. Hari ini saya nk share sedikit ilmu kepada kawan-kawan jika ingin memulakan sesuatu perniagaan.

Perniagaan Amway ini mudah dan tidak memerlukan modal yg besar.

A.Langkah pertama, kita perlu mendaftar menjadi ahli iaitu RM90 ringgit. Banyak keistimewaan apabila kita sudah menjadi ahli. Kita dapat no I'd dan boleh mula berurusan secara online. Untuk membeli dan menjual.

B. Beli. Bila dah jadi ahli boleh la kita mula membeli dan memakai produk itu sendiri. Kenapa kita perlu pakai produk tersebut? Kita perlu ada ilmu tentang produk yg kita guna. Tanpa menggunakan produk terlebih dahulu, anda tidak akan tahu keistimewaan produk itu.

C. Setelah beli dan pakai, langkah seterusnya akan menjadi mudah. Secara automatik kita akan pandai bercerita dan berkongsi apa yg kita rasa tentang produk itu tanpa ragu-ragu. Apabila orang yakin dengan cerita kita, orang lain akan turut ingin mencuba. Maka terjadi la jualan secara tidak langsung, apabila ada jualan, maka adalah pendapatan.

D. Duplicate. Istimewanya biz kita ini, kita tidak perlu menjadi seorang yg tamak. Dengan hanya menjual sepanjang masa. Apa yg penting kita ajak mereka melakukan perkara yg sama seperti apa yg kita buat. Dengan ini network kita akan bertambah berkembang. Apabila network semakin berkembang semakin banyak la pendapatan kita.

Sekian dulu untuk perkongsian ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 20 October 2013

Tips Jimat: Belanja barang dapur di Pasar Borong

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah hari ahad yang mengembirakan,
Hari ini saya tak masak pon, saya, anak-anak dan suami makan di kedai mamak jer. Selesai makan tengahari baru kami pergi ke pasar borong Sri Kembangan. memang rambang mata beli barang dapur di sana.

Bukan apa saya ni agak cerewet la jugak memilih barang dapur, sejak hamil untuk yang ketiga ni, saya rasa sangat tak suka pergi kedai runcit. saya tgk ikan, sayur, daging atau ayam yang tak segar saya tkkan beli. huhuhuhuh adakah ini alas an untuk saya malas memasak. Alhamdulillah en suami seorang yang penyabar.

Pasar Borong Selangor tak berapa jauh pun dari rumah saya, terima je la hakikat jika nak pergi ke sana kena bayar tol. yang penting barang dapur saya segar. macam-macam beli sayur pelbagai jenis, ikan siakap, ikan kembung, sotong dan buah-buahan yang pelbagai jenis tak sampai rm50 pon.

Kesimpulannya untuk berjimat, kita perlu rancang menu untuk seminggu dan pergilah berbelanja di pasar borong yang berdekatan.

selalu lalu dan tengok je.
agak selesa bershopping di sini, tk busuk dan pengudaraan yang baik

Friday, 18 October 2013

Fahami apa itu MLM.

Teks: Anisah Abd Rahman
Hi kawan-kawan, simple entry untuk kefahaman kawan-kawan sebelum kita enak bermimpi.

Hari ini sikit jer saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian.

Sebabnya saya tidak mahu rakan pembaca sekalian terus kerugian kerana tidak memahami apa sebenarnya MLM ni.

Jangan terlalu membenci MLM kerana kadang -kadang kata-kata anda sangat memandang hina kepada peluang kejayaan ini.

Mungkin anda tidak tahu, salah satu cara untuk jadi jutawan aadalah menceburi bidang network marketing.

Anda mungkin mengangap MLM ni menipu orang. Tak rela sertai MLM kerana rasa ditipu dan terpaksa menipu orang lain.

Menipu macam mana tu? Mungkin anda pernah tertipu? Semak balik apa yg membuatkan anda tertipu?Jika nak kata produk MLM ni menipu, produk yang keluar dekat iklan tv tu lg menipu.
Cer pikir logik sikit, apsal semua produk dekat iklan tv tu, semua nya nk pilih artis cntik untuk produk mereka. Produk baru dicipta tetapi bayar artis jelita mahal-mahal untuk iklan produk mereka. Artis jelita tu tak pakai produk tu pon dah memang jelita, so korang tertipu la konon artis yg jelitaa tu sebab dia pakai produk yg diiklankannya.

Oleh itu, dek kerana terpengaruh dengan artis jelita model iklan tu, berduyun la menyerang produk tersebut. Maka disitu la anda telah ditipu tetapi dengan bangganya anda agungkan mereka dan katanya produk tu sangat hebat.So pikirla mana satu pilihan anda.

Mana satu korang lebih suka??

1. Guna artis yg dah memang sedia cantik seperti ziana zain dan siti saleha untuk iklan produk yg entah ada kajian atau tidak.
Tiba2 je claim produk hebat kerana guna model hebat.

2. Tidak membayar artis jelita, tetapi anda mempercayai produk tersebut kerana melihat saudara atau kawan yg selamaa ini selekeh tetiba jadi jelita, cantik spt dato' siti nurhaliza.

Anda mempercayainya.Fikir dan pilihlah kerana pilihan memang ditangan anda.

Nota kaki: jom sertai bersama saya menjalankan pernigaan hebat ini. Saya gunakan produk Amway setiap hari untuk tambah pendapatan dan dijadikan income legasi.

Sekian, wassalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











Wednesday, 16 October 2013

Saya suka baca info dari Dr Zubaidi Hj Ahmad

Teks: Anisah Abd Rahman
Dah banyak hari ni tk update blog. Bukan ketandusan idea. Tetapi kegagalan saya mengurus masa. Terlalu seronok beraya di kampung, gajet memang terus dilupakan. Hari ini, hari kedua umat islam berkorban. Banyak daging yang diterima, syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg di berikan Allah.Walaubagaimanapon kita perlu menguruskan rezeki itu sebaiknya supaya tidak mendatangkan kemudharatan apabila ia disalah urus.Apabila kita sebut daging, kita juga akan ingat kolestrol kan.so blog kali ini saya nak simpan perkongsian dari Dr Zubaidi untuk rujukan saya dan rakan-rakan.Jom sama-sama kita amalkan kehidupan yang sihat sejahtera.Sumber dari Dr Zubaidi.KAWAL KOLESTROLE SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.


1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali 'beta glucan' yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok "Plantago ovate" secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor.


http://drzubaidi.com/blog

Wallahu a'lam.Itu lah dia, sama-sama kita baca dan amalkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone







Saturday, 12 October 2013

Vitamin apa yang perlu dimakan semasa hamil

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah sejak saya mengetahui saya hamil, saya sangat menitik beratkan tentang pengambilan vitamin. Tidak semua orang suka makan vitamin, tetapi si ibu akan sehabis mungkin berusaha menelannya juga demi kesihatan anak yang berada di dalam Rahim.

Hendak tahu kenapa ibu-ibu sanggup menelan vitamin demi anak didalam perut, dikatakan vitamin dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Dengan mengambil vitamin, ia dapat membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas. Seronokkan semasa kita mengandung kita tidak mengalami alahan yang teruk, masa ni la rasa macam nak mempunyai anak yang ramai.

Saya kurang bermasalah semasa mengandung. Alhamdulillah, semua itu dengan izin Allah. cuma nya dari mengandungkan anak yang pertama sehingga yang ketiga ini saya tidak lalu untuk makan nasi. saya lebih suka makan roti, mee atau bihun. dan semestinya untuk menambahkan lagi khasiat saya ambil supplement nutrilite yang saya yakini ia di proses secara organic.

Keperihatinan saya, Dalam zaman yang serba canggih ini, masa ada ibu-ibu yang tidak mementingkan pengambilan vitamin. ramai ibu yang hamil tidak mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa semasa hamil mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi didalam rahim yang sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. semua ini kita boleh pelajari dari pembacaan.

Jom saya kongsikan vitamin apa yang saya ambil semasa saya mengandung ini.

1. Vitamin Bio C
2. Protein
3. Bcomplex
4. Calcium Magnesium
5. Daily (multivitamin&mineral)
6. Omega 3
7. Folic Acid

Nampak macam banyakkan, tp yang seronoknya vitamin-vitamin ini bukan hanya untuk masa mengandung sahaja, ia boleh sambung makan sehingga masa menyusu dan seterusnya. Vitamin adalah makanan tambahan, sebab itu ia tiada masalah untuk di makan pada bila-bila masa.

 






Sunday, 6 October 2013

MINDA KAYA VS MINDA MISKIN...

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, suka saya ingin berkongsi satu email yang saya terima dari seorang rakan dari dunia network marketing.

Rakan-rakan network marketing memang hebat. Mereka mempunyai sifat suka belajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Bagi saya inilah bezanya network marketing dan perniagaan biasa, ilmu yg mereka ada tak pernah kedekut atau dirahsiakan.

Hati gembira kerana saya kini terlibat dalam dunia network marketing.

Jom kita sama-sama baca dan hayati email yang saya terima ini.
Terima kasih kepada yang memberi.

Saya suka nak share tentang tips2 kejayaan dan kali ni, saya nak bawakan kpd anda perbezaan antara MINDA KAYA VS MINDA MISKIN...
PELIK TAPI BENAR, yg membuatkan seseorang itu KAYA atau MISKIN adalah MINDA mereka!! Yg bestnya, kita boleh mengubahnya... 
Dibawah adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.
Saya amat mencadangkan anda membaca buku ini jika anda benar-benar komited untuk menjadi kaya.
1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup saya." 
Orang miskin percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh mengubah apa-apa."
2. Orang kaya berusaha untuk berjaya/menang
Orang miskin berusaha untuk tidak gagal.
3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. 
Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.
4. Orang kaya berfikir besar. 
Orang miskin berfikir kecil-kecilan.
5. Orang kaya sentiasa mencari dan fokus kepada peluang. 
Orang miskin fokus kepada halangan/alasan.
6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya. 
Orang miskin iri hati kpd orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, penipu, sombong dan sebagainya.
7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya. 
Orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau tidak berjaya/gagal.
8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka. 
Orang miskin enggan/berfikir negatif tentang jualan dan promosi.
9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi. 
Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah.
10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih. 
Orang miskin selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.
11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan hasil. 
Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.
12. Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh.. saya boleh kaya DAN beriman
Orang miskin berfikir "sama ada / atau". Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!
13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih aset mereka (aset-liabiliti = nilai bersih). 
Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.
14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. 
Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.
15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka.
Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang .
16. Orang kaya bertindak walaupun takut. 
Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.
17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu. 
Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.
Cuba ubah pemikiran kita, pasti kehidupan kita akan menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.

Best kan ilmu yang dikongsikan ini.

Sekian, selamat malam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 5 October 2013

Sakitnya Ulser Mulut

Teks: Anisah Abd Rahman

Allah Akbar, ujian datang lagi. Tak tahan dan taktahu bile ia akan sembuh. Inilah dia, penyakit ulser mulut. Seksa dan memang seksa.

Katanya penyakit ulser mulut ni akan terjadi bile dalaman kita panas. Salah satu punca lagi, apabila kita tergigit atau tibe2 lidah atau bahagian dalam mulut kita terluka.

Kenapa bagi saya penyakit ini amat menyeksakan. Ia seperti datang tak diundang pergi pon ntah tak tahu bila. Dia akan hilang sendiri tanpa kita sedari.

Kali ini, saya kena mata ikan di bahagian hujung lidah. Seingat saya pertama kali saya kena dibahagian lidah ini. Baru sikit ujian yang Allah bg pon dah rasa seperti tak tertanggung.

Bayangkan siksaan Allah memotong lidah orang yg suka bercakap bohong. MashaAllah moga di jauhkan.

Dibawah ni ada beberapa tip macam mana nk hilangkan mata ikan.
1. LETAK GARAM: ramai orang cakap cara ni berkesan, tp saya jarang buat. Sakit woo, anda akan terjerit sekuat hati apabila garam tu kena ulser kita.

2. SAPU MAJERIN: cara ini pon ramai orang buat tetapi saya jarang buat kerana tk suka mulut or bibir saya yang akan terasa seperti berminyak. Kesan nya pon kita akan berasa pedih.

3. KUMUR2 DGN LISTERIN: ini cara mudah dan boleh dibuat dengan mudah. Ia bantu bunuh kuman dalam mulut kita dan ulser cepat sembuh.

4. SEMBUR GLISTER MOUTH SPRAY. Lagi mudah sembur sahaja di kawasan yang terkena ulser tu. Ia bantu mengurangkan rasa sakit, walaupon sedikit pedih semasa permulaan kita menyemburnya.

Inilah sedikit sebanyak tip dari saya tentang ulser mulut. Selamat mencuba yer kawan-kawan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 4 October 2013

Masak-memasak: Kerabu Pucuk Paku

Teks: Anisah Abd Rahman

Sejak sebulan lalu, bile dapat tahu diri ini pregnant selera makan tiba-tiba hilang ditambah pulak ada ulser atau ada juga yang panggil mata ikan. Memang seksa bile kena mata ikan dekat hujung lidah ni. habis semua selera makan hilang ke laut.

Arini tetiba rasa nak makan kerabu pucuk paku, harap dapat buka kembali selera yang telah lama hilang. Sebenarnya saya mengidam kerabu pucuk paku yang di buat oleh emak saya sendiri. tetapi tak apalah apakan daya mak jauh so saya google la resipi ini dulu untuk dibuat pada esok hari, sebabnya hari ini dah petang.

resipi nya seperti di bawah:
KERABU PUCUK PAKU

Bahan

2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.