Monday, 23 September 2013

Network Marketing adalah salah satu keajaiban dalam dunia ini.

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini saya cuba meyakinkan sahabat baik saya tentang cara yang sangat munasabah untuk menjana pendapatan tambahan.

Saya sudah mulakan perniagaan ini sejak 2011. Sehingga sekarang sudah masuk 3 tahun saya libatkan diri dalaam bidang ini. Saya berani cakap selama 3 tahun ini tiada kerugian yang saya alami. Saya juga tidak pernah rasa teraniya dan menganiaya orang lain.

Setelah 3 tahun, kini saya rasa yakin untuk berkongsi ilmu ini dengan kawan-kawan. Setelah usaha saya membuahkan hasil.

Tidak di nafikan, pada awal saya menceburi bidang ini, saya takut-takut dan memang dijauhi oleh kawan-kawan. Saya tidak meyalahkan sesiapa kerana masing-masing ada kefahaman sendiri tentang network marketing.

Tetapi tak kenal maka tak cinta. Rugi la kita menghakimi sesuatu tanpa mencuba atau menyelidiki terlebih dahulu.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 3 tahun yang lepas saya berani mencuba. Kini impian saya satu demi satu dapat ditunaikan.

Perniagaan ini adalah salah satu perkara indah dalam hidup saya. Ia buat saya bahagia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 19 September 2013

Bagaimana jana RM5-6k dengan berbelanja RM100 sebulan di Amway.

Salah satu sumber pendapatan tambahan yang mudah dibuat tanpa memerlukan banyak masa ialah menggunakan produk Amway di rumah.

Caranya mudah, tukar brand X produk2 dirumah seperti berikut kepada produk Amway.

Mulakan barangan didalam bilik air:
1. Berus gigi
2.Ubat gigi
3.Listerin
4.Shower foam
5.Shampoo
6Pencuci muka

Produk lain yang boleh ditukar ialah barangan pencuci rumah
1.Pencuci pinggan
2. Pencuci serbaguna untuk mencuci dapur dan lantai
3.Pencuci baju

Makanan tambahan
1. Vitamin C
2. Multivitamin/multimineral
3. Lecithin
4.Dll yg banyak lg

Pilih la untuk mencuba mana-mana produk yang telah disenaraikan. Setelah pakai pasti jatuh cinta.

Langkah seterusnya untuk jana pendapatan adalah berkongsi kebaikan produk kita kepada orang lain. Tanpa rasa takut atau segan kerana produk kita ternyata berkualiti serta jaminan wang dikembalikan.

Teruskan berkongsi dan berkongsi tanpa putus asa. InsyaAllah kita pasti menemui insan yang mempunyai impian seperti kita.


Anggaran apabila 500 org network kita berbelanja RM100 di Amway kita boleh menjana pendapatan RM5-6k

Mungkin ada yang rasa mudah dan ada yang rasa susah. Tp tak salah kalau kita mencubakan? Sebabnya kita tk rugi apa-apa.

Hubungi saya jika ingin tahu lebih lanjut mengenai idea saya ini. 011-11926074.

Sekian dulu untuk hari ini.

Semoga kita semua bahagia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Siapakah yang sangat memerlukan vitamin C?

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, hi teman-teman.

Malam ni jom kita bercerita tentang siapakah yang sangat memerlukan vitamin C. Jika nak diikutkan semua orang memerlukan vitamin C ni. Tetapi, kita terus focus kepada individu atau golongan yang patut memberi tumpuan lebih terhadap pengambilan vitamin C mereka.

Pertama, mereka yang sangat memerlukan vitamin C ialah mereka yang suka membakar diri atau dikenali sebagai perokok, mereka yang terdedah kepada asap rokok kerana merokok/asap rokok meningkatkan jumlah vitamin C yang diperlukan tubuh untuk membaiki kerosakan yang di sebabkan radikal bebas.

Kedua, golongan yang perlu mementingkan pengambilan vitamin C ialah mereka yang kerap berpergian ( terdedah kepada ramai orang) kerana mereka menyentuh permukaan yang disentuh oleh beatus-ratus malah beribu-ribu orang setiap hari. Mereka juga berpotensi terdedah kepada bakteria dan kuman dipelbagai negara dan persekitaran yang mungkin belum pernah dialami oleh system imun tubuh mereka.

Apabila seseorang perlu bekerja di luar negara, perbezaan ozon masa yang memaksa jam tubuh individu menyesuaikan semula dan menghadapi keletihan yang meningkat dan seterusnya membebankan lagi system imun.

Memastikan pertahanan tubuh yang kuat ketika berpergian (outstation) adalah penting. Vitamin C memberi sokongan penting kepada sel darah putih kita.

Seorang perokok, warga tua dan pelajar yang menyukai makanan yang kurang sihat atau dikenali makanan yang kurang berkhasiat sangat penting mengambil berat tentang keperluan vitamin C mereka.

Bagi mereka yang sangat terhad dalam mempelbagaikan makanan yang diambil, terutamanya tidak cukup buah-buahan dan sayur-sayuran adalah golongan yang sepatutnya memberi tumpan lebih terhadap pengambilan vitamin C.

Mampukah anda memakan pelbagai jenis buah-buahan seperti dibawah ini setiap hari untuk memastikan keperluan vitamin C dapat dipenuhi?

lagi gambar sumber buah-buahan yang mengandungi vitamin C.

 
dan lagi dan lagi...
 

berapa jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kita makan hari ini sebagai sumber vitamin C untuk keperluan diri kita?

Jika tersangat susah bagi diri kita untuk mendapat sumber vitamin C yang mencukupi, apakata kita sediakan sebotol vitamin ini di rumah untuk melengkapkan diet harian kita.

Bio C Plus All Day Formula yang baru ini merupakan cara yang mudah untuk menyokong diet yang sihat setiap hari. Menggunakan teknologi pembebasan lanjutan, Bio C Plus All Day Formula membantu menambah vitamin C dengan memberikan pembebasan perlahan tetapi berterusan.
Pembebasan perlahan ini menambah baik penggunaan keseluruhan vitamin C dalam tubuh dan mengurangkan pembaziran yang sering dikaitkan dengan dos besar vitamin C pembebasan serta-merta. Ciri ini menjadikannya lebih baik dalam meningkatkan kesejahteraan umum.
CIRI DAN MANFAAT:
  • Penyerapan yang lebih baik bermakna lebih banyak vitamin C yang digunakan setiap tablet.
  • Pembebasan lanjutan bermakna pembebasan perlahan tetapi berterusan yang menambah baik penggunaan dan mengurangkan pembaziran yang dikaitkan dengan dos besar.
  • GAP: Lembut pada perut (Gentle on stomach), Vitamin C sepanjang hari (All day vitamin C) dan Nutrien berasaskan tumbuhan (Plant based nutrients).
  • 500 mg bersamaan dengan nilai pemakanan buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan hanya segelintir sahaja yang akan mempertimbangkan untuk memakannya.

[PM.SMS.LINE.WHATSAPP. me@ 011-12391595]
untuk dapatkan konsultasi dan vitamin anda hari ini.

Friday, 13 September 2013

10 Tentang Bayi

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 8 September 2013

Kalsium Nutrilite mengandungi Alfafa

Teks: Anisah Abd Rahman

Bile kita sebut tentang kalsium orang kan fikirkan susu. Tetapi berapa gelas susu yang kita perlu minum untuk mendapat kalsium yang mencukupi.

Adakah kita minum susu setiap hari? Ada orang takut untuk minum susu kerana takut gemuk.

Bagi saya untuk dapat kalsium yang mencukupi sangat mudah dan kosnya tidak sampai RM1 pon.

Saya memilih cara yang mudah untuk memenuhi keperluan kalsium saya setiap hari iaitu kalsium yang berbentuk tablet.

Lebih mengembirakan dan sebagai bonus, kalsium yang saya pilih bukan sahaja mengandungi Magnesium dan Vitamin D, tetapi ia juga terdapat campuran Alfafa yang sangat hebat khasiatnya.

Jom saya kongsikan antara kelebihan-kelebihan Alfafa ini.

Alfafa sebagai agen Detox

1.Mencuci usus bagi membuang toksik

2.Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan 

3.Melegakan sembelit

4.Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat

5.Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

6.Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)

7.Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)

8.Melegakan elergi dan ekzema

9.Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)

10.Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau

ini lah yang membuatkan saya rasa sangat berbaloi-baloi memilih Kalsium Magnesium dari jenama terkemuka dunia iaitu Nutrilite.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 4 September 2013

Atasi Masalah Kenaikan Harga Barang Dengan Menjana Pasif Income

Teks: Anisah Abd Rahman

Baru sebentar membaca status FB saudara Shamsudin Kadir. Sangat menarik dan bagus untuk dikongsi dengan pembaca semua.

Sejak harga minyak dinaikan, sana sini kita dapat mendengar dan membaca rungutan tentang hidup yang semakin susah dan macam-macam lagi yang negatif.

Saranan saudara Shamsudin Kadir supaya kita kurangkan bebanan gaji untuk menanggung kos bulanan dengan menghasilkan pendapatan pasif.

Antara langkah terbaik adalah menjadikan 25% daripada kos perbelanjaan kita itu ditanggung oleh pendapatan pasif kita, sebagai permulaan. Pendapatan pasif ini dapat dilakukan dengan membeli hartanah seperti flat, apartment, rumah teres ataupun rumah kedai. Tidak terkecuali kebun getah, dan kelapa sawit.

Bagi saya, tidak semua orang mampu membeli hatanah. Saya memilih menghasilkan pendapatan pasif dengan modal yang kecil. Ia seperti sebuah francise tetapi modal yg kecil.

Inilah yang dipanggil Francise Rakyat Biasa. Amway adalah syarikat gergasi yang menghasilkan 1 bilion jualan dengan sistem yang hebat dan produk yang sangat berkualiti.

Amway berkongsi keuntungan dengan penggunanya yang mempromosikan kebaikan produk dari mulut ke mulut atau di panggil network marketing. Network marketing adalah salah satu cara orang biasa membina pendapatan yang boleh diwariskan.

Sertai Network Belanja Bijak hari ini juga bersama kumpulan saya. PM or whatsapp saya di 011-12391595
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 1 September 2013

Rebus Telur Guna Amway Pressure Cooker

Teks: Anisah Abd Rahman

Terbaik! inilah perkataan yang keluar semasa saya mengupas telur yang dimasak menggunakan Noxxa Pressure Cooker. Tagline apabila saya memasak menggunakan Pressure Cooker ini, "yang mudah akan bertambah mudah"

Bagi yang sudah memiliki Pressure Cooker ini akan rasa berbaloi sangat lah. Selalu orang tidak suka membeli periuk yang dikira mahal ini kerana dia bukan selalu memasak pon. Jika banyak duit tidak ada masalah. Tetapi jika terlalu kerap minum dan makan di luar juga tidak bagus untuk kesihatan dan kewangan.

Memang sudah niat dalam diri, tidak akan membuat pembaziran jika beli sesuatu barang. Saya akan guna sepenuhnya.

Saya test kehebatan merebus telur guna periuk ajaib ni. memang terbaik, saya masukkan telur, masuk air agak-agak paras telur dan saya setting High Pressure 02. Selepas selesai periuk ini memasak dia akan automatic bertukar function ke Preheat. On elektrik dan saya tak perlu risau lagi. saya dah boleh meneruskan aktiviti lain, nak tido pon tiada masalah.

Jika sebelum ni tidak ada pressure cooker, rebus telur pon senang bukan maslah yang besar. Tetapi ciri keselamatan agak kurang jika kita rebus telur kemudian tertido. Air didalam periuk tersebut akan kering dan agak-agak apakah seterusnya akan terjadi.

Untuk kawan-kawan yang sudah mempunyai Periuk Ajaib ini jangan lupa mencuba.

Pentingkah vitamin C?

Teks: Anisah Abd Rahman

Suri rumah berilmu mampu melahirkan insan cemerlang di dalam keluarga bahagia. Sebagai suri rumah atau merangkap chef didalam keluarga menyediakan makanan yang berkhasiat adalah tanggungjawab kita. Jangan ambil mudah hal pemakanan keluarga.

Makanan berkhasiat, keluarga sihat. Keluarga yang sihat dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Kos perubatan hari demi hari kian meningkat. Jika dalam poket kita tiada RM50-RM100, agak sukar kita mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Pemakanan sihat dan berkhasiat adalah langkah pertama cara kita mengatasi pelbagai penyakit berbahaya. Kurangkan manis, masin dan lemak dalam penyediaan makanan harian adalah matlamat utama.

Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran untuk mendapatkan vitamin c dan serat yang cukup setiap hari. Banyak kebaikan yang kita perlu ketahui.

KEBAIKAN VITAMIN C:
1.Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
2.Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
3.Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
4.Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
5.Anti penuaan dan anti kedut
6.Mengatasi masalah resdung dan alahan
7.Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
8.Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
9.Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
10.Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
11.Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
12.Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
13.Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
14.-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
15.Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
16.Merawat jangkitan saluran kencing
17.Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

"Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan."




Mencari vitamin C yang terbaik??? boleh Whatsapp @ SMS saya 011 12391595