Thursday, 29 August 2013

Jangan Pandang Rendah Pada Potensi Network Marketing

Teks: Anisah Abd Rahman

Jangan pernah rasa malu atau kecewa apabila mendapat reaksi negative dari kawan atau saudara mara tentang biznes yang sedang kita jalankan. Ini kerana mereka tak tahu apa yang kita tahu.

Mereka tidak pernah lihat pelan pemasaran seperti yang kita lihat. Tetapi seperti biasa mereka akan bercakap seolah-olah mereka tahu semuanya apa yang kita tak tahu. Tetapi persoalannya, jika mereka lebih tahu lebih dari kita kenapa kehidupan mereka biasa-biasa sahaja.

Jika kehidupan mereka hebat adakah mereka boleh berkongsi kekayaan mereka dengan kita?

Bolehkan mereka beri kita RM500 sebulan kepada kita?

Kalau mereka tak boleh, abaikan sahaja kata-kata mereka. Biar kita terus berusaha mencapai impian kita. Teruskan jangan patah semangat yer kawan-kawan.

Sepanjang saya menceburi bidang network marketing ini, saya berjumpa ramai golongan professional yang sudah Berjaya juga menceburi bidang ini. Yang lebih membuat saya teruja mereka dengan senang hati mengucapkan tahniah kepada kita dan bersungguh-sungguh memberi kita nasihat.

Mudahnya Jana Pendapatan Tambahan

Sebesar manakah syarikat Amway?

Dalam perindustrian produk kegunaan di rumah dan kegunaan diri, dari segi pendapatan tahunan, Amway hanya di belakang Proctor & Gamble.

Tetapi Amway adalah jauh dihadapan syarikat syarikat besar yang tersenarai dalam Fortune 500 seperti Colgate-Palmolive  dan Johnson & Johnson!

Maknanya Network Marketing bukan tinggal teori. Ia juga tidak lagi meragukan. Hari ini, Network Marketing berada di tahap yang sama seperti perniagaan Francais berada 20 tahun yang lalu.

Ia adalah satu "konsep francais untuk orang biasa" yang berkembang secara exponential.

Dulu, semasa belum mengenali Amway saya memakai pelbagai jenis produk kegemaran saya. Apa sahaja yang di iklankan di TV semua saya akan cuba.

Setelah mengetahui plan marketing Amway, saya bukan sahaja mengubah produk barangan kegunaan barang didalam rumah, saya juga mengubah ekonomi keluarga ke arah yang lebih baik.

Dulu.......
kini....
dulu...
kini.....
dulu.....
kini....

dulu...
kini....
ini lah antara produk yang saya gunakan apabila saya mengenali Amway. Salah satu langkah yang penting untuk saya memulakan biz ini.....

Saya tak pernah rasa menyesal dan sangat puas hati bertukar dari Brand X kepada Amway Brand.

Sekian dulu.






Monday, 26 August 2013

Kenapa saya memilih untuk guna dan jual ubat gigi GLISTER dari menjual kopi

Teks: Anisah Abd Rahman
Peniagaan adalah merupakan salah satu cara kita menjana pendapatan. Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mahu ceburi bidang pernigaan. Saya juga memilih perniagaan sebagai sumber pendapatan.
Dalam bidang perniagaan pula boleh dikategori kan kepada bermacam-macam cara lagi untuk kita pilih. Pernigaaan konvensional atau pun perniagaan Network Marketing.
Network Marketing di Malaysia bukan la perkara asing lagi. Sebut sahaja Network Marketing, ramai orang dah boleh senaraikan nama nama pernigaan dan produk yg menggunakan sistem ini.
Walaupon ramai orang sudah tahu syarikat apa yang menggunakan sistem ini tetapi tidak semua yg memahami apa sebenarnya network marketing. Sepantas kilat mereka akan memberi komen, ooo ko buat MLM. Dengan reaksi muka yang sinis sekali.
Ramai orang akan takut apabila kita bercerita pasal network marketing. Walaupon orang itu masa study dulu pernah belajar marketing. Tidak mengapa, saya tak paksa anda semua jatuh cinta dengan network marketing seperti saya. Sebabnya saya takkan rugi apa apa jika anda tidak menyertai saya. Saya hanya anggap itu cabaran dalam biznes saya.
Untuk seketul batu menjadi belian ia perlukan tekanan yang hebat. Seperti juga saya. Kalau mudah sangat mengajak orang menyertai biznes seperti saya ini, rasanya dari dulu lagi semua orang sertai Network Marketing. Maka tiada la lg peluang untuk saya.
Hari ini jual kopi juga menggunakan sistem network marketing. Hebatkah sistem ini? Saya rasa kalau tak hebat, takkan ada orang kaya rayaa walau hanya menjual kopi. Minggu lepas, saya membelek majalah Networker yang di beli oleh suami saya. Pelbagai perniagaan Network Marketing dipaparkan.
Semasa membaca majalah ini saya rasa sangat tercabar, dia jual kopi sahaja boleh berjaya. Sedangkan saya mempunyai pelbagai produk hebat untuk kegunaan setiap hari.
Salah satu produk HOT dan semua orang patut cuba ialah Amway GLister. Prospek atau pengguna GLISTER sangat meluas. Cuba bagitahu saya sapa yg tk gosok gigi setiap hari? Gigi original atau palsu kita akan tetap gosok gigi.
Anak saya setahun setengah juga menggosok gigi. Semua orang gosok gigi jika nak dibandingkan minuman kopi.
Oleh sebab itu la saya pilih menjual ubat gigi lebih hebat keraja ia produk penting dan akan diulang pakai setiap hari.
Produk yg hebat ini akan bertambah hebat apabila ia mengunakan sistem pemasaran nertwork marketing yang hebat.
Sekian dulu untuk entry ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone










Sunday, 25 August 2013

Kurus Dengan Lecithin-E

Di dalam bulan perayaan dan jemputan rumah terbuka yg sangat padat dan meriah, antara vitamin yang banyak membantu ialah lesitin-E. Ini kerana terdapat pelbagai makanan dan hidangan yang sangat enak bisa meruntuhkan diet pemakanan harian kita.

Hidangan yg enak menari-nari meminta diisi ke dalam mulut. Aduh gula, gula adalah racun bagi badan kita apabila diambil secara berlebihan. Itu belum lihat kandungan lemak yang di ambil.

Walaubagaimanapon kegembiraan tidak boleh dihalang. Dalam setahun, hanya sebulan sahaja kita menyambut kemeriah sebegini. Makan lah berpada-pada dan tambahkan vitamin dalam diet harian kita.

Lesitin E. Apa hebatnya vitamin ini?
Setiap tablet mengandungi bahan utama iaitu membran sel yang berperanan penting untuk penjagaan hati, mengawal kadar kolestrol dan bantu penyerapan Vitamin E.

Lesitin sebagai:
1.Pemecah lemak supaya mudah diangkut keluar dari dalam badan.

2.Mencegah pengerasan pada pembuluh darah

3. Melancarkan perjalanan darah
4. Meningkatkan metabolisme tubuh
5. Mencegah perlemakkan hati
6. Meningkatkan fungsi detoksifikasi racun pada hati.

Banyak lagi kebaikan lain dan akan dikongsi dari masa ke semasa.

Selamat hari raya kawan-kawan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Glister: Ubat Gigi Pilihan Keluarga Saya

Teks: Anisah Abd Rahman

Inilah ubat gigi pilahan saya sangat jimat dan berkualiti. Saya beli dari kedai saya sendiri. Hanya bermodalkan RM90 untuk menjadi ahli saya layak membeli pada harga diskaun setiap hari.



Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan 200g

 -Ubat gigi berfluorida antiplak ini membantu melindungi gigi dari kaviti

-Memutihkan gigi, menyegarkan nafas dan membantu menanggalkan kesan pada gigi

-Mengandungi SYLODENT , agen pengilatan untuk pembersihan yang lembut dan berkesan yang membantu memutihkan gigi

Friday, 23 August 2013

Cabaran biznes saya

Teks: Anisah Abd Rahman.

Assalamualaikum, teringat semalam masa makan-makan bersama kawan-kawan. sesekali berjumpa memang menyeronokkan. masing-masing akan mengupdate cerita dan perkembangan masing-masing.

Ramai lagi kawan kawan yang masih belum terbuka tentang perlunya pendapatan kedua. bukan sahaja mereka tidak sedar malah memberi sokongan kepada kawan pon agak susah. mereka tidak pernah cuba mahu memahami bagaimana plan marketing biz kita. tapi tidak mengapa sebab nya, hal ini tidak sesekali mematahkan semangat saya.

Dalam dunia IT yang serba canggih ini, kita tidak perlu risau untuk mencari kawan sejiwa dengan kita untuk sama berjaya dalam bisness.

Dalam FB kita boleh menambah senarai kawan maxima sehingga 5000 orang. Teruskan bina silaturahim dengan ikhlas kita tidak akan kecewa. kita pasti berjumpa orang yang mempunyai impian seperti kita

Jika dari senarai 5000 itu,hanya 10% atau 500 orang sahaja yang setuju dengan pendapat kita, kita dah boleh jana pendapatan 5-6 angka. itu semua tidak mustahil asalkan anda berani mencuba.

Bayangkan rangkaian network kita mempunyai 500 orang. setiap orang berbelanja RM100.  Total belian kumpulan kita sudah mencecah RM50,000. Berapa point rangkaian network kita telah hasilkan? bagaimana kita nak kira?

1 point = RM3
RM50,000/3 = 16,666 kumpulan kita layak dibayar 21%
jumlah bonus ialah

RM50,000 x 21% = RM10,500
RM10,500 adalah bonus kumpulan

anggaran bonus individu ialah RM5,000 sehingga RM6,000



ini adalah secara ringkas cara pengiraan bonus apabila anda bekerjasama berbeisness bersama ahli kumpulan saya.

semoga kita semua gembira dengan segala biz yang kita ceburi




Tuesday, 20 August 2013

Certificate Error, punca stress hari ini

Teks: Anisah Abd Rahman

Tiada benda lain yang patut saya ucapkan selain Alhamdulillah. Seharian ini saya sangat stress kerana kerja saya tak berjalan dengan lancer.

Stress memang tersangat stress, habis dengan anak-anak pon saya garang. tapi saya bukan la ibu yang kejam sampai nak pukul anak-anak kan.

Mana saya tak stress kedua-dua laptop saya buat hal. Apabila saya nak mula kerja on jer laptop asyik la keluar message CERTIFICATE ERROR......sangat menyusahkan dan merimaskan.

Dah habis ikhtiar saya godek-godek semua fungsi dalam laptop ni akhirnya saya tutup dan keluar bersama keluarga untuk berhari raya di rumah kawan baik saya.

Selepas perut kenyang tanpa rasa putus asa saya sekali lagi mencuba dan dapat idea untuk bertanya kepada pakcik Google. Yes memang terbaik lah...dapat juga jawapanya.

Apa yang pakcik google suruh buat ialah reset balik tarikh dan waktu laptop saya tu. Nampak tak tarikh dan jam yang kat sebelah tangan kanan bahagian bawah itu. Jika tarikh tu tak di set dengan betul, kemungkinan korang pon akan mengalami masalah yang sama dengan saya.

Senang bila ada pakcik google ni, hanya taip jer Certificate Error keluar la berderet cadangan dan jawapannya.

inilah message yang selalu keluar dan buat saya stress tersangat la sangat. Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Monday, 19 August 2013

Wanita Hatimu Sungguh Mulia

Teks: Anisah Abd Rahman

Sungguh mulia hatimu seorang wanita. Wanita hari ini semuanya serba boleh, boleh bekerja dirumah dan boleh bekerja diluar rumah. Hebatkan? Wahai para suami hargailah isterimu.

Sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja, seorang wanita itu memang tinggi pengorbanannya. Semoga pengorbanan seorang wanita itu tidak akan pernah disia-siakan.

Seorang wanita itu menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran dalam hidupnya. Hanya wanita yang bersabar dan pandai mengurus diri dan keluarga Berjaya mnghadapinya dan merasai kebahagian. Semoga bersama kita menjadi wanita solehah.

Thursday, 15 August 2013

Pelajaran untuk anak-anak.

Teks: Anisah Abd Rahman

Anak-anak adalah amanah dari Allah, InshaaAllah saya akan didik mereka sebaik mungkin.

Perancangan saya, saya akan menjadi ibu, guru dan sahabat yang bagi anak-anak saya. saya sangat teruja dengan dengan blog-blog yang berkongsi idea tentang aktiviti anak-anak dirumah.

aktiviti sofea hari ini adalah belajar mewarna huruf. saya dapatkan info dari page ini. http://www.makinglearningfun.com/themepages/ABC-ColoringPages.htm

Jom layan anak buat kerja sekolah.

Wednesday, 14 August 2013

Networking is the bst business

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Arini saya nak berkongsi dengan rakan pembaca bagaimana untuk menikmati hari-hari yang penuh bahagia. Ini saya dan saya tidak memaksa untuk anda bersetuju dengan apa yang saya katakana.
Ini apa yang saya buat dan saya telah menikmatinya sejak dari tahun 2011.

Apabila saya diberitahu bahawa produk amway ini hebat kerana sangat menjimatkan dan boleh beri saya pendapatan saya terus buat keputusan untuk mencubanya. saya tak pernah rasa risau ditipu kerana ia tidak perlu modal untuk saya melibatkan diri dalam peluang ini.

Alhamdulillah hanya RM90 yang diperlukan untuk saya menjadi ahli dan saya layak mndapat pelbagai ganjaran.Antaranya saya layak membeli dengan harga diskaun sehingga 30%. Setiap kali membeli saya dapat diskaun, tidak perlu tunggu musim perayaan untuk layak membeli barang dengan harga diskaun.

Busines Amway sangat mudah, saya gunakan konsep berkongsi kebaikan dengan orang lain. Bayangkan selama ini, sebelum mengenal amway, setiap bulan saya membelanjakan hamper RM500 di pasaraya-pasaraya yang terkenal di Malaysia ini. Tetapi hanya mereka sahaja yang mendapat keuntungan setiap kali kita semua brbelanja. Kita sentiasa bantu mereka bina kekayaan dan pendapatan kepada generasi mereka. Mereka sebolehnya berlumba-lumba membuat promosi hebat supaya setiap bulan kita berkunjung ke sana dan membeli barang keperluan dan bukan keperluan.

Saya selalu berkongsi dengan kawan-kawan yang berminat bagaimana selama ini kita akan menghabiskan duit apabila berbelanja, tetapi mulai saat ini kita ubah tabiat kita berbelanja. Kita akan menambah pendapatan setiap kali kita berbelanja setelah tahu bagaimana caranya.

Saya sentiasa mengalukan semua pmbaca untuk bersama saya. anda boleh pilih mana satu income idaman anda, saya boleh tunjuk caranya.


Sekian, dahulu untuk hari ini.

Saturday, 3 August 2013

Jana Pendapatan Dengan Cara Bekerjasama

Teks: Anisah Abd Rahman

Asalkan kita sanggup belajar, sebenarnya mencari pendapatan tambahan itu adalah mudah. Kita jangan merungut tetapi kita seharusnya terus belajar dan belajar.

Bina silaturahim dan sentiasa merendahkan diri kita akan dapat ilmu yang tidak disangka-sangka.
Berani mencuba dan tidak risau gagal. Kegagalan tidak perlu dirisaukan malah kita boleh belajar kenapa kita gagal.

Alhamdulillah saya mampu jana pendapatan dengan membuat kerja dirumah dan berkongsi idea dengan orang lain yang ada impian untuk jana pendapatan dan hidup bebas seperti saya.

Jana pendapatan dari rumah disukar dan tidak mudah seperti yang di sangkakan. Sikap yang paling penting perlu ada jika ingin bersama saya untuk jana pendapatan adalah bekerjasama.

Bekerjasama kita tukar brand dan tukar tempat kita berbelanja. Jika selama ini  kita berbelanja di pasar raya yang tidak pernah beri perkongsian untung bersama kita, walhal kita lah dari dulu tak pernah berhenti menyokong perniagaan pasaraya tersebut. Setiap kali berbelanja, kita akan kunjungi pasaraya tersebut dan kita juga bantu mempekenalkan pasaraya tersebut kepada ahli keluarga, rakan dan taulan.

Mungkin anda terfikir, kenapa pasaraya tersebut perlu berkongsi untung dengan kita sedangkan kita bukanlah sapa-sapa yang dia perlu berkongsi untung dengan kita.

Ini lah kesilapan kita dan sebab itulah saya mengajak anda semua mengubah tempat berbElanja. Jika kita ingin jana pendapatan tambahan kita perlu mencari pasaraya yang memberi kita peluang untuk menjadi rakan niaga dan keuntungan dapat di kongsi bersama.

Dulu saya juga tidak pernah tahu idea seperti ini, tetapi saya buka minda dan dengar dari orang yang telah berjaya.

Buat duit apabila kita berbelanja dipanggil sebagai Prosumer power. Setiap kali kita berbelanja kita akan dapat point, daripada point tersebut kita kumpul untuk menentukan peratus perkongsian untung kita. Perkongsian untung dibayar setiap bulan kepada kita daripada 3% sehingga 21%.

Untuk meningkatkan pendapatan kita, kita perlu kumpul point sebanyak yang kita mahu, oleh yang demikian kita hanya perlu berkongsi idea dengan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan. maka kita akan sama sama mengumpul pendapatan tambahan..

Apa yang penting KERJASAMA.


Thursday, 1 August 2013

Berhati-hati memilih perniagaan dropship

Teks: Anisah Abd Rahman

Pagi tadi semasa jalan-jalan baca komen-komen difacebook ramai yang mengadu terdapat banyak sindiket dan penipuan di dalam perniagaan online ini. Memang tidak dinafikan, hal hal sedemikian memang banyak berlaku. Kita sebagai pembeli haruslah berhati-hati. Mungkin ramai yang terdesak untuk menjalani kehidupan seharian dengan kos hidup yang tinggi.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya memilih perniagaan yang kukuh dan stabil. Siapa yang tidak pernah dengar Amway. Perniagaan ini telah lama bertapak di Malaysia. Dan Amway merupakan syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia.

Saya percaya sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tidak mudah dan sewenang-wenangnya menipu pengdar-pengedarnya. Ini lah yang menambahkan keyakinan saya apabila menjalankan perniagaan Amway.

Kawan-kawan dan pembaca sekalian, saya lihat sebenarnya orang kita memang suka berniaga. Tetapi kesilapan orang kita adalah kurang berhati-hati. Sangat mudah memberi kepercayaan kepada orang tanpa menyelidik latar belakang sesuatu perniagaan yang kita hndak ceburi.

Seperti apa yang saya baca pagi tadi adalah masalah berkaitan peniaga Dropship. Perniagaan dropship memang mudah. Kita hanya perlu promosi dan apabila ada pembeli yang berminat mereka akan bank in wang kepada kita dan kita akan bank in wang tersebut. Ia nampak mudah tetapi ia melibatkan kepercayaan orang kepada kita. Oleh itu kawan-kawan, berhati -hati lah memilih perniagaan dropship supaya ia tidak akan mencemarkan nama baik kita.

Sekian dulu untuk hari ini, saya akan berkongsi lagi dalam penulisan saya yang seterusnya.