Tuesday, 30 July 2013

Tip Jimat Di Dapur: Pencuci Pinggan

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah,
Sudah sampai ke penghujung Julai, pelbagai aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan ada yang perlu dibuat penambahbaikan. Teruskan perjuangan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.

Antara aktiviti dirumah yang setiap hari dilakukan oleh semua orang ialah mencuci pinggan. Pelbagai jenis pencuci pinggan menjadi pilihan ramai orang. Saya yakin produk yang paling disukai ramai semestinya yang bernama matahari cerah. Saya juga satu masa dahulu memilih pencuci pinggan ini. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya telah menjumpai pencuci pinggan yang lebih hebat dan bantu saya jana pendapatan. Apakah pencuci pinggan tu, sekejap lagi saya kongsikan dengan anda.

Tidak kira lah apa jenis pencuci pinggan yang anda pakai, semua nya boleh dijimatkan. Bagaimana kita hendak berjimat? ok ingat kembali bagaimana cara anda mencuci pinggan didapur. Adakah ada hanya terus membasuh apa sahaja pinggan yang terdapat didalam sinki atau anda akan mengasingkan kotoran terlebih dahulu.

Pencuci pinggan kita akan dapat dijimatkan sekiranya kita merancang kerja kita dengan baik. Lakukan seperti langkah berikut untuk jimatkan lagi pncuci pinggan anda.

1. Buang sisa-sisa makanan yang terdapat didalam pinggan
2.Bilas pinggan tersebut dengan air sebelum mnggunakan sabun
3.Susun mengikut jenis pinggan, mangkuk , cawan dan perkakas lain
4.Cuci pinggan mnggunakan sabun
5. Bilas menggunakan air yang bersih.

Dengan mencuci pinggan mengikut langkah-langkah yang diberi, kita dapat mengurangkan penggunaan pencuci pinggan dan dapat berbelanja mengikut bajet yang kita ada.

Berapa lamakah sebotol pencuci pinggan anda dapat bertahan? Pencuci pinggan saya dapat bertahan selama 6 -10 bulan. Ini kerana pencuci pinggan yang saya gunakan sangat pekat dan sungguh berkualiti. Lihatlah pnjimatan saya dalam menjadi seorang isteri yang bijak.

Ingin berjimat seperti saya? hubungi saya di 011 12391595.

Monday, 29 July 2013

Peluang Pendapatan Tambahan Tanpa Menjual Produk

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah semoga semua pembaca sihat dan gembira selalu.
Hari Isnin mesti gembira kerana Isnin adalah hari pertama  dalam minggu ini. Awal saya mula menulis hari ini kerana saya ingin berkongsi idea dan peluang kepada semua pembaca sekalian. Peluang apa dan idea apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua ye?

Peluang ini sangat hebat. Suatu masa dahulu saya juga tidak pernah tahu. Syukur, ada seorang insan yang sangat baik hati mempekenalkan kepada saya. Dia juga bukan dari kenalan saya. Orang yang selama ini tidak pernah saya kenal. Hubungan kami sangat jauh. Dia hanya pemberi service IT ditempat saya bekerja. Alhamdulillah hebat, dia dengan ikhlas hati berkongsi idea dengan saya.

Setelah mendengar penerangan yang jelas dari dia, ia membuat saya terfikir. Ini lah yang saya cari selama ini. Saya fikir dan terus berfikir ambil sedikit masa akhirnya saya telah membuat keputusan untuk sama-sama menerokai peluang ini.

Risiko? Apabila dikaji, saya tiada risiko apabila menyertai biz ini. Saya hanya perlu mendaftar sebagai Ahli RM90 dan saya layak menikmati pelbagai peluang. Salah satu peluang apabila kita menjadi ahli dimana-mana club, sudah tentunya saya boleh membeli barangan dengan harga yang lebih murah berbanding orang yang tidak menjadi ahli.

Apakah peluang-peluang yang saya sangat gembira ingin berkongsi dengan pembaca semua?
1. Pendapatan Tambahan.
    Saya pasti semua orang sentiasa mencari peluang untuk jana pendapatan tambahan. Disini lah peluang kepada pembaca sekalian. Sangat mudah, ia tidak memaksa anda untuk menjadi penjual yang agresif. Untuk menjual itu terpulang pada anda. Serius saya nak beritahu kepada pembaca sekalian, belum pernah saya jumpa sebelum ini, dengan hanya membeli dan guna sendiri dirumah saya mampu menjana pendapatan tambahan melebihi nilai BR1M. Seperti yang kita maklum selama ini, jika ingin jana pendapatan kita perlu ada produk atau service untuk dijual. Tetapi peluang yang ini sangat berbeza. inilah yang dipanggil Konsep Prosumer

2. Pendapatan Yang Boleh Diwarisi.
Apakah pendapatan yang boleh diwarisi? Selalu yang biasa kita dengar pendapatan yang boleh diwarisi ialah apabila ibu dan ayah kita seorang yang berharta, InshaaAllah anda lah yang akan menjadi pewarisnya. Itu jika ibu dan ayah kita mempunyai harta. Jika mereka tiada harta apakah yang boleh kita warisi. Jika kita tidak ada harta yang diwariskan oleh sesiapa. Bagaimana pula kita akan mewariskan harta kita pula kepada anak-anak jika kita tidak tahu bagaimana untuk memiliki satu pendapatan yang boleh diwariskan.

Hatta jika kita mempunyai jawatan yang besar sekali pon ditempat kita bekerja dan menerima gaji yang besar, namun syarikat itu bukan milik kita, mustahil bagi kita mewariskan jawatan dan pendapatan tersebut kepada ahli keluarga kita.

Oleh kerana yang demikian  lah, (bagi sesiapa yang mengenali saya) kini saya merasa sangat gembira walaupon saya seorang suri rumah tanpa jawatan tetapi saya mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut saya boleh wariskan kepada ahli keluarga saya, walaupon saya sudah tiada nanti. 

apa yang saya buat, saya lihat peluang ini, saya tukar tempat belanja RM100 sebulan dan saya ada pendapatan yang boleh diwariskan.

3. Kebebasan Luar Biasa
Kenapa saya katakan kebebasan luar biasa, setelah saya lakukan step-step seperti yang saya ceritakan di atas, saya berkongsi dengan orang yang mempunyai impian seperti saya dan mereka juga yakin dan paham apa yang mereka buat, akhirnya kami sama-sama mendapat pendapatan tambahan.

Setelah saya mempunyai pendapatan tambahan dan saya nampak potensi apa yang saya sedang lakukan, saya ambil keputusan untuk serahkan balik jawatan saya selama ini kepada bos untuk di isikan dengan orang lain. Saya mengucapkan terima kasih dan saya ingin bersara dari pekerjaan saya selama ini. (hanya 4 tahun sebagai akauntan)

akhirnya setiap  hari saya bebas berada disamping anak-anak dan keluarga. Saya sendiri menjadi bos kepada diri saya. saya bebas dari arahan bos dan bebas dari kesesakan lalu lintas, saya bebas dari mesin punch kad yang saya mesti jumpa setiap hari sebelum pukul lapan pagi.

4. Kesihatan.
Siapa yang tidak pernah dengar dan taktahu bahawa stress adalah punca segala penyakit?
Stress boleh buat kita jadi hampir gila.
Stress buat kita rasa sangat ingin marah
Stress buat kita tidak tentu arah.
Stress buat kita gemuk.


Alhamdulillah setakat ini dulu perkongsian saya. Jika berminat untuk melihat peluang dan jana pasif income boleh hubungi saya 011 12391595




Wednesday, 24 July 2013

Sihat Itu Menjimatkan

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan penulis hebat sekalian.

Menulis dan terus menulis supaya kita sama-sama dapat berkongsi idea menjadi penulis hebat dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Kadang-kadang idea kita banyak untuk dikongsikan, dan kadang-kadang idea itu hilang sedangkan dalam kepala sangat banyak yang ingin dikongsikan.

Pagi tadi saya mendapat ilham untuk berkongsi idea bahawa Sihat Itu Menjimatkan. Bagaimana untuk mendapat sihat yang menjimatkan.

Pertama sekali dan terutamanya dalam bulan puasa ini, jika kita memilih untuk membeli makanan diluar pastikan kita mengutamakan kebersihan. Kebersihan dari segala segi, bayangkan tubuh badan kita dan ahli keluarga kita adalah sangat berharga.

Pernah tak kawan-kawan melihat tempat makan yang dikunjungi ramai orang tetapi keadaan sekitarnya sangat tidak baik. Apabila kita mendekati gerai tersebut, hidung kita dapat menangkap bau tikus dan juga bau sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna.

Walaupon semua orang mengatakan makanan di situ sangat sedap, tetapi ingatlah bahawa kebesihan lebih penting. Manusia semasa makan tidak pentingkan kebersihan, tetapi apabila menghadapi masalah keracunan makanan kita terus menyalahkan pihak tertentu. Kenapa diri kita sendiri tidak bertanggungjawab atas pilihan yang kita buat.

Mari lah kawan-kawan kita tingkatkan ilmu dalam dunia masakan. Sebenarnya memasak sendiri lebih membahagiakan bukannya membebankan.

Saya sangat suka memasak dan sedang mendalami ilmu memasak dan akan berkongsi dengan  sahabat semua bagaimana untuk masak dengan mudah dan sangat menjimatkan masa.

Apa yang membuatkan saya sangat suka memasak? tentulah Periuk Ajaib ini yang telah banyak menbantu saya didapur dan menjimatkan masa saya sehingga 70%.

https://www.facebook.com/pages/My-Noxxa-Pilihan-Ku/387190311348121?ref=hl




Friday, 19 July 2013

Masih banyak perkara yang kita rasa kita tahu, tapi sebenarnya kita belum tahu.

Teks: Anisah Abd Rahman

Sudah lama saya rasa hendak berkongsi cerita ini kepada semua tetapi belum berkesempatan. In Shaa Allah saya akan kongsikannya pada hari ini.

Pada 29 Jun yang lalu saya ada menyertai Program Seminar Hidup Luar Biasa yang di anjurkan oleh Mentor terkenal Dr Azizan Osman. Alhamdulillah program ini memang hebat dan membuka mata ramai orang untuk hidup luar biasa.

Program ini percuma, sudah banyak kali saya mendaftar tetapi akhirnya saya tidak hadirkan diri kerana bersilang dengan program saya yang lain. Saya selalu lihat testimoni ramai orang bertapa hebatnya program DAO ini. saya ini memang jenis yang ingin tahu dan tidak akan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Akhirnyarezeki saya 29 Jun yang lalu saya berjaya juga menghadirkan diri. Tahniah buat DAO kerana program hebat ini dan perkongsian yang diberikan.

Selepas tamat program bersama DAO, ada satu sesi bonus iaitu Perkongsian Perlaburan Saham di Bursa Malaysia. Perkongsian ini daripada seorang kontraktor dan remiser hebat Tuan Hj Asri. Tuan Hj Asri ini mempunyai pengalaman dalam perlaburan saham selama 15 tahun.

Semasa perkongsian, memang hamper keseluruhan tidak pernah dengar pasal perlaburan saham dan apatah lagi terlibat dalam perlaburan saham ini. Semua orang teruja dan berebut-rebut ingin tahu lebih mendalam berkenaan perlaburan saham ini. Yuran nya saja agak mahal (kos diadakan di hotel) tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan yuran dari agensi yang lain.

Saya juga turut menghadirkan diri dalam program yang dianjurkan ini, tak dinafikan yuran memang agak mahal bagi saya tetapi perkongsian yang diberikan memang berbaloi-baloi. Saya memang pernah mempunyai impian satu hari nanti untuk terlibat dalam dunia ini, Saya tidak pasti sama ada ingin menjadi seorang investor or trader. Dalam entry akan dating saya akan berkongsi kenapa saya bersetuju perlaburan saham juga berbaloi untuk wang kita.

Apa yang lebih penting saya nak ceritakan disini, sebenarnya orang kita ada duit dan ada keinginan. Tetapi masih ramai yang belum cukup ilmu dan sangat dahagakan ilmu. Cuma satu yang saya rasa sedikit kekurangan dalam diri kita, kita selalu menolak peluang sebelum mencuba. apabila kita ingin berkongsi dengan mereka, mereka akan tolak secepat mungkin. Mereka rasa apa yang mereka tahu lebih hebat dari apa yang ingin kita kongsikan kepada  mereka.

Saya berharap saya boleh jadi seperti mentor hebat yang pernah saya jumpa sehingga hari ini, berkongsi ilmu yang saya ada supaya semua orang mampu mengubah hidup rakan-rakan semua. Hari ini disebabkan kan saya baru bermula, kebanyakkan idea saya memang mudah ditolak. Teruskan tabahkan hati dan berkongsi dengan semua orang sehingga impian saya tercapai.

Memang tak dinafikan untuk permulaan berkongsi idea baru memang sukar, lihat saja contoh Ray Crock pada mula dia memberi idea tentang marketing plan McD, tetapi akhirnya hidup nya hingga kini sangat selesa. Dia ada segalanya duit, masa dan security.

Itu la yang kita semua cari kan. Like or komen jika anda bersetuju. supaya saya boleh tahu siapakah yang sentiasa mencari peluang seperti saya.

gambar dibawah ini hanya contoh semata, saya tak kata plan perniagaan McD itu terbaik untuk kita jadikan perniagaan, ini kerana saya ada pendapat tersendiri.



Thursday, 18 July 2013

Dengan menbaca meningkatkan keyakinan diri kita

Teks: Anisah Abd Rahman

Saya pencinta buku, semua jenis buku saya akan baca janji ia akan memberi faedah kepada saya dan semua. Apabila saya baca sesuatu dan ia menarik saya kan kongsikan kepada semua.

Buku pertama saya pegang selepas bangun tido ialah Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf, Banya sebab kenapa saya sangat suka buku ini.
1. Saya bercita-cita untuk menjadi jutawan
2.Saya ingin menjadi jutawan mengikut cara islam
3.Abdul Rahman adalah nama ayah saya.

Nabi Muhammad mengatakan,

Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta bagi menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.
( Hadis direkodkan oleh at- Tabrani)

Dalam kehidupan ini terlalu ramai manusia yang hipokrit, saling dengki mendengki dan suka memperkecilkan impian orang lain. Semua itu adalah cabaran untuk kita Berjaya. Jangan pernah rasa putus asa kerana hanya kita yang tahu apa impian kita.

Tingkatkan ilmu kita dengan rajin membaca ini akan menguatkan lagi semangat kita. Biarlah apa sahaja orang kata tantang kita atau bisnes kita, tak mengapa. Mereka tidak mmembayar bil kita, klu kita susuah belum tentu mereka akan tolong kita. Maka kita harus terus berusaha sehingga Berjaya.

Monday, 15 July 2013

Sokongan dan restu suami sangat penting

Sokongan dan restu suami sangat penting

Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom

Sokongan suami
Halangan pasti ada, ramai juga keluarga dan sahabat sepejabat yang menyuarakan
kebimbangan dan tidak bersetuju dengan keputusan saya dah suami. Saya masih kerap
bertanya lagi dengan suami, suami pula memberitahu selama ini dia yang mencari nafkah
untuk kami, hampir kesemua perbelanjaan dia yang menanggungnya. Walaupun saya tahu dia
ada sedikit gusar mengenai perbelanjaan  tetapi dia mengizinkan dan dia adalah orang paling
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan.

Akhirnya, setelah lebih kurang setahun merancang,  pada bulan Februari 2012 saya
menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan March 2012 juga saya melepaskan
jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat didapat tercapai, sedih
kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja disana bersama rakan-rakan.
Hati ini amat tenang, gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan
terfikir "boleh keraku bagi mak dan abah setiap bulan".
Sarah, tiga tahun setengah, adalah orang yang paling gembira.

" Mak tak kerja hari ini Sarah" kataku kepadanya, dia menyampuk " yeay".
Hari pertama berjalan lancar, sempat bermain dan membaca buku dengannnya sambil
menguruskan kerja menambah baik facebook dan  blog secara  online sahaja.
Pada tarikh  March 2012, saya sudah meninggalkan pejabat dan memulakan era baru di
rumah.


Bayar RM100 sahaja untuk pakej ini
Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah

Promosi hingga 30 Julai 2013.
Harga asal : RM125
Harga promo: RM100

bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku


Bayar di sini, saya mahu pakej wahm soho harga baik hati RM100
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

  

harga ini sah sehingga 30 Julai 2013 sahaja, miliki sekarang Maksudnya beli dua dapat free 1 ebook.

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com

  . Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM100

Sunday, 14 July 2013

Peluang dan Idea untuk bekerja dari rumah @ dipanggil WAHM

Teks: Anisah Abd Rahman

Kegilaan apakah ini sehingga membuatkan mata aku tknk pejam dan lena seperti si suami dan anak-anak tersayang.

Peluang berjaga malam ini saya gunakan untuk menambahkan lagi ilmu yang tak pernah habis dicari dan digali.

Bulan Ramadhan yang mulia ini saya rasa sangat bertuah kerana kini saya seorang WAHM. Maka saya mempunyai masa tersendiri untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Alhamdulillah berlalu sudah empat hari berpuasa saya masih belum mengunjungi mana-mana bazar ramadhan. Saya tidak benci bazar ramadhan, saya sangat suka sekali melihat ramai orang kita merangkap seagama dengan kita mengambil peluang ini menjalani perniagaan. Semoga mereka berniaga dengan iklas dan jujur.

Bagi suri rumah dan bukan suri rumah, yang ada keinginan untuk menyertai kami Alumni Penulis Dari Rumah anda dialu-alukan. Kami semua ingin anda merasa keseronokan yang kami rasa di sini.

Sama-sama kita menuntut ilmu untuk membangunkan Agama kita. Ameen.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah

Sumber: Ebook super wahm super mom

Cabaran paling besar adalah diri sendiri
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan
motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu
banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi
mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya
ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah
satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan
menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit
menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa
keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes
tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di
awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan.
Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan
sebahagian dari masa.


Bayar RM100 sahaja untuk pakej ini
Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah

Promosi hingga 30 Julai 2013.
Harga asal : RM125
Harga promo: RM100

bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku


Bayar di sini, saya mahu pakej wahm soho harga baik hati RM100
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

  

harga ini sah sehingga 30 Julai 2013 sahaja, miliki sekarang Maksudnya beli dua dapat free 1 ebook.

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com

  . Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM100