Saturday, 22 June 2013

Apakah perancangan masa hadapan untuk anak-anak kita?

Teks: Anisah Abd Rahman

Perkongsian mudah untuk renungan bersama, fikirkan sejenak yang mana lebih beruntung. Menjadi anak kepada seorang akauntan atau anak kepada pemilik kedai runcit.

Sekiranya kita anak seorang akauntan, semua orang akan nampak bertapa hebatnya family kita jikalau hendak dibandingkan dengan anak pemilik kedai runcit.
 
atau
 

Gaya hidup anak seorang akauntan jauh lebih mewah dan hidup senang lenang goyang kaki dirumah. segala kerja dilakukan oleh pembantu rumah, sebut sahaja apa yang dikehendaki pasti ditunaikan. Berbeza dengan anak pemilik kedai runcit, dia akan bersusah payah membantu keluarganya di kedai. Semua benda akan dilakukan sendiri, dialah pekerja dan dia lah bos.

Anak seorang akauntan mempunyai cita-cita seperti ayahnya juga, Belajar pandai pandai dan akan bekerja di sebuah organisasi terkenal sebagai akauntan yang hebat. Masa seorang akauntan banyak dihabiskan di pejabat menyiapkan akaun sehingga balance.  Alhamdulillah, anak pemilik kedai runcit sentiasa mempunyai banyak masa bersama ahli keluarga sambil menimba ilmu perniagaan.

Apabila masa berlalu, seorang akauntan akan bersara, anaknya sudah tamat pengajian di university Antarabangsa dan mula mencari pekerjaan yang layak dengan ijazahnya. Kenapakah si anak akauntan ini tidak boleh mengantikan kedudukan ayahnya yang selama ini sangat hebat dan disanjung ramai. Anak nya juga pasti hebat kerana ayahnya sangat hebat, ayahnya sangat setia bekerja melebihi 30 tahun di Organisasi hebat itu...Si ayah tidak boleh berbuat apa-apa walaupon si ayah sangat berjasa di situ. Selama ini si ayah hanya bekerja membina impian orang lain dan bukan impian si ayah yang boleh diwariskan kepada anaknya.

Bagi anak pemilik kedai runcit, dari kecil cita-citanya, suatu hari nanti akan mengembangkan kedai runcit ayah nya lebih hebat dari pasaraya besar yang sedia ada. Maka, selepas si anak menamatkan pelajarannya, si ayah membuat keputusan untuk bersara dan berehat di rumah sahaja. Si ayah mewariskan kedai runcit kepunyaannya kepada si anak untuk diteruskan. Si anak tidak pernah menghadapi masalah pengangguran kerana ayahnya selama ini bertahun-tahun telah menyediakan peluang pekerjaan untuknya. Tidak perlu lah si anak merangkak semula dari bawah untuk memulakan hidupnya.

Apakah beza kedua-dua anak ini? hidup siapakah yang lebih terjamin dan lebih beruntung? Bagaimanakah kita merancang hidup anak-anak kita di kemudian hari nanti? Adakah anda ingin mereka merangkak semula atau terus berlari menyambung impian yang kita bina selama ini. Semuanya bergantung kepada keputusan dan pilihan yang kita buat hari ini....

Jangan berlengah dan menyesal dengan keputusan yang kita pernah buat sehingga hari ini. Saya di sini sedia menbantu anda untuk menunjuk peluang yang sentiasa ada.

Artistry Intensive Skincare Renewing Peel

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat yang penuh barakah....Apa aktiviti suri rumah dirumah petang-petang jumaat ni?

Arini Genap umur saya 30 tahun, sekejap sungguh masa berlalu, Dah 30 ni orang cakap dah cukup matang untuk buat keputusan yang betul. Ya, saya memang yakin saya membuat keputusan yang betul memilih kerja sendiri dari rumah, lebih selesa dan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Bila dah masuk umur 30 ni kita rasa diri ni dah tua, dan semua orang takut muka kelihatan tua. Kalau boleh biar la muda selalu kan. Jadi macam-macam la produk anti penuaan yang kita ambil. Sebelum mencuba apa-apa prouk anti penuaan pastikan ia selamat dan halal yer kawan-kawan. Jangan pakai sebarang produk yang mungkin menjejaskan kesihatan di masa akan dating.

Saya nak berkongsi produk kegemaran saya untuk kelihatan muda di mata suami. Salah satu cara untuk muda selalu ialah melakukan pengelupasan.

Mengapakah Pengelupasan Penting?

Pengelupasan kulit menjadi penting apabila kita semakin menua. Sel-sel kulit mati boleh menimbun di atas permukaan kulit, menjadikannya kelihatanlegap dan kusam. Pengelupasan yang kerap akan menanggalkan sel-sel matiuntuk menyerlahkan kulit yang lebih muda.

Enzim yang wujud secara semula jadi dalam kulit bertindak untuk memudahkan proses pengelupasan yang berterusan di tubuh anda, tetapi apabila kita menua enzim tersebut semakin kurang dihasilkan.

Proses pembentukan, kematian dan penanggalan sel mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk kulit yang muda dan sihat dan lebih 4 minggu untuk kulit yang matang.Namun begitu, apabila kita menua tidak semua sel tersebut tanggal dengan cepat. Kesannya kulit kelihatan kering dan kasar dan garis garis halus kelihatan lebih ketara di permukaan kulit.

Itulah sebabnya penglupasan sangat penting untuk kita.

Bagaimana hendak lakukan penglupasan?

saya memilih untuk melakukan pengelupasan sendiri dirumah, sangat mudah, dan menjimatkan. hanya 6 langkah diperlukan
1.8 pam
2.8 minit
3. 2 kali seminggu
4. Selama 6 minggu
5.rehat 6 minggu
6.Ulangi semula langkah diatas

ni la produknya

Wednesday, 19 June 2013

Suri Rumah Manfaatkan Kemudahan Internet Yang Ada

Teks: Anisah Abd Rahman



Teringat kata-kata suami beberapa hari yang lepas, dia rasa sangat bertuah sebabnya isterinya seorang yang berani dan berdikari. Kata suami, kebanyakkan isteri kawan-kawannya tidak boleh bawa kereta dan banyak perkara bergantung kepada suami.

Saya percaya untuk hidup kita mesti sentiasa berani tetapi jangan sampai terlebih berani. Jika kita buat sesuatu pekara dan sayik bergantung dengan orang lain, impian kita agak sukar untuk di capai. Saya tak kisah pergi ke suatu tempat seorang diri. Saya tidak mahu di anggap pentingkan diri. Barangkali kawan kita tak suka tempat yang kita  nak pergi tu.

Sebagai seorang suri rumah, nasihat saya jangan takut untuk mencuba, jika kita tidak mencuba, kita tkkan tahu hasilnya. biar kita mencuba dari sekarang di saat kita selesa dengan kehidupan kita. Jangan tunggu waktu yang mendesak kita.

Sebagai seorang muslimat yang percaya dengan Kekuasaan Allah, kita kena sentiasa beringat suami kita adalah pinjaman dari Allah. Jika kita tidak berusaha dari sekarang, andainya suami kita pergi dahulu, bagaimana dengan keadaan kita selepas ketiadaan mereka nanti?

Jangan kita hanya berserah tanpa usaha, sayangi suami kita dengan membantu ringankan beban mereka, kita manfaatkan kemudahan internet yang mereka bagi kepada kita, Alangkah gembira suami kita apabila kemudahan yang diberikan kepada kita kita manfaatkan sepenuhnya.

Pelbagai peluang perniagaan kita boleh ceburi walau hanya tinggal dirumah sahaja. sebagai contoh, dropship atau memasarkan hasil kerja kita melalui online.

Kumpulan saya juga ada membantu suri rumah membina blog, fanpages dan tunjuk ajar bagaimana memulakan biz intenet.
https://www.facebook.com/WahmSahmSoho


Saya sendiri, banyak membantu rakan-rakan menjana pendapatan tambahan dengan berbelanja secara bijak (Prosumer Power).
Jana Pendapatan Degan Berbelanja Secara Bijak



Sekian dahulu, saya doakan semua kita sentiasa berani mencuba.

Tuesday, 18 June 2013

Walaupun Suri Rumah Kita Tetap Ada Impian, TULIS,TAMPAL GAMBAR dan Mohon pada yang Maha Kaya

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah, Tiada Tuhan selain Allah, hanya dia penentu segalanya setelah kita berusaha. Hari ini saya nak berkongsi mengenai matlamat kita bekerja.

Apakah matlamat setiap hari kita bekerja? Bekerja adalah ibadah, suri rumah pon termasuk sebagai bekerja, maka semua orang setiap hari di kira beribadah kepada Allah. Selain matlamat kita bekerja kerana Allah. Kita bekerja untuk kehidupan yang lebih indah.

Saya rasa ramai orang pada hari ini bekerja tetapi tidak ada matlamat. Apa yang penting bagi mereka setiap bulan gaji mesti masuk. Pendapatan yang diterima dibelanjakan habis kesemuanya dan berulang lagi penantian setiap bulan.

Apa yang kita akan buat setiap kali dapat gaji? Ya semestinya untuk belanja keperluan rumah, keluarga dan bayar hutang. Jika ada yang membuat simpanan Alhamdulillah kerana anda dalam proses merancang masa hadapan.

Ramai yang mengeluh macam mana nak ada simpanan kalau gaji yang diterima hanya untuk cukup makan.Kita risau hari ini jika kita tak cukup makan dan kurang mewah kerana kita selalu belanja berlebihan.

Kawan-kawan jika hari ini kita cakap duit gaji yang kita terima hanya cukup makan, iaitu pendapatan hamper menyamai perbelanjaan. Cuba bayangkan bagaimana agaknya perbelanjaan kita untuk 5 tahun yang akan datang?

Hari ini anak-anak kita masih belum pandai minta yang bukan-bukan. Contohnya dia akan terima sahaja baju atau apa sahaja yang kita belikan.

Bagaimana apabila usia dia menginjak dewasa, pelbagai benda yang dia akan minta. Masa itu kita mungkin akan sangat tertekan. apa yang di minta mungkin mengalahkan gaji kita. Bagaimana kita nak pahamkan mereka?

Hari ini kita lihat, pelbagai isu gejala yang tidak sihat melanda anak-anak kita. Apakah perancangan kita untuk anak-anak kita?

Sebenarnya Allah hanya menguji kita, kita berhak untuk hidup bahagia. Allah bagi kita kesusahan hari ini supaya kita sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk kita terus berusaha. Kita jangan salahkan takdir hanya ini rezeki untuk kita. Kita terus berusaha dan berdoa. Allah itu Maha Kaya.

Walau macam mana kita rasa susah sebenarnya..ada penyelesaian nya. Mulai hari ini kita tetapkan apa matlamat hidup kita. Kita tulis, kita cari gambar dan kita tampal, hari - hari kita pandang dan minta pada Yang Maha Kaya.



Terima kasih Ya Allah, Allah menjawab doa saya dengan menemukan saya dengan Amway. Amway membuka jalan dan membolehkan saya mencapai impian saya. AMin......

Sunday, 16 June 2013

Hobi Membaca Juga Di Kira Rezeki

Teks : Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah rezeki dapat hidup bahagia. Anak anak sedang leka bermain dengan ayahnya. Dapat la saya membebel sekejap kat sini.

Bile cerita pasal membebel saya teringat seorang guru saya masa sekolah menengah dahulu. Beliau mengajar kami subjek Kemahiran Hidup. Sebelum masuk kelas ni semua pelajar dah paham dan bersedia dengan kapas ditelinga. Hahahahhaah tkdela sampai nak tutup telinga ngn kapas kan. Melampau tu. Cikgu ni memang suka membebel, kalau kelas sejam 40 minit habis masa dengan membebel jer. Tp kekadang tu aku suka dan rindu kepada bebelan cikgu ni....apa khabar cikgu yer. Harap cikgu sihat selalu.

Kenapa la saya cerita pasal membebel ye? Saya rasa saya pon kadang-kadang suka membebel. Sebab tu bila saya ada masa saya suka membebel di sini. Saya selalu jugak la membebel kepada suami supaya rajin-rajin baca buku. Saya suka sangat beli buku. Bila ada masa lapang atau tengah menyusukan anak, saya suka baca buku.

Hari ini saya nak share dengan kawan pembaca sekalian tentang kehebatan buku ini. Tajuknnya Mudahnya Menjemput Rezeki.
Saya selalu dengar orang bercerita tentang hebatnya buku ini, tetap susah sangat nak cari, dikatakan setiap kedai buku yang saya pergi saya akan tercari-cari buku ini. Akhirnya hampa.

Sampai satu hari bila saya online di fb ada seorang hamba Allah beli banyak untuk kawannya yg juga sedang mencari. Alhamdulillah ada rezeki untuk saya. Saya beli 3 sekali, untuk di jadikan koleksi dan hadiah kepada orang yang saya sayang nanti.

Ini lah bukunya..
Buku ini memang sangat membantu untuk menambah keyakinan kita kepada Yang Pemberi Rezeki. Sehebat mana pon kita, kita jangan pernah lupakannya.
 
Click link ini kalau ada pon ingin memiliki buku yg hebat ini....Jom Jemput Rezeki Bersama
 
Yang dimaksudkan rezeki sangat la luas.
" Rezeki adalah apa-apa yang kita rasa manfaatnya, sama ada halal ataupon haram , sama ada baik ataupon buruk"
 
Apabila saya berfikir semula dan imbas kembali, memang benar la apa yang tertulis oleh penulis buku nie...membaca juga salah satu rezeki. sebabnya sejak saya baca dan khatam sebuah buku ini. Ia mengubah  cara saya berfikir, bertindak dan berbelanja. Akhirnya saya beroleh pendapatan yang tak disangka-sangka. Itula yang dinamkan rezeki juga.
 
buku ini banyak bantu saya untuk bebas seperti hari ini.
 

Thursday, 13 June 2013

Cita-cita saya ialah menjadi seorang Jutawan Muslimah.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum...

Hari ini dan hari -hari yang akan datang saya berdoa agar saya mampu mengatasi sikap negative saya. Saya iniginkan satu kehidupan yang sentiasa positive dan mengikut seperti apa yang dirancangkan.
Semoga saya dapat merealisasikan impian saya sebagai Supermom and Superwahm.

Berazam untuk sentiasa focus.
Check list yang saya perlu buat selepas ini mesti berdisplin mengikut apa yang dirancangkan.
saya akan gunakan semua kemudahan yang ada untuk bantu memudahkan kerja saya.

Sentiasa merekod segala idea yang datang secara tiba-tiba dengan pantas.
Terlalu banyak idea yang keluar dari kepala saya kadang -kadang membuatkan saya hilang focus dan kerja saya banyak tergendala.

Masalah saya seperti orang lain, selalu terkeliru dengan segala peluang baik yang datang secara tiba-tiba.

Banyak sungguh minat saya....mungkin kalau saya senaraikan disini, ada sesiapa yang boleh beri idea dan cadangan kepada saya
  1. Mengemas dan melengkapkan soho saya
  2. Mempunyai homeschool kepada anak-anak saya
  3. Ingin berjinak-jinak dengan simpanan emas
  4. Terlalu suka dengan baju kanak-kanak yang comel dan ada peluang untuk jadi dropshiper
  5. Ingin berkongsi idea prosumer dengan ramai orang supaya kita semua ada extra income.
  6. Belajar memasak supaya dapat sediakan hidangan istimewa untuk keluarga
  7. Belajar jadi isteri yang sempurna
  8. dll
Selain daripada kekeliruan yang banyak dalam diri saya ini. Saya tetap merasa sangat gembira kerana saya hari ini membeli sebuah buku yang dapat tenangkan jiwa.

semoga satu hari nanti saya menjadi Jutawan Muslimah.

 
 
Bestkan kalau dapat baca buku kegemaran kita dalam bilik yang suasananya sangat tenang dan mendamaikan macam ni.....
 



Wednesday, 5 June 2013

Jadi Suri Rumah Pun Perlu Mentor ker?

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apabila lama tidak update blog ni penulisan dah jadi lambat. Inilah akibatnya bila degil tidak ikut cakap sifu. Sifu selalu berpesan, kena rajin update blog supaya tidak kecewakan pembaca kita. Kalau sifu depan mata mesti saya dah kena rotan ni....ampun ya sifu.

Arini nak share aktiviti saya dalam soho yang sangat bersepah. sebab tu la saya tak letak gambar. saya letak soho impian saya je yer.

Arini bertapa alam soho merangka aktiviti biznez amway saya untuk bulan jun, minggu pertama dalam jun ni semangat sangat membara untuk capai target saya sendiri.

Di depan mata saya ni sebuah buku bertajuk Pemasaran Dengan cara meniru. Yes, dalam buku ni ada cakap, dalam banyak perkara yang paling kita pandai adalah meniru. sebab tu kita perlu ada cikgu atau dipanggil sifu dan bahasa yang paling tepat ialah Mentor.

Kenapa perlunya mentor dalam kita berbiznes? Biznes memang perlu mentor sebabnya dia akan menjadi penunjuk jalan dan dia iklas membimbing kita untuk capai kejayaan atau impain yang kita ingin capai.

Hari ini aktiviti saya membaca buku ini dan berkongsi ilmu dangan rakan biz saya. Tidak menang tangan jadinya menjawab dan berkongsi idea. Nampak macam hanya sebab kosong di FB tapi jangan risau lambat laun akan ada hasil nya.

Mentor Biz saya saya hebat dan beliau juga mahir IT sebab tu la dia masuk kategori mentor hebat dalam hidup saya. Dia yang memperkenalkan buku yang saya baca ni kepada saya untuk berkongsi dengan orang lain untuk capai impian kita semua.

Apa impian saya?? simple je saya nak duduk rumah tapi income mesti ada. kalau nak ada impian seperti saya boleh start baca 3 ebook dibawah. Harga hebat e book ni hanya untuk bulan Jun Saja.


Kalau nak info pelbagai lagi jom like page kami penulis penulis dari rumah.
https://www.facebook.com/WahmSahmSoho


Sekian, cerita untuk hari ini...