Friday, 31 May 2013

Rumah. Sewa atau Beli mana lebih Baik

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini bila di tanya harga rumah memang amat menakutkan. Harga nya tersangatlah tinggi sehingga tidak masuk akal.

Oleh yang demikian ramailah antara kita yang sehingga kini masih belum memiliki rumah. Alasannya kerana masih belum jumpa yang sesuai dan harga yang berpatutan.

Hakikatnya setiap bulan kita tetap mengeluarkan wang yang hampir sama nilainya samaada kita menyewa atau membeli rumah.

Untuk membeli rumah tidak perlu menunggu lama untuk kumpul duit dan terus membeli rumah idaman kita. Mulakan membeli rumah ikut apa yang kita mampu.jangan risau kerana harga rumah tak pernah atau jarang sekali jatuh harga.

Pada satu ketika saya pernah terpikir apa akan jadi terutamanya seorang suri rumah sekiranya si suami masih belum membeli rumah tetapi telah pergi dulu menyambut seruan ilahi. Kita semua tahu bahawa kematian itu memang pasti.

Masih ingatkah tentang perkongsian saya mengenai MRTA atas nama suami? Di situ saya ada kongsikan bahawa MRTa bagus atas nama suami jika isteri seorang suri rumah. Sekira apa-apa terjadi kepada suami, pinjaman rumah boleh diselesaikan. Hal ini dapat mengurangkan beban seorang suri rumah dan anak-anaknya nanti.

Jika suri rumah sudah ada tempat tinggal yang selamat maka mudahla si isteri meneruskan kehidupannya.

Sebagai suri rumah moden hari ini, kita perlu bijak merancang masa hadapan untuk hidup yang lebih membahagiakan.

Thursday, 30 May 2013

Tips Jimat Belanja Dapur

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebagai seorang suri rumah peranannya lebih besar dari seorang pekerja.

Suri rumah bertanggungjawab dalam semua bidang di dalam sebuah keluarga. Dia la pekerja dan dia juga majikan. Suri rumah juga seorang jurulatih dan pendidik. Di sebabkan dialah satu-satunya isteri dan dia la segalanya.

Setiap kali kita berbelanja untuk menyediakan hidangan keluarga, antara keperluan asas yang kita selalu belanjakan ialah barang barang kecil seperti serai, cili padi, cili merah, daun kunyit, daun kari, halia, daun limau purut dll.

Sayur-sayuran ini jika kita ambil inisiatif dan tanam sendiri dirumah ia akan memberi penjimatan dalam wang belanja dapur kita seharian.


Kita jadikan tanaman sayur-sayuran ini seperti taman. Atau kita boleh jadikan ia sebagai edible garden. Jika rumah kita tiada tanah, kita boleh tanam sayuran ini di dalam pasu atau jadikan sebagai hidroponik. Menarikkan?

Apakata kita masukkan dalam jadual rutin harian kita satu hari antara 30-40min untuk berkebun. Jadikan sebagai hobi yang memberi manfaat untuk menjimatkan belanja dapur.

Puas hati bila tengok lantai bersih dan bersinar.

Teks: Anisah Abd Rahman

Lama dah tak update blog...tgk semua orang dah jauh ke depan tetapi saya masih di belakang. Apa nak jadi ni Anisah Abd Rahman.

Alhamdulillah lega sesangat akhirnya dah selesai mengemop lantai satu rumah. Dari sehari ke sehari asyik bertangguh untuk mengemop lantai. Bukan senang nk mop lantai ni, nak kena tunggu 2 assistant ibu ni tido dulu baru la boleh mop lantai.

Di sebabkan nak ajar anak berdikari, si adik pon sibuk nk suap sendiri bile lihat kakak suap nasi sendiri. akhirnya habis la tumpah makanan sana sini. maka tugas ibu mengemop lantai dah jadi 3 kali seminggu.

Paling best saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua saya mop lantai menggunakan pencuci lantai keluaran dari Amway. Sangat membantu saya kerana hanya mop sekali sahaja dah mampu menanggalkan kotoran dan buat lantai kita Nampak bersih berseri.

Hanya satu penutup kecil dah cukup untuk mop lantai sekeliling rumah. Ia tidak merbahaya dan sangat green. Selamat untuk kanak-kanak bermain di atas lantai selepas dicuci.


 

Wednesday, 29 May 2013

Setiap Hari Macam Cuti, Tapi fikiran tentang Bisnes Tak Pernah Cuti

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini terasa bagaikan hari Ahad jer. Bangun pagi ahli keluargaa lengkap. En suami ambik cuti untuk  rehatkan diri bersama keluarga.

Plan kami hari ini sangat banyak. selepas makan tengah hari kami berkunjung ke hous of lighting yang terletak di puchong. banyak kelengkapan rumah yang telah rosak dan mimta untuk diganti. macam macam kami beli dan ada yang terkeluar dari senarai list yang dirancang. Alhamdulillah kami masih mempunyai peruntukkan dan tidak melebihi anggaran yang dirancang.

selepas ibu dan ayah bershopping anak-anak minta untuk main di taman permainan. cuaca yang panas sangat tidak selesa dan kami buat keputusan untuk main di taman permainan di dalam giant sahaja. Puas anak-anak main tidak berebut dengan ramai orang. ini la untung nya klu pergi taman permainan masa hari weekday.

Selesai semua plan kami pulang kerumah dan tidak singgah kemana-mana lagi. Alhamdulillah perjalanan kami hari ini lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas .

Monday, 20 May 2013

MRTA atas nama suami

Teks: Anisah Abd Rahman

Tips kali ni saya nak berkongsi tentang cara membeli rumah bagi keluarga yang hanya suami bekerja. Saya terjumpa tips ni hasil pembacaan saya dari buku Rancang Hidup Rancang Wang.

Ya sebagai isteri kita perlu banyak kan pembacaan kerana kita la penasihat terbaik kepada suami dalam membentuk keluarga bahagia.

Tips ni sangat berguna kepada suri rumah yang belum membeli rumah. Penulis buku tersebut menasihatkan apabila kita membeli rumah lebih baik letakkan nama suami isteri. Pinjaman rumah kita letak kan kedua2 nama kita dan suami.

Dan seperti semua sedia maklum, apabila kita membeli rumah bank akan memastikan kita untuk membeli insurance atau takaful MRTA. Ini untuk memastikan pinjaman perumahan kita diberi perlindungan. Jika terjadi kematian, Perlindungan MRTA akan secara automatik terbayar sepenuhnya.

Apabila pembelian rumah menggunakan dua nama, Perlindungan MRTA diberikan secara 50:50 untuk nama kita dan suami. Disebabkan kebanyakkan suri rumah tidak berkerja atau mempunyai pendapatan yang tidak tetap eloklah MRTA tersebut diberikan sepenuhnya kepada suami.

Kenapa saya nasihatkan MRTA itu sepenuhnya kepada suami. Kita semua sedia maklum, walau macammana sayang kita kepada suami. Suami bukanlah milik kita yang kekal. Suami hanya pinjaman Allah kepada kita. Kita kena sentiasa bersedia. Jika berlaku kematian suami, pinjaman rumah kita akan itanggung secara keseluruhannya oleh MRTA suami.

Apa jadi sekiranya MRTA itu 50:50? jika berlaku kematian suami,MRTA suami hanya 50% maka hutang pinjaman rumah hanya dapat diselesaikan separuh sahaja. Maka kita sebagai isteri akan meneruskan bayaran lagi sebahagian pinjaman perumahan kepada bank.

Saturday, 18 May 2013

Suri Rumah Di Kampung Dan Bandar.

Teks: Anisah Abd Rahman

Menu ringkas tengahari tadi mengingatkan saya suasana di kampung. Arini menu sayur pilihan saya ialah masak lemak jantung pisang. Wah tinggal di tengah pusat bandar pon ada jantung pisang yer. Kalau nak di ikutkan semua benda ada, cuma yang membezakan di kampung dan bandar adalah harganya.

Dikampung jantung pisang memang mudah nak dapat hanya di belakang rumah. tetapi klu di bandar ini, apa yang penting mesti kena ada duit. Duit keluar mengalir laju bagaikan air. Memang berbeza bila tinggal dikampung.

Jika nak dibandingkan suri rumah di kampung dan di bandar. Suri rumah di bandar mungkin lebih menghadapi tekanan. Ini hanya pandangan saya, tak semestinya semua orang bersetuju. Ini saya bandingkan sendiri dengan isteri adik saya yang tinggal di kampung. Dan apa yang bagusnya isteri adik saya tetap mahu menjalan kan perniagaan sebagai pendapatan tambahan. Ini kerana apabila kita berniaga kita akan merasa gembira. Cuba lah kalau masih tidak percaya. memang pada mulanya ada perasaan malu. Tetapi apabila perniagaan telah menunjukkan peningkatan, pasti kita tersangat gembira.

Seminggu saya pulang ke kampung sebelum ini, hati sangat gembira, saya bebas bergerak kemana destinasi yang saya suka tanpa perlu membayar tol. Sebaliknya sebagai suri rumah dipusat bandar ini kemana sahaja saya bergerak keluar daripada kawasan perumahan saya ini, sudah pasti perlu membayar tol. Haissh....bila la tol ni nak dihapuskan atau dikurangkan bayarannya.

Apa yang penting saya nak kongsikan dengan rakan pembaca disini ialah kita cuba ubah bahawa setiap suri rumah tidak kira di bandar atau kampung kita mampu menjana pendapatan tambahan.
Kita ubah pandangan masyarakat yang berfikir bahawa suri rumah tidak mampu jana pendapatan.

Dengan kecanggihan IT pada hari ini, saya merasa seronok menjadi suri rumah. Saya mempunyai masa untuk explore teknologi yang ada. Saya dan rakan-rakan menjalankan perniagaan secara online. saya juga membeli barang keperluan rumah secara online.

Kecanggihan teknologi juga bantu saya jana pendapatan bukan sahaja melalui jualan online. Saya mampu jana pendapatan melalui belian online. Saya menerima pulangan tunai dan komisen apabila membeli secara online. Saya dan jaringan kumpulan saya bekerja keras untuk membantu semua rakan tidak kira suri rumah atau wanita bekerjaya untuk tambah pendapatan.

Impian saya satu hari nanti, semua ibu hanya tinggal dirumah menjaga anak-anak sendiri tetapi masih boleh mempunyai pendapatan yang lumayan. Kita belai anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dengan didikan kita sendiri di rumah. Seronok kan.????

Jom sertai kumpulan saya untuk belajar menjana pendapatan tambahan dengan mudah.
http://anisah-abd-rahman.blogspot.com/

Friday, 17 May 2013

Saya Pilih Maxis dan Unifi.

Teks: Anisah Abd Rahman

Tips Jimat.

Hari ini semua orang majoriti nya memakai smartphone. Apakah kelebihan memakai smartphone? Smartphone mebolehkan kita melayari internet dimana sahaja.

Dengan kecanggihan telefon yang kita ada, maka bil telepon kita memerlukan kos yang tinggi. Disini saya mencadangkan bagaimana kita boleh menjimatkan bil telefon dalam keluarga kita.

Pernah dengar tak perkhidmatan Family Plus. Ia mengabungkan semua no di dalam keluarga menjadi satu.kita akan mendapat panggilan percuma apabila memanggil antara satu dengan yang lain.itu lebih menjimatkan kan?

Tips kedua untuk lebih jimat, kita tukarkan Astro kepada Unifi. Memang siang unifi tidak seseronok Astro, tetapi unifi mempunya perkhidmatan jalur lebar yang laju dan membolehkan kita memulakan biz online.

Biarlah kita kurangkan masa menonton televisyen, kita mula jana pendapatan tambahan dengan kemudahan unifi. Best kan???

Siapa Menteri Kewangan Keluarga?

Teks: Anisah Abd Rahman

Siapa setuju jika saya katakan bahawa isteri adalah Menteri Kewangan Keluarga?

Bagi saya, sangat bersetuju. cuba kita fikir sejenak, keluarga adalah ibarat sebuah negara. Suami sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dibantu oleh Menteri Kewangan kedua iaitu isteri. Isteri yang bijak mampu menjamin keharmonian keluarga.

Selain daripada suami yang memainkan peranan utama untuk aktiviti  perbelanjaan keluarga, isteri juga terlibat dalam aktiviti ini. Peranan isteri sebagai Menteri Kewangan memang tidak dapat dinafikan. Hari ini kita dapat melihat seorang isteri juga sanggup untuk keluar bekerja demi menambah pendapatan keluarga.

Selain membantu mencari pendapatan tambahan untuk perbelanjaan keluarga, istri juga membantu suami merancang kewangan keluarga. Isteri akan sentiasa menasihat suami membuat pelaburan yang baik untuk meningkatkan atau melipat kaligandakan pendapatan keluarga.

Sebagai Menteri Kewangan Keluarga, isteri perlu menyediakan belanjawan keluarga dan mengendalikan peruntukan yang telah disediakan. Terutamanya jika isteri tidak bekerja dan mendapat sumber kewangan yang diperuntukan oleh suami setiap bulan.

Apabila isteri sebagai Menteri Kewangan gagal mengendalikan wang yang diperuntukan untuk sebulan bagi perbelanjaan keluarga.Maka akan berlaku lah kekurangan sumber kewangan dalam bulan tersebut. Kegagalan ini kan membawa pelbagai kesan negatif dalam keharmonian rumah tangga.

Selain daripada mengurus perbelanjaan keluarga, isteri sebagai Menteri Kewangan membantu suami dalam membuat pelaburan. Apa yang dimaksudkan dengan pelaburan?

Masa Untuk Berjimat, Berbelanja atau Melabur?

Bayangkan terdapat sebuah bank yang mengkreditkan RM86,400 kepada anda setiap pagi dan setiap malam memotong jumlah yang anda gagal belanjakan.

Kita semua memiliki bank ini. Ia dipanggil masa.

Setiap pagi, ia mengkreitkan 86,400 saat kepada kita, Setiap malam  Allah melupuskan apa-apa bahagian yang kita gagal laburkan untuk tujuan yang baik.

Ramai daripada kita merungut akan kesuntukan masa. Bagaimanakah kita boleh meluangkan lebih banyak masa? Bagaimanakah kita boleh menjimatkan lebih banyak masa?

Kebenarannya ialah, kita semua diberikan 24 jam sehari. Ia bukanlah tentang berjimat atau membelanjakannya, tetapi bagaimana kita melabur dengan bijak.

Mereka yang berjaya dalam perniagaan ini (http://anisah-abd-rahman.blogspot.com/) memanfaatkan setiap hari dengan sebaik-baiknya. Mereka melaburkan masa mereka engan bijak dalam perniagaan yang membantu mereka dan orang lain menemui dan memenuhi potensi mereka.

Semakin masa berlalu, golongan yang berjaya melihat perlaburan mereka berkembang.

Jadikan setiap hari itu bermakna. Anda boleh harapkan perlaburan anda.

Tuesday, 14 May 2013

Buat Roti Sendiri Lebih Menjimatkan

Buat roti sendiri di rumah antara aktiviti yang menyeronokkan. Buat roti sendiri tidak lah susah sebenarnya jika kita mempunyai peralatan yang lengkap.
https://www.facebook.com/pages/My-Noxxa-Pilihan-Ku/387190311348121?ref=hl
Peralatan yang lengkap tidak semestinya mahal. Kita ada pelbagai cara sekirannya kita rajin dan ada keinginan yang tinggi untuk membuat sesuatu itu. Sebagai contoh ramai yang cakap "awatla yang susah-susah nak meroti bagai...beli jer kt kedai tu, macam-macam pilihan ada".

Semua alasan di atas adalah betul tetapi kegembiraan tatkala memakan roti yang panas keluar dari oven adalah satu perasaan yang berbeza. Anak-anak akan menjerit keriangan tatkala si ibu mula memegang pengadun untuk memasukkan bahan-bahan membuat roti.

Anak sulung saya Sofea (2 tahun 9 bulan) akan menjerit "yeah ibu buat roti". Dia lah yang paling sibuk membantu kita di dapur. " ibu, nak tengok! nak tengok!". Begini la kami menghabiskan masa bersama di rumah.

Apabila kita bergelar suri rumah, kita boleh menyediakan makanan sendiri yang lebih berkualiti dan menjimatkan. Kita akan lebih jimat dan dapat pelbagai jenis roti yang berbeza. Apabila kita pandai membuat asas roti, secara tidak lansung kita akan pandai buat pizza.

Pizza adalah makanan segera yang diminati ramai. Okay, sekarang cuba ingat semula berapa kos setiap kali kita habiskan untuk harga Pizza yang tidak seberapa itu. Saya dapat bayangkan pizza yang kita buat sendiri adalah lebih sedap dari yang dijual.

Kita bukan kedekut tetapi kita berjimat cermat. Sekali sekala tidak apa, akan tetapi sekirannya kita kurang bajet, maka kasihan la kepada anak-anak kita. Setiap ibu bapa akan gembira apabila dapat tunaikan permintaan anak-anak kita.

Ini la perkongsian saya hari ini supaya impian kita untuk menjadi suri rumah yang tenang dan membahagiakan tercapai.

Jom dapatkan ebook hebat ini

Tinggalkan kebiasaan ramai orang. Saya tidak suka kesesakan lalu lintas, kesesakan ketika
membeli belah di pasaraya. Saya sukakan suasana yang lengang, dan jalanraya yang tenang.
Ubah dan pilih cara ini.
Juga seronoknya membawa anak-anak bermain di taman permainan ketika tidak ramai orang.
 

Bersedekah Dan Menabung Setiap Hari

Saya selalu mengingatkan diri saya dan sedang melatih anak-anak untuk membiasakan diri bersedekah setiap hari. saya tak bermaksud untuk berlagak atas apa yang saya lakukan. tetapi cubalah kerana ia akan memberi kita ketenangan yansg hebat.

satu masa dahulu, masa saya mula melatih diri untuk bersedekah ke dalam tabung yang disediakan banyak ditempat makan, hati merasa berat kerana kita merasa kita juga orang susah, jadi tk perlu menderma. itu seemua salah, harap kita cepat sedar dan rasa insaf.

pada kebiasaannya apabila makan tgharri atau minum pagi, kita akan membayar 1.20 dan 3.50 untuk makanan. cara saya melatih diri untuk bersedekah, saya hanya boleh minum air kosong jika tiada baki untuk disedekahkan.   ,

Sunday, 12 May 2013

Melakukan Pekara Biasa, Mengharapkan Perkara Luar Biasa

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan kerana saya tulis blog ni di kala awal pagi pada jam 2:27am. Ha jgn terkejut yer, di saat orang lain diulit mimpi saya bangun untuk tulis blog ini berkongsi dengan anda pasal kehidupan saya yang sangat indah ini. Saya berharap anda juga merasa sangat bahagia seperti perasaan saya yang sangat bahagia ini. Jika disaat ini  anda merasa tidak bahagia dan memerlukan seorang teman untuk berbicara dan meluahkan perasaan yang sangat terbuku dan mehimpit jiwa, siapa tahu saya boleh membantu anda. (chewahh macam la saya ni pro sangat kan??? tp mungkin anda boleh merasa lega selepas berkongsi cerita dengan saya.)

Saya telah menemui permulaan yang sempurna. Hidup terasa sangat indah. Kita memang seronok apabila melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan. Orang lain mungkin rasa was2 dengan tindakan kita. Tetapi apabila kita muhasabah dan kenalpasti apakah sebenarnya tujuan hidup kita, kita pasti menemui ketenangan yang kita cari. Memang agak membosankan apabila kita melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang luar biasa. Lakukanlah perkara yang luar biasa pasti keputusan atau outcome nya juga akan luar biasa.

Apakah tindakan luar biasa yang saya buat sehingga saat ini?? nak tahu tak?

Klu nak.....

Teruskan membaca...

heheeheheheheh

Scrollll down lagi

sampai jumpa perkara yang dicari.....

Sumber gambar: google


di sini saya ingin berkongsi perkara luar biasa yang saya buat dan kemungkinan anda akan pikir yang saya ni gila.....

no..no...no...

saya tak gila ok, ini la impian saya selama ini..saya selalu berangan untuk mempunyai satu pekerjaan yang SEGALANYA MENGIKUT MASA SAYA SENDIRI.

Walaupon pekerjaan ini mengikut masa saya sendiri tetapi saya masih mempunyai disiplin tersendiri. Saya tahu apa yang saya nak capai dalam hidup saya ini dan perkara yang saya buat itu mesti mengembirakan saya dan orang-orang disekeliling saya.

Bagi saya:

1.Untuk berjaya tak semestinya kita perlu memegang jawatan yang tinggi.
Ini pandangan saya dan apa yang saya rasa sebelum ini. Jawatan saya sebelum ini kalau orang dengar mungkin hebat. sebab?? wah AKAUNTAN di organisasi gagah berani. tetapi dalam diri saya selalu rasa rendah diri. orang nampak hebat tetapi dalam diri saya masih banyak lagi yang dicari. Kita kena pandai seimbangkan masa yang Allah beri. Seimbangkan antara kerja, family dan saham untuk akhirat nt.

2.Pekerjaan yang hebat tak semestinya hanya dengan makan gaji.
Kebanyakan orang memang suka makan gaji. Alasannya lebih terjamin.
wah memang terjamin selagi kita pandai bawa diri dan mengikut arahan yang diberi. Tetapi jika pandangan yang kita beri asyik ditolak tepi lama-lama memang akan jadi sepi. Saya pernah jumpa satu teman yang bagi tahu saya, if u love your job, kita perlu selalu dengar cakap bos. Just Obey Boss (JOB)

3. Jangan rendahkan orang yang makan gaji dan orang yang kerja sendiri. Apa pn pilihan hati seseorang itu, pasti ia mempunyai alasan yang tersendiri. Kita kena sentiasa beri semangat antara satu dengan yang lain.
Ini la kekadang perkara yang saya sendiri selalu terlepas pandang. disebabkan ghairah dengan impian kita,tanpa kita sedari kita telah melukanlan hati seseorang. Kita sentiasa merasa keputusan yang kita buat sahaja yang betul dan orang lain salah. Kita perlu sentiasa hormat menghormati.

4. Banyak lagi yang saya nk cerita tetapi In Shaa Allah sambung dalam entry yang akan datang lagi

Wednesday, 1 May 2013

Sudahkan kawan2 menghantar Borang BE bagi cukai taksiran 2012??

Teks: Anisah Abd Rahman 30 April 2013

Assalaamualaikum.

Arini dan semalam saya di Lembaga Hasil menguruskan hal cukai saya, suami, kakak dan kakak ipar saya. Saya memang minat dalam urusan mengira cukai ini, pernah satu ketika saya bercita2 untuk menjadi penasihat cukai untuk bagi kawan2 yg tidak tahu tkpon tidak ada masa menghantar borang cukai mereka.

Menghantar cukai taksiran individu adalah tanggunjawab semua orang.apabila gaji kita telah mencapai satu tahap tertentu, syarikat tempat kita berkerja akan menghantar nama kita kepada LHDN untuk potongan PCB.

Ramai yang tidak ambil kisah tentang tanggungjawab menghantar borang cukai ini. Bagi mereka, LHDN tidak tahu berapa gaji mereka. Harap maaf ya kawan2. Mungkin anda tktahu bahawa syarikat tempat kita berkerja bertanggungjawab mendeclare gaji kita atau bonus kita apabila gaji kita layak dikenakan cukai. Daripada situlah, LHDN boleh tahu siapa yg tidak menghantar borang cukai.
Nasihat saya, jika majikan kita pernah membuat potongan PCB dari gaji kita eloklah kita menhantarnya.Sangat mudah kerana kita boleh guna e-filling sahaja.
Ini juga salah satu tips berjimat dan elak dari membayar denda.