Tuesday, 30 April 2013

Tukar Disposable Diapers kepada Cloth Diapers

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Arini anis nk share dengan kawan-kawan tips dan langkah-langkah untuk menjadi suri rumah yg pandai berjimat cermat.

Setelah saya membuat keputusan untuk menjadi surirumah suatu masa dahulu, saya telah amalkan perkara ini. Iaitu saya menggunakan
Cloth Diapers.Cloth Diapers memang jimat dan sihat.

Hanya orang yang ingin berjimat sahaja sanggup memakai CD ni, sebabnya ia memerlukan pengorbanan dan kerajinan. Memakai CD boleh memupuk kasih sayang antara suami dan isteri. Saya dan suami selalu bergilir memcuci CD. Alhamdulillah saya mempunyai suami yang rajin. Terima kasih buat suami tercinta.

Biar saya tunjukkan berapakah penjimatan yang kita boleh dapat hasil memakai CD ini.

Friday, 26 April 2013

Daftar Dan Mula Kumpul Mata Ganjaran

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum pembaca yg disayangi.

Rasanya semua orang pernah lihat kad-kad dibawah ni kan.
1.Jusco Kad
2.Sogo Kad
3.Mesra Kad
4.Bonuslink Kad
5.Plusmile Kad
6.Ariani Kad
7.Credit Kad

Kenapa kita semua suka jadi pemegang kad-kad ni?
Saya suka sebab kita berpeluang untuk kumpul mata atau point contohnya mesra kad dan bonus link.

Mata-mata yang dikumpulkan dapat ditukarkan dengan barang yang pelbagai pilihan.
Selain daripada mata dikumpul untuk ditukar dengan barangan, ada juga kad yg digunakan untuk mendapat diskaun atau pengurangan harga dari 5%-25% seperti kad jusco dan sogo.

Sebagai pemegang kad pelbagai keistimewaan boleh diperolehi. Antaranya kemudahan letak kereta percuma, keistimewaan membeli belah pada hari yang telah dikhaskan kepada pemegang kad dan pelbagai lagi yang tidak mampu saya senaraikan disini.

Apapun alasan nya, saya percaya kita pun sudah sedia maklum kenapa kita suka mendaftar sebagai ahli.

Banyak kebaikan apabila kita menjadi ahli (membership)sesuatu perniagaan itu. Ia akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.Bagi pengeluar ini adalah strategi pemasaran, manakala bagi pengguna ia adalah satu faedah yang boleh dijadikan pendapatan tambahan.

Jom kita semua mula menjadi ahli untuk dapatkan keistimewaan yang diberikan dan jana pendapatan tambahan.

03: Jumaat Hari Bahagia

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualikum sahabat penulis sekalian,
Alhamdulillah hari ini dah jumaat, teringat saya masa kerja di tempat lama, hari jumaat adalah hari yang sangat dinantikan. Semua orang gembira kerana esok adalah hari bercuti. Tetapi disebabkan demam pilihan raya ramai yang saya tengok di FB stress kerana terpaksa kerja. Syukur saya kerana tidak perlu melalui zaman itu lagi.


KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya." sumber http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4662-hari-jumaat-hari-istimewa.html

Hari ini saya nak ceritakan cabaran baru saya sebagai WAHM. Setiap hari rutin baru saya adalah menghantar suami di muka pintu dan salam sebelum suami pergi bekerja. Kemudian saya juga akan menyiapkan diri untuk mengharungi hari saya yang mencabar ini. Rutin saya sekarang sangat berbeza dengan sebelum ini, kalau dulu bile hari cuti sahaja,selepas salam suami pergi bekerja saya akan sambung balik tidur....oooh sungguh tak elokkan tabiat saya sebelum ini, saya dan anak-anak akan sambung tido sampai hampir tenghari.

Selesai mengurus diri sendiri saya akan menunggu anak-anak bangun dari tidur, saya dan jadualkan anak-anak untuk bangun tidur dan terus mandi. Sesuatu itu jika hendak dijadikan tabiat, kita mesti lakukan dengan konsisten. Jika aktiviti saya perlu keluar dari rumah saya akan menghantar mereka ke Taska. Sebaliknya jika aktiviti saya hanya didalam rumah.

Perancangan hari ini, saya nak study tentang pembelajaran saya secara online iaitu Belajar Asas Blog dan Ebook. Saya akan kongsikan pelbagai cerita yang menarik dalam blog saya ini. Semoga semua kawan-kawan berpuashati dan akan menjadi sahabat saya tidak kira secara maya atau sebaliknya.

Wednesday, 24 April 2013

01: Saya telah menyertai kelas belajar asas blog

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum. Hari ini merupakan antara hari yg sangat hebat untuk diri saya. sudah lama saya berhajat nak menyertai kelas asas blog bersama penulis hebat seperti Puan Masayu.

Saya selalu menjadi pembaca setia blog beliau, pekerjaan saya yang agak stress dengan kerenah bos dan rakan sekerja mendorong saya untuk mempunyai impian bekerja sendiri dari rumah.

Setelah mempunyai 2 orang cahaya cinta berusia 3 tahun dan setahun setengah tahun menyedarkan saya anak dan keluarga lebih utama dari kerjaya. Memang satu masa dahulu saya bercita-cita untuk menjadi wanita bekerjaya yang hebat.Alhamdulillah segalanya berubah setelah saya mempunyai keluarga.Keluarga adalah segalanya.

Saya selalu melayari internet untuk mencari peluang bagaimana cara saya untuk realisasikan impian saya. Setiap hari baca blog-blog di internet, walaupun mereka suri rumah tetapi mampu menjana pendapatan yg lumayan. Saya yakin, jika mereka boleh tentu saya pon boleh? Apa kelebihan mereka dan apakah kekurangan saya?

Setiap hari saya membaca dari satu blog ke satu blog sehingga lah hari ini saya juga ingin memiliki blog supaya saya dapat berkongsi dengan pembaca semua apakah yg kita patut buat sekirannya kita juga mempunyai impian untuk duduk dirumah dan mempunyai pendapatan seperti mereka.

 
p/s jika anda juga bercita-cita untuk mempunyai blog dan belajar dengan sifu yang hebat komen di bawah atau PM saya di facebook untuk mengetahui bagaimana caranya.

testing

Testing