Thursday, 21 November 2013

Noxxa Pressure Cooker: Bubur Asyura

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum,

harap maaf kerana lambat share resipi nak buat bubur Asyura ni.

Bubur ni saya dengan mak cuba memasak menggunakan periuk noxxa yang di beli dari Amway. Memang puas hati masak guna periuk ni, sebabnya tak melekat dan tiada pembaziran yang berlaku.

Best bile memasak dan tak melekat ni, so kerja membasuh periuk atau kuali pon menjadi mudah.

Resipinya

100g kacang Tanah (goring dan blend tp jangan halus sangat)
50g kacang hijau (rebus dulu bagi lembut)
1 tin kacang merah
1 tin jagung
1 kilo santan ( saya rasa ini bukan santan pekat, saya beli di pasar borong santan siap harga RM3.50)
500g tepung beras (bancuh dengan air kemudian tapis)
500g gula putih (boleh kurangkan klu tidak suka manis)
100g gula merah (masak dulu dan tapis)
1 biji keledek (rebus dulu bagi lembut)
garam
air bergantung kepada keperluan dan kecairan (tk sempat nak ukur aritu)

ok dah sediakan bahan-bahan diatas,
sekarang jom standby periuk noxxa or apa-apa jenis periuk untuk proses memasak.

1. masukkan tepung, santan dan gula merah dan putih. dinasihatkan semua adunan ni ditapis dahulu sebelum masuk periuk
2. masukkan semua bahan-bahan diatas sekaligus jer.
3. mula lah mengacau sehingga masak.

p/s saya masak ni guna periuk noxxa, tempoh memasak hanya 25-30 minit.
kalau menggunakan periuk biasa saya tidak pasti berapa lama masa yang diperlukan.

sekian dulu perkongsian saya. boleh terus Tanya kalau ada sebarang masalah.

Bonus: jika anda tinggal berhampiran dengan rumah saya, dan hendak lihat demo memasak menggunakan periuk ini di alu-alukan.

ini lah hasilnya.
dah habis memasak kena la basuh periuk kan.

No comments:

Post a Comment