Friday, 22 November 2013

MLM @ Networking Biz tak menipu. Yang menipu ialah sesetengah networker yang tidak bertanggungjawab.

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah syukur dengan kehidupan sekarang.

Setiap hari dapat bersama anak-anak 24 jam 7 hari seminggu.

Tidak dinafikan ini adalah keputusan besar yang saya ambil dalam kehidupan saya.

Saya buat keputusan untuk dunia makan gaji dan buat biz network marketing bersama anak-anak.

Apa yang penting saya yakin. Setelah melihat dan memahami marketing plan Amway. Saya yakin ini yang saya cari selama ini.

Pada awalnya saya juga seperti orang lain, tidak nampak apakah manfaat biznes network marketing ini.

Banyak tanggappan buruk yang telah tersemat dalam minda dari dulu sehingga sekarang.

Tanggapan negatif ini la yang menghalang ramai orang untuk melihat keistimewaan networking biz.

Sebenarnya networking biznes ini menjadi kebencian orang ramai disebabkan oleh manusia sendiri.

Mereka yang menceburi perniagaan ini menjadi tamak dan ingin cepat kaya.

Mereka telah abaikan etika sebenar dalam menjalankan perniagaan ini.

Kerana tamak, mereka sanggup tipu kawan, beradik dan saudara mara.

Sikap pentingkan diri dan selalu menghina pekerjaan orang lain menyebabkan orang yang masih belum mengenali dunia networking biz menjadi fobia.

Hari ini saya ada berborak dengan junior tempat saya belajar. Katanya dia benci networking biz kerana dia mempunyai seorang kawan yang mulut laser menghina orang lain apabila tidak bersetuju untuk turut serta dalam biz networking nya.

Untuk mengajak orang lain turut serta dalam perniagaan kita. Kita tidak perlu menggunakan cara paksa. Ini kerana paksaan tidak akan menggerak kan anak buah kita untuk terus maju.

Apa yang penting, kita bertanggunjawab untuk menerangkan apa manfaat network marketing kepada rakan kita.

Tiada satu pon perkerjaan yg hina dan buang masa. Kesemua pekerjaan adalah ibadat.

Networking biz adalah pendapatan extra. Mereka yang ingin meyertai kita tidak perlu dipaksa. Jika mereka ingin menjana pendapatan tambahan. Dengan rela hati akan meyertai kita.

Dalam banyak-banyak networking marketing. Saya memang sangat jatuh cinta dengan amway. Kerana plan marketingnya dan produk nya.

Produk Amway adalah keperluan harian untuk kegunaan kita setiap hari. kita tetap kena beli dan keluar duit untuk memenuhi keperluan diri.

Oleh itu, saya fikir dari keluar duit tanpa membina sebarang pendapatan, lebih baik saya pilih amway. Duit dapat bonus pon dapat.

Apa yang penting paham dan mahu buat perubahan diri. InsyaAllah sampai masa kita terpaksa kaya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment