Friday, 29 November 2013

Istilah-istilah

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah sekarang la masanya untuk update semula ilmu tentang Susu ibu.

Hendak berjaya dalam menyusukan anak sepenuhnya yang penting adalah ilmu, bukan hanya sekadar sebut dimulut "aku nak menyusukan anak selama 2 tahun"

Tanpa ilmu yang cukup kita mungkin akan terkandas di tengah jalan apabila diuji dengan pelbagai cabaran.

Kita mulakan sesi ulangkaji dengan mengenali istilah-istilah penting tentang susu ibu.

1. EBM = Expressed Breast Milk
2.Fresh EBM = Susu ibu yang baru diperah
3.Chilled EBM = Susu ibu yang di simpan dalam peti ais bahagian sejuk bukan bahagian beku
4.Frozen EBM = Susu ibu yang di simpan di tempat beku
5.BP = Breast Pump
6.Marmet = Memerah susu ibu menggunakan tangan
7.PP = Power Pumping
8.TP = Tandem Pumping (sebelah susukan anak dan sebelah lagi sambil mengepam)
9.TM = Tandem marmet (sebelah susu anak, sebelah memerah menggunakan tangan.
10.TN = Tandem Nursing ( menyusukan 2 orang secara serentak)
11. Direct Feeding = menyusukan anak terus dari payudara
12. BF = Breast Feeding ( menyusukan anak menggunakan susu ibu)

Setakat ini dahulu sesi ulangkaji.
Takut jika terlalu banyak, ibu-ibu baru akan rasa ia satu yang membebankan.

Jangan lupakan tanamkan niat untuk menyusukan anak kerana Allah, insyaAllah perjalanan kita akan dipermudahkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment