Friday, 1 November 2013

Bagaimana cara saya update blog

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini saya hanya ingin berkongsi bagaimana cara saya update blog. Apabila kita explore kita akan jumpa cara mudah untuk update blog untuk orang yang kononnya selalu sebuk seperti saya.

Sebenarnya saya tidak la sesibuk mana, tetapi apabila kita bersedia mengadap laptop, masa tu la terdapat cabaran yang datang. Kalau contoh macam saya, anak datang minta susu, anak-anak bergaduh dan menjerit dan pelbagai lagi kerenah mereka untuk minta perhatian kita. Akhirnya idea yang membuak-buak di kepala
berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah saya mempunyai blackberry yang sangat membantu. Asalkan saya rajin, mudah saja kerja mengupdate blog bagi saya.

Saya gunakan kemudahan email yang ada untuk direct post ke blog saya. Maka sambil melayan kerenah anak-anak pon sebenarnya masih mampu untuk menulis dan terus menulis.

Lagi yang membuatkan saya sangat selesa dengan blackberry kerana dia mempunyai papan kekunci yang selesa.

Nampak seperti saya agak ketinggalan dari rakan-rakan yang lain kerana masih menggunakan blackberry, tetapi ini la keselesaan saya.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Salam Perkenalan Puan,

    Mudah kan ada blackberry? Kita boleh update blog di mana-mana jua tanpa sebarang masalah.

    Ada masanya, saya juga update blog menggunakan smartfon. Cuma masih lagi terkial-kial bab nak masukkan gambar sebab gambarnya tak berada di kedudukan yang saya nak. Hehehehe... Harus terus mencuba lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi salam perkenalan

      aah mudah nk menaip dgn BB ni. tu yg saying nk tukar phone.
      klu saya nk update gambar baru guna laptop.

      Delete