Friday, 15 November 2013

Anak-anak syurga

Teks: Anisah Abd Rahman

Anak adalah amanah, apabila anak-anak sebagai amanah, semakin besar tanggungjawab kita.

Semakin banyak soalan Allah kepada kita nanti.

Adakah kita telah memberikan mereka didikan yang sempurna.

Cukupkah kasih sayang kita kepada mereka?

Bagaimana kita melayan mereka? Tidak kira apa pun kerenah mereka, kita perlu bersabar. Bersabar kerana mereka adalah anak syurga yang di beri pinjaman kepada kita.

Alangkah bertuahnya kita sekiranya mereka menjadi golongan anak-anak yang soleh dan solehah.

Berbahagialah kita di sana nanti.

Ibu yakin dengan rezeki Allah. Ibu tidak akan sia-siakan saat dan waktu ibu bersama anak-anak ibu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment