Saturday, 12 October 2013

Vitamin apa yang perlu dimakan semasa hamil

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah sejak saya mengetahui saya hamil, saya sangat menitik beratkan tentang pengambilan vitamin. Tidak semua orang suka makan vitamin, tetapi si ibu akan sehabis mungkin berusaha menelannya juga demi kesihatan anak yang berada di dalam Rahim.

Hendak tahu kenapa ibu-ibu sanggup menelan vitamin demi anak didalam perut, dikatakan vitamin dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Dengan mengambil vitamin, ia dapat membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas. Seronokkan semasa kita mengandung kita tidak mengalami alahan yang teruk, masa ni la rasa macam nak mempunyai anak yang ramai.

Saya kurang bermasalah semasa mengandung. Alhamdulillah, semua itu dengan izin Allah. cuma nya dari mengandungkan anak yang pertama sehingga yang ketiga ini saya tidak lalu untuk makan nasi. saya lebih suka makan roti, mee atau bihun. dan semestinya untuk menambahkan lagi khasiat saya ambil supplement nutrilite yang saya yakini ia di proses secara organic.

Keperihatinan saya, Dalam zaman yang serba canggih ini, masa ada ibu-ibu yang tidak mementingkan pengambilan vitamin. ramai ibu yang hamil tidak mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa semasa hamil mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi didalam rahim yang sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. semua ini kita boleh pelajari dari pembacaan.

Jom saya kongsikan vitamin apa yang saya ambil semasa saya mengandung ini.

1. Vitamin Bio C
2. Protein
3. Bcomplex
4. Calcium Magnesium
5. Daily (multivitamin&mineral)
6. Omega 3
7. Folic Acid

Nampak macam banyakkan, tp yang seronoknya vitamin-vitamin ini bukan hanya untuk masa mengandung sahaja, ia boleh sambung makan sehingga masa menyusu dan seterusnya. Vitamin adalah makanan tambahan, sebab itu ia tiada masalah untuk di makan pada bila-bila masa.

 






No comments:

Post a Comment