Thursday, 24 October 2013

Tentang saya, Anisah Abd Rahman

Teks: Anisah Abd Rahman

Salam perkenalan untuk pembaca semua. Saya berasal dari Semanggol, Perak. Anak ke-empat dari 11 orang adik beradik, mendapat pendidikan awal di SKSK Sungai Kepar dan mendapat pendidikan menengah di SMKA Slim River. Selepas mendapat keputusan SPM yang agak baik saya Berjaya melanjutkan pelajaran di IIUM. Alhamdullilah, mendapat ijazah dalam bidang Perakaunan.

Selepas memegang segulung ijazah, saya di terima bekerja di Firma Perakaunan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Demi menambahbaik kehidupan saya, saya juga menceburi bidang Perlindungan Takaful sebagai Agen Etika, dengan pengalaman yang ada meningkatkan lagi keyakinan diri, saya kemudian diterima bekerja sebagai Akauntan di organisasi yang hebat dan terkenal di seluruh Malaysia. Alhamdulillah rezeki saya.

Ketika saya diterima bekerja sebagai akauntan, saya merasakan tersangat bertuah dan impian saya selama ini sudah tercapai. sememangnya sejak dari kecil saya menyimpan impian untuk menjadi seorang akauntan. Bersusah payah saya selama ini menuntut ilmu untuk menjadi seorang akauntan akhirnya tercapai. Bukan mudah kawan-kawan untuk belajar dalam bidang perakaunan.

Setelah beberapa bulan menjadi akauntan saya telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman anak dara saya pada Ogos 2009. Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan suami saya yang sangat baik, rajin dan bertanggungjawab. Genap setahun perkahwinan kami, Ogos 2010 saya dan suami dikurniakan cahaya mata yang pertama. Cahaya mata kedua pada Januari 2012.

Selepas mendapat 2 orang cahaya mata, saya mula memikirkan alangkah gembiranya jika saya dapat membesarkan sendiri anak-anak dan sentiasa melihat mereka dihadapan mata. saya tidak mahu melepaskan saat indah bersama mereka disaat mereka sangat memerlukan saya.

Saya memikirkan jawatan saya sebagai akauntan sangat sibuk dan terpaksa memberi  suami lebih tanggungjawab untuk menguruskan anak-anak. Bayangkan sedihnya saya kerana tidak banyak masa bersama anak-anak saya yang comel, setiap hari suami saya yang menghantar dan mengambil anak saya dari taska. saya rasa tanggujawab saya sebagai ibu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini belum lagi jika saya di arahkan bertugas ke luar kawasan dan terpaksa bermalam. saya perlu membuat keputusan yang betul.

Setelah difikirkan kembali, bukan jawatan yang saya cari dan syurga saya ada dengan suami. Akhirnya saya buat keputusan untuk focus kepada bisness sendiri dan saya jumpa Amway sebuah syarikat yang diyakini mampu memberi apa yang saya cari.

Inilah saya pada hari ini, Independent Business Owner di Kawasan Bandar Saujana Putra, Puchong, Shah Alam dan Putrajaya. Sekiranya anda ingin menyertai saya, saya sangat mengalu-alukannya. Segalanya bermula di sini.

No comments:

Post a Comment