Friday, 25 October 2013

Saya bina income dari rumah sekarang kerana saya merancang 5 tahun kehadapan.

Teks: Anisah Abd Rahman
Mungkin anda semua pening dan hairan dengan tajuk penulisaan saya yang ini.

Tidak dinafikan, pada hari ini ramai yang masih belum yakin bahawa seorang wanita yang sudah bekeluarga mampu menjaga anak-anak sendiri di rumah sambil menjana pendapatan.Ramai yang belum yakin kerana kurang pendedahan. Mereka jarang membaca dan berjumpa orang yang sedemikian kerana mereka tidak ada impian untuk bekerja dirumah sambil jana pendapatan.

 Bagi yang mempunyai impian, mereka akan berusaha mencari ilmu dan menambah bahan bacaan untuk realisasikan impian.

Pada hari ini, sebenarnya telah ramai ibu-ibu yang mempunyai pekerjaan di luar sanggup berkorban. Saya pernah terbaca dalam satu penulisan, pada masa akan datang, jika seorang ibu masih bekerja di luar itu adalah ganjil.

Kenapa saya setuju dengan pendapat penulis itu, hari ini kemudahan IT sangat canggih. Ia berkembang sangat pesat sekali. Dan ramai ibu-ibu telah menyedari perubahan ini dan mengambil peluang keemasan ini.

Jika ini adalah peluang, kenapa kita melepaskannya begitu sahaja. Ditakuti hanya saya sahaja yang masih belum sedar lagi.

 Bayangkan untuk 5 tahun akan datang. Saya ambil 5 tahun akan datang kerana anak saya akan bersekolah pada tahun itu nanti. Jika semua ibu telah bekerja dari rumah, mereka mempunyai peluang menghantar dan mengambil anak ke sekolah setiap hari.

Bagaimana dengan anak saya??

 Bolehkah mereka menguruskan diri sendiri. Saya masih ingat lagi saat hari pertama saya ke sekolah. Ayah hantar dan ambil saya dari sekolah.

 Apabila saya mebayangkan anak saya perlu urus diri sendiri. Rasanya dah tak sanggup nak dibayangkan lagi. Bukan saya tidak mahu anak saya berdikari, tetapi lihatlah jenayah dan masalah sosial pada hari ini.

Jana pendapatan dari rumah bukan la perkara asing lagi pada hari ini. Kita perlu belajar dari sekarang bukan apabila sudah nak berhenti kerja nanti.

saya tidak nafikan, apabila saya bersembang perkara ini dengan kawan-kawan, saya mendapat percanggahan idea yang hebat.

 Saya paham setiap orang mempunyai komitmen yang tersendiri. Sebenarnya saya tidak suruh anda berhenti hari ini, saya memberI idea bagaimana persediaan hari ini memudahkan anda semua di kemudian hari.

Saya percaya, dengan mencuba produk Amway. Saya percaya pendapatan anda akan berubah nanti. Saya boleh kongsikan bagaimana Amway boleh bantu anda walaupon anda super sibuk setiap hari.

Kerana, bersama Amway anda tidak perlu ke pejabat pos hari-hari. Tidak perlu ke sana dan kemari. Apa yang penting pahami pelan marketing Amway dan bagaimana ia beroperasi.

Sekian untuk entry ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











No comments:

Post a Comment