Saturday, 5 October 2013

Sakitnya Ulser Mulut

Teks: Anisah Abd Rahman

Allah Akbar, ujian datang lagi. Tak tahan dan taktahu bile ia akan sembuh. Inilah dia, penyakit ulser mulut. Seksa dan memang seksa.

Katanya penyakit ulser mulut ni akan terjadi bile dalaman kita panas. Salah satu punca lagi, apabila kita tergigit atau tibe2 lidah atau bahagian dalam mulut kita terluka.

Kenapa bagi saya penyakit ini amat menyeksakan. Ia seperti datang tak diundang pergi pon ntah tak tahu bila. Dia akan hilang sendiri tanpa kita sedari.

Kali ini, saya kena mata ikan di bahagian hujung lidah. Seingat saya pertama kali saya kena dibahagian lidah ini. Baru sikit ujian yang Allah bg pon dah rasa seperti tak tertanggung.

Bayangkan siksaan Allah memotong lidah orang yg suka bercakap bohong. MashaAllah moga di jauhkan.

Dibawah ni ada beberapa tip macam mana nk hilangkan mata ikan.
1. LETAK GARAM: ramai orang cakap cara ni berkesan, tp saya jarang buat. Sakit woo, anda akan terjerit sekuat hati apabila garam tu kena ulser kita.

2. SAPU MAJERIN: cara ini pon ramai orang buat tetapi saya jarang buat kerana tk suka mulut or bibir saya yang akan terasa seperti berminyak. Kesan nya pon kita akan berasa pedih.

3. KUMUR2 DGN LISTERIN: ini cara mudah dan boleh dibuat dengan mudah. Ia bantu bunuh kuman dalam mulut kita dan ulser cepat sembuh.

4. SEMBUR GLISTER MOUTH SPRAY. Lagi mudah sembur sahaja di kawasan yang terkena ulser tu. Ia bantu mengurangkan rasa sakit, walaupon sedikit pedih semasa permulaan kita menyemburnya.

Inilah sedikit sebanyak tip dari saya tentang ulser mulut. Selamat mencuba yer kawan-kawan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment