Sunday, 6 October 2013

MINDA KAYA VS MINDA MISKIN...

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum, suka saya ingin berkongsi satu email yang saya terima dari seorang rakan dari dunia network marketing.

Rakan-rakan network marketing memang hebat. Mereka mempunyai sifat suka belajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Bagi saya inilah bezanya network marketing dan perniagaan biasa, ilmu yg mereka ada tak pernah kedekut atau dirahsiakan.

Hati gembira kerana saya kini terlibat dalam dunia network marketing.

Jom kita sama-sama baca dan hayati email yang saya terima ini.
Terima kasih kepada yang memberi.

Saya suka nak share tentang tips2 kejayaan dan kali ni, saya nak bawakan kpd anda perbezaan antara MINDA KAYA VS MINDA MISKIN...
PELIK TAPI BENAR, yg membuatkan seseorang itu KAYA atau MISKIN adalah MINDA mereka!! Yg bestnya, kita boleh mengubahnya... 
Dibawah adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.
Saya amat mencadangkan anda membaca buku ini jika anda benar-benar komited untuk menjadi kaya.
1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup saya." 
Orang miskin percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh mengubah apa-apa."
2. Orang kaya berusaha untuk berjaya/menang
Orang miskin berusaha untuk tidak gagal.
3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. 
Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.
4. Orang kaya berfikir besar. 
Orang miskin berfikir kecil-kecilan.
5. Orang kaya sentiasa mencari dan fokus kepada peluang. 
Orang miskin fokus kepada halangan/alasan.
6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya. 
Orang miskin iri hati kpd orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, penipu, sombong dan sebagainya.
7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya. 
Orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau tidak berjaya/gagal.
8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka. 
Orang miskin enggan/berfikir negatif tentang jualan dan promosi.
9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi. 
Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah.
10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih. 
Orang miskin selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.
11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan hasil. 
Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.
12. Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh.. saya boleh kaya DAN beriman
Orang miskin berfikir "sama ada / atau". Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!
13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih aset mereka (aset-liabiliti = nilai bersih). 
Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.
14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. 
Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.
15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka.
Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang .
16. Orang kaya bertindak walaupun takut. 
Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.
17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu. 
Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.
Cuba ubah pemikiran kita, pasti kehidupan kita akan menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.

Best kan ilmu yang dikongsikan ini.

Sekian, selamat malam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment