Friday, 4 October 2013

Masak-memasak: Kerabu Pucuk Paku

Teks: Anisah Abd Rahman

Sejak sebulan lalu, bile dapat tahu diri ini pregnant selera makan tiba-tiba hilang ditambah pulak ada ulser atau ada juga yang panggil mata ikan. Memang seksa bile kena mata ikan dekat hujung lidah ni. habis semua selera makan hilang ke laut.

Arini tetiba rasa nak makan kerabu pucuk paku, harap dapat buka kembali selera yang telah lama hilang. Sebenarnya saya mengidam kerabu pucuk paku yang di buat oleh emak saya sendiri. tetapi tak apalah apakan daya mak jauh so saya google la resipi ini dulu untuk dibuat pada esok hari, sebabnya hari ini dah petang.

resipi nya seperti di bawah:
KERABU PUCUK PAKU

Bahan

2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment