Wednesday, 30 October 2013

Kenapa saya suka tulis blog

Teks: Anisah Abd Rahman

Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa kita suka berblog. Blog sangat mudah dibuat dan ia ada yang percuma. Apa yang penting kita perlu rajin explore kemudahan yang ada.

Salah satu sebab kenapa saya nak ada blog ialah saya suka membaca, dan apabila saya suka sesuatu perkara saya akan simpan untuk rujukan masa akan datang. Tempat yang paling mudah di simpan dan dicari ialah blog.

Selain dari itu, boleh boleh dijadikan sebagai medium untuk kita berkongsi ilmu yang kita tahu dengan orang ramai. Semua orang tahu, ilmu yang bermanfaat ialah apabila ilmu itu dapat dikongsi dan digunakan oleh orang lain.

Secara khusus tujuan saya mempunyai blog ialah saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian cara jana pendapatan pasif apabila kita bertukar daripada seorang consumer kepada PROSUMER.

Dalam entry seterusnya nanti saya akan kongsikan dengan pembaca semua apakah manfaat menjadi Prosumer dan bagaimana kita boleh menjadi PROSumer yg mampu jana pendapatan yg lumayan.

Sekian,
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment